"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, April 30, 2010

Blogger Pro UMNO /BN juga dapat RM4 juta?

Bloggers pro UMNO/BN tidak dibayar sebanyak RM4 juta untuk 'Operasi Gerak Saraf' malahan kami tidak dibayar satu sen pun. Kami tidak pula diajar oleh pemimpin UMNO/BN untuk menabur fitnah dan melakukan pembohongan secara halus kerana hendak menjatuhkan parti PAS, PKR mahupun DAP. Itu kerja-kerja syaitan yang dilaknati oleh Allah swt. Kita memaparkan berita berdasarkan fakta, kita berbicara berdasarkan cerita yang nyata. Kita setia sebagai bloggers pro UMNO/BN kerana kita ikhlas dan jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Namun tidak bermakna apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN itu semuanya betul belaka. Kadang-kadang mereka juga ada sifat-sifat tamak haloba dan gila kuasa. Oleh itu ada ketikanya pemimpin UMNO/BN perlu ditegur dan dikritik kerana parti UMNO adalah hak kepunyaan kita bersama. Kita berhak menegur pemimpin UMNO/BN kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan, bimbang mereka akan leka dan lalai, orang Melayu akan terpinggir di negara sendiri.
Justeru itu, blogger pro UMNO/BN yang tidak dibayar (diupah) lebih terbuka dan berani sifatnya. Bebas dari cengkaman sesiapa. Tidak terikat tapi bebas untuk menyampaikan keluhan dan keresahan ahli-ahli UMNO/BN dari akar umbi. Hanya Allah swt sahaja yang tahu pengorbanan seorang blogger, betapa pengorbanan waktu dan tenaga, wang dan harta benda untuk tatapan peminat blog dari hari ke hari, bulan ke bulan malahan setahun ke setahun tanpa mengenal penat dan letih. Tapi tiada siapa yang ambil peduli!

Thursday, April 29, 2010

UMNO Kelantan sifatkan PAS peruntuk RM4 juta burukkan BN sebagai keji

KOTA BAHARU -- UMNO Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4 juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.
Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog kickdefella itu.
"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya.

Sumber: Sinar Harian 29/4/2010

Wednesday, April 28, 2010

MESTI BACA: AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?
Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.

Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai "sekular" dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.

Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah "Pesuruh Allah" yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.

Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.

Zaid mahu mahkamah isytihar PRK Hulu Selangor sebagai tidak sah!

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, akan memfailkan petisyen di mahkamah bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai tidah sah.
Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat. Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.
Komen:
Begitulah sikap pembangkang sejak dahulu kala lagi. Tidak boleh menerima kekalahan. Mesti mahu menang. Jika di mahkamah, mereka mahu hakim menyebelahi mereka jika tidak maka hakim itu akan dilabelkan tidak adil. Mereka akan kata hakim-hakim di Malaysia sudah dibeli. Apa nak jadi dengan pembangkang?
BN telah kalah teruk dalam PRU12 yang lalu. BN juga pernah beberapa kali kalah dalam pilihanraya kecil yang lalu. Walaupun pembangkang menabur 1001 janji termasuk pelbagai elaun dan subsidi, fitnah pembangkang bermaharaja lela dalam kempen pilihanraya, hingga DS Najib terpaksa bersumpah di masjid tetapi pemimpin BN menerima kekalahan itu dengan penuh keinsafan. Mereka tidak pun menyalahi pembangkang walaupun pembangkang bermain dengan taktik paling kotor dan menjijikan, keterlaluan adab, kurang ajar dan menyanggahi dengan ajaran Islam yang suci. Pemimpin BN khususnya UMNO menerima kekalahan itu dengan penuh keinsafan untuk bangkit semula. Pemimpin PAS dan PKR harus sedar bahawa dulu lain sekarang lain. Dulu pemimpin pembangkang sekadar pengkritik yang hebat tapi sekarang pemimpin pembangkang juga wakil rakyat dan pemerintah kerajaan beberapa negeri. Rakyat menjadi saksi dan rakyat menilai dan rakyat yang mengundi dan rakyatlah yang menentukan parti mana yang perlu kalah dan parti mana yang perlu menang.

Tuesday, April 27, 2010

Bila kalah dalam pilihanraya, ada saja komen pembangkang!

