"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, August 17, 2012

Ustaz Nasaruddin pemimpin Islam yang wajar dicontohi

Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mempunyai pendirian yang begitu berlainan sekali sejak PAS di bawah pengaruh edrogan dan Anwarisme. Beliau juga merupakan pelopor kepada kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang dicadangkan suatu ketika dulu. Selepas Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS dipecat ekoran isu kristianisasi di sebuah gereja Shah Alam, sikap beliau memencilkan diri dengan arus perjuangan PAS semakin tampak jelas. Kata Dato' Hassan Ali "Kepimpinan PAS hari ini telah dikuasai oleh kumpulan parasit". Beliau tidak akan kembali kepada PAS selagi kumpulan parasit masih menguasai PAS. Sebenarnya lebih ramai lagi golongan ulama dalam PAS menyepikan diri mereka. Mereka masih ahli PAS cuma sikap mereka terhadap PAS semakin dingin, tidak seperti zaman PAS di bawah pentadbiran Dato' Fadzil Noor.
Allahyarham Ustaz Khalid Omar (bekas aktivis PAS) berucap
PAS hari ini jauh berubah. Jika dulu PAS juara bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud tapi PAS hari ini juara bercakap pasal negara berkebajikan. Pemimpin PAS masa itu memng cukup hebat hingga berjaya meniup api kebencian terhadap sesama sebangsa dan seagama. Wujudlah isu kafir mengkafir dimana puak-puak PAS mengkafir puak-puak UMNO. Tidak pernah kita dengar masa itu puak UMNO mengkafirkan puak PAS.
Ustaz Nakhaie dan Ustaz Asri (bekas pemimpin utama PAS)
Oleh kerana puak UMNO dianggap kafir lantaran itu berlaku solat waktu dua imam di kalangan umat Islam satu kariah satu masjid. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, jurunikah orang UMNO tidak sah dan kematian serta kenduri rumah orang UMNO diboikot. Tidak dinafikan umat Islam pada masa itu berpecah sesama sendiri di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. PAS memang berjaya menanamkan rasa benci orang PAS terhadap orang UMNO melalui pendekatan yang amat berbahaya dari sudut akidah.
Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS Pusat

Pendakwah Bebas (bekas ahli PAS)
Ustaz Nasaruddin, bekas Timb. Presiden PAS
Hari ini pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan UMNO secara terbuka. Di kalangan penyokong PAS yang taksub masih berlaku melalui tulisan dalam FB dan blog-blog pembangkang. Tidak dinafikan ajaran tok guru PAS (mengkafirkan orang UMNO) sudah tertanam kuat dalam fikiran puak-puak PAS yang taksub. Sehingga ke hari ini belum kita dengar Tok Guru haji Hadi Awang atau mana-mana pemimpin PAS menarik balik tuduhan UMNO itu kafir. Jika ditanya kepada Tok Guru PAS, mereka akan kata bahawa mereka tak tuduh orang UMNO itu kafir.  Ustaz Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada mengulas bahawa pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan orang UMNO dan beliau mengkritik orang UMNO yang masih membangkitkan isu tersebut. Ustaz Asri mengambil jalan yang terlalu mudah untuk perkara yang berat. Mudahnya kerana diminta berdiam begitu sahaja. Beratnya kerana tuduhan kafir mempunyai implikasi akidah umat Islam itu sendiri, baik yang menuduh dan yang kena tuduh. 
Walau bagaimanapun sebahagian pimpinan PAS dan bekas pemimpin serta ulama PAS bukan edrogan dan Anwarisme telah pun mengakui bahawa orang UMNO juga mereka sebangsa dan seagama. Terkini, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam sidang akhbar di KLIA sekembalinya dari menunaikan umrah, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
Itulah satu-satunya pandangan yang ikhlas, jujur dan berani oleh seorang pemimpin PAS hari ini. Walaupun pandangan itu agak lewat setelah Ustaz Nasaruddin bukan lagi pemimpin no. 2 dalam PAS tapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS yang masih taksub itu perlu sedar bahawa orang UMNO yang dikafirkan itu sebenarnya juga umat Islam. 
Tapi bagaimana dengan Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Amanat TG Haji Hadi, Presiden PAS yang disampaikan melalui ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.   
Musibah Peristiwa Memali pada 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Beginilah yang berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga. Setakat hari ini, TG Haji Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanat tersebut dan  apakah Haji Hadi masih mahu orang UMNO terus dikafirkan untuk kepentingan politik sempitnya.
Selaku umat Islam, kita rasa terpanggil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustaz Nazaruddin, bekas Naib Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hj. Omar Khalid (bekas aktivis PAS yang meninggalkan PAS), Dato Hj. Nakhaei Hj. Ahmad (bekas naib Presiden PAS yang menyertai UMNO), Tan Sri Mohd Asri Hj Muda (bekas Presiden PAS dan MB Kelantan akhirnya menyertai UMNO), Ustaz Kazim Elias (bekas ahli PAS), Dato' Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS dipecat oleh PAS memimpin Jati) dan banyak lagi. Mudahan-mudah umat Islam dapat bersatu kukuh setelah terhapusnya golongan edrogan, Anwarisme dan parasit dalam kepimpinan PAS hari ini.


4 comments:


  1. Setuju sangat. Ustaz Naza adalah pemimpin yang patut menerajui PAS kini. PAS lebih rela mengekalkan Mat Sabu, pencacai yang tak tahu apa-apa hal agama. Saya cukup kagum kepada ustaz Naza ni kerana ilmu dan kepribadiannya bukannya macam Mat Sabu yang hanya pandai pengutuk tetapi ilmu agamanya kuraaang tapi berlagak ustaz. Banyak ceramah yang saya hadiri ustaz Naza memang layak dipanggil ustaz dia sangat merendah diri. Perihak agama amat tajam dan berfikiran luas. Pemimpin PAS sangat takut kepada ustaz Naza kerana kalau dia di dalam PAS akan menjadi ancaman. PAS tidak lagi seperti dahulu semasa zaman Allahyarham Fadhil Noor. Ustaz Naza adalah penganti Allahyarham Ustaz Fadhil Noor untuk menerajui PAS bukan Mat Sabu. InsyakAllah..

    ReplyDelete

  2. Lagi cepat PAS singkir Ustaz naza lebih baik kerana bolehlah Ustaz Naza masuk UMNO dan ganti Jamil Khir.

    ReplyDelete

  3. Kalau DAP tak sokong Hudud, PAS pula tak suka kepada orang yang handal pasal agama. Apa bezanya!.

    ReplyDelete

  4. Kita patut sanjung sikap Ustaz Naza. Walaupun masih dalam PAS, pasal bantu membantu orang Islam yang lain dia rela temani PM. Kalau nak ajak Mat Sabu apa dia tahu..he...he....Inilah dia pemimpin Islam sebenar. Pasal agama Islam dia akan berjuang habis-habisan walaupun berbeza politik. Dia yang sepatutnya menjadi Peneraju dalam PAS. Hairan macamana dia boleh kalah kepada MAT Sabu yang tak tahu apa-apa. Ini menunjukkan PAS dah terbalik kong....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.