"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, August 10, 2012

Presiden PAS mengulas tentang hukum haram sokong DAP?


Selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama telah mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Kali ini pula Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, ini kerana DAP menentang hebat dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
''Mengundi DAP yang menentang perjuangan Islam adalah tidak wajar menurut Islam. Di dalam surah al-Maidah ayat kedua telah memerintahkan kita tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan dan bukannya tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.
''Justeru, mengundi DAP menyalahi ayat suci ini. Harapan kita masih optimis agar Pas memikirkan kerjasama dengan UMNO yang terbukti berjaya memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti mana dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud.
Komen:

Jika PAS berpegang kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW mustahil sekali TGNA, TGHH dan Dewan Ulama PAS dan sebagainya bercanggah dengan pendapat ulama dan tokoh-tokoh agama tersebut yang jelas mereka ini bukan ahli dan pemimpin UMNO.
Tapi PAS hari ini memang pelik sejak berkahwin dengan DAP dan PKR. Yang kita kata tak boleh, dia kata boleh. Kita dengar apa komen MB Kelantan, TG Nik Aziz dan Presiden PAS tentang isu ini.
Ulama-ulama PAS tersohor yang berdiam diri tak perlu diganggu seperti Dato' Harun Din, Dato' Taib Azamuddin, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan bekas Naib Presiden PAS, Dato Hassan Ali sudah pasti mereka juga menentang pendirian PAS yang semakin 'sasau' sejak kepimpinan PAS dikuasai oleh kumpulan parasit dan Anwarisme.

Kenyataan yang mengejutkan mungkin akan kita dengar dari TGNA dan TGHH tidak lama lagi tentang isu, umat Islam yang sokong DAP adalah hukumnya haram dan berdosa.
Setakat ini, belum ada apa-apa komen lagi daripada pucuk pimpinan PAS tentang isu ini. Ada beberapa sebab, iaitu:
  1. Sokong DAP ertinya umat Islam menyokong perjuangan DAP iaitu menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
  2. PAS amat memerlukan sokongan DAP untuk ke Putrajaya (PAS bukan parti dominan - jumlah kerusi ditandingi oleh PAS pun tak banyak)
  3. PAS sudah banyak bertolak ansur dengan DAP dan PKR supaya perjuangan PAS boleh diterima PR (lahirlah negara berkebajikan)
  4. PAS bimbang DAP bertindak keluar pakatan pembangkang (Pernah berlaku suatu ketika dahulu).
  5. PAS tidak mampu memutuskan tali silaturahim dengan DAP kerana PAS menganggap DAP lebih Islam daripada UMNO (TGNA pernah berkata sedemikian).
Kita berharap seluruh umat Islam, baik menyokong PAS dan PR atau berada di atas pagar perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Kesilapan membuat keputusan akan membawa kecelakaan dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub hingga tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana salah dan yang mana benar. Berfikiran terbukalah untuk mencari kebenaran yang hakiki.  

4 comments:

  1. Yang paling dirisaukan ialah sifat ketaksuban setengah-setengah penyokong PAS yang sudah nampak sokongan yang membabi buta ini, melalui kejayaan PAS memerintah Kelantan selama lebih 22 tahun. Ketaksuban beginilah yang membolehkan pemimpin2 PAS begitu berani mengeluarkan kenyataan dan fatwa2 yang jelas bercanggah dengan Islam. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi hidayah atau petunjuk kepada golongan yang menyokong membabi buta ini. Dan bagi pemimpin PAS pula....agenda lain telah membutakan mata mereka sendiri....

    ReplyDelete
  2. Ego politik pada diri pemimpin Pas terlalu menebal !

    ReplyDelete
  3. Haram, berdosa undi DAP (Utusan Malaysia 7 Ogos 2012)
    Sekadar pandangan....
    Penulis ingin memtik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
    `KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
    Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
    Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang dan diselangi oleh Dr Fadlan Mohd Othman ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
    Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
    Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
    Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.



    Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
    Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Ajak penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
    Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang `silent majoriti’. Utusan Malaysia sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
    BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tak hairanlah PAS bersikap demikian kerana perjuangannya bukan kerana Islam tapi untuk kuasa didunia.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.