Kemenangan tipis BN di Hulu Selangor tidak sepadan dengan janji BN taburkan kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor. Begitulah nada sombong pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak mahu menerima kekalahan. Setiap kali kalah akan ada suara-suara sombong dan sumbang dari kalangan pemimpin pembangkang. Terimalah kekalahan itu dengan seadanya. Bermuhasabahlah kerana sudah tentu ada kelemahan atau kekurangan ataupun keterlanjuran di mana-mana yang kita tidak sedar berlaku. Pengundi-pengundi hari ini sudah boleh berfikir. Mereka boleh menilai keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sebelum itu, pemimpin pembangkang adalah pengkritik yang hebat kepada kerajaan Barisan Nasional. Buat itu tak betul dan buat ini tak kena. Ada saja yang tak betul. Tapi hari ini setelah dua tahun memerintah, rakyat dapat menilai sejauhmana kerajaan PR dapat menunaikan janji-janji mereka kepada pengundi-pengundi selepas pilihanraya umum yang lalu. Rakyat masih nampak pemimpin-pemimpin PR bertindak seolah-olah diri mereka masih pembangkang di negeri sendiri. Ceramah politik tidak berhenti-henti, di dewan orang ramai, kompleks sukan dan hinggalah perhimpunan besar di stadium. Siang ceramah dan malam juga berceramah. Siang di negeri utara dan malam pula di negeri selatan. Bila masakah wakil-wakil rakyat ini bekerja untuk rakyat. Ada wakil rakyat sudah jarang balik melihat kawasan. Kemudian bekas wakil rakyat BN juga menjadi tempat rakyat mengadu.
Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa PKR kalah di Hulu Selangor. Bukan senang juga BN hendak merampas kerusi parlimen di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kelebihan kepada kerajaan PR kerana MB Selangor berupaya menabur janji kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Tapi pemimpin PR sudah malu nak berjanji kerana janji PRU yang dulu pun banyak yang belum dapat ditunaikan. Oleh itu pemimpin PR tak berapa minat untuk berjanji sebagai ganti mereka menabur fitnah di sepanjang kempen pilihanraya itu. Itulah yang mampu mereka lakukan.  Surat palsu diedarkan, poster kematian TBH dipaparkan, isu APCO yang mana Anwar Ibrahim gagal menjelaskan dengan sempurna di parlimen menjadi bahan ceramah. Khutbah Jumaat diselitkan dengan politik kepartian dan surau sebagai tempat umat Islam beribadah dan tempat penyatuan ummah digunakan untuk politik kepartian. TG Nik Aziz menganggap larangan menggunakan masjid untuk politik adalah fahaman penjajah barat. Beliau langsung tidak menghormati titah Sultan Selangor. Tak mungkin selaku MB Kelantan dia tidak mengetahui adab dan tatasusila negeri-negeri lain. Tak mungkin dia tidak tahu bahawa JAIS sangat tegas dalam perkara ini. Begitulah sikap pembangkang....

Monday, April 26, 2010

Emel dari Anwar kepada penyokong-penyokongnya, baca komennya!

Dear Supporter,
I thank the workers and volunteers from Pakatan Rakyat including our friends in DAP and PAS who supported our candidate in Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.
Tens of thousands of Malaysians joined us to show the people of Hulu Selangor that Pakatan Rakyat is committed to a Malaysia where all of its citizens have the right to peace, justice, and prosperity. I am thankful for the tremendous support you have shown. Your commitment to change is commendable.
One setback shall not divert us from our goal. Any change worth making is hard and will be fought at every turn. While it doesn't take away the sting of this loss, there is no road to real change without setbacks along the way.
Over RM100 million was spent by BN to win a thin majority in Hulu Selangor: that amounts to RM65,000 per person. Dozens of ministers campaigned every day; the Election Commission appears guilty once again of violating its mandate to ensure fair elections; and the police intimidated our supporters and there are reports that they even prevented some voters from reaching the polling stations.
This means that Barisan Nasional has learned nothing since the March 2008 election. Character assassination, racism, bribery and brute force may help to win one or two by-elections. But the people of Malaysia will not be deceived.
Our country still faces the same challenges which cannot be resolved by dirty politics or a few catchy slogans. The economy is lagging, jobs are scarce and our education system remains mediocre at best. We must do more to address the plight of the poor and marginalised people throughout Malaysia. And we must bring credibility back to the Federal government as we have started to do in the Pakatan States.
We increased our popular support in Hulu Selangor. We know we have to do more to reach out to our supporters in the rural heartland, particularly the Felda settlements. I am committed to this challenge and my resolve is unwavering.
Let us look ahead to the next contest and work to bring change to Sarawak. Click here (http://bit.ly/d0YVol) to make a contribution to the May 16th by-election and help us to support the DAP candidate in Sibu.

Thank you,

Anwar

TG Nik Aziz tetap mempertahankan pandangannya bahawa politik boleh di masjid.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga tidak bersetuju dengan pandangan TG Nik Aziz yang membenarkan ceramah politik di masjid. Beliau menegaskan masjid tidak seharusnya dijadikan medan untuk berpolitik kerana ia boleh memecahkan perpaduan di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata akan wujud persepsi dalam kalangan umat Islam untuk tidak ke masjid yang kononnya dikawal oleh parti politik tertentu."Akan wujud situasi di mana orang Umno tidak mahu ke masjid kononnya dikuasai Pas. Begitu juga dengan ahli Pas tidak mahu ke masjid dikuasai Umno. "Macam mana kita hendak erat hubungan antara kariah masjid jika ada persepsi seumpama itu. Malah, ia akan menimbulkan perpecahan di antara orang Islam di negara ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam. Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat.“Saya mahu melahirkan rasa dukacita amat sangat atas kenyataan yang dibuat Perdana Menteri bahawa saya sudah melanggar titah Sultan Selangor, saya nak jawab kepada beliau dan masyarakat semua. “Saya langsung tidak terfikir nak langgar titah. Selama 20 tahun menjadi Menteri Besar, saya amat menghormati institusi raja. Seorang wartawan tanya saya, bagaimana masalahnya politik dalam masjid. Bagi saya ada dua, pertamanya politik, keduanya parti. “Politik, di mana-mana kita boleh sebut (bincang). Azan yang dilaungkan bilal (hakikatnya) adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai (mengerjakan solat di masjid). Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengasingkan kenyataannya antara agama dan politik.
Walau bagaimanapun, TS Harussani, Mufti Perak telah menegaskan bahawa politik dalam masjid adalah haram kerana ia (politik) boleh memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Rasmi P.94 Hulu Selangor: Calon BN menang!

Calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menang selepas mendapat 24,997 undi berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang mendapat 23,272 undi. BN menang dengan majoriti sebanyak 1,725 undi.
Secara ringkasnya, BN menang di kawasan Melayu terutamanya kawasan-kawasan tanah rancangan dan kampung  tradisional sebaliknya kalah di kawasan-kawasan kampung baru dan bandar. Ini bermakna pengundi-pengundi Cina masih menyebelahi Pakatan Rakyat. Pengundi-pengundi Cina tidak kisah dengan masalah moral calon. Itu sebabnya Dr. Chua Soi Lek boleh menjadi Presiden MCA. Tugas berat menanti pemimpin-pemimpin Cina seperti Chua Soi Lek dari MCA dan Dr. Koh Tsu Koon dari Gerakan untuk memastikan pengundi-pengundi Cina menyebelahi BN dalam PRU yang akan datang.

Isu politik di masjid: "Jangan menghalalkan perkara yang terlarang"

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib mencadangkan agar mana-mana pemimpin politik termasuk UMNO menggunakan masjid sebagai tempat menyampaikan dasar mereka kepada rakyat. Katanya, UMNO juga boleh menjadikan masjid sebagai kempen pemilihan pemimpin kerana institusi tersebut mempunyai pelbagai fungsi sebagaimana zaman Rasulullah SAW dan empat khalifah agung Islam.
Harun berkata, tidak salah pemimpin parti mahu bercakap mengenai politik di dalam masjid. Katanya, “UMNO boleh ambil sejam dan Pas ambil sejam, UMNO boleh terang dasar dia dan kita pula terang pasal pentaddbiran kita,” katanya.
Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. “Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk kempen politik.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid sambil memberi contoh perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.  Malah, menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah yang mengasingkan agama dan politik. Mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz, Harussani menjelaskan Nabi Muhammad tidak berpolitik di dalam masjid, malah pada zaman junjungan besar itu tidak ada parti politik.
“Nabi Muhammad menggunakan masjid untuk menyatakan hal-hal pentadbiran kerajaan kepada umatnya bukan berpolitik. “Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik, sehingga sanggup menghalalkan cara dan menghalalkan perkara terlarang,” katanya sambil menegaskan kenyataannya berdasarkan fakta dan tidak memihak kepada mana- mana pihak.

Thursday, April 22, 2010

Agong tolak Mansor sebagai Pengerusi PUZ Pulau Pinang!


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menolak cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ). Seri Paduka sebaliknya memperkenankan pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ellias Zakaria, bagi mengisi jawatan itu yang kosong sejak 1 Januari lalu. Ellias ketika ditemui Berita Harian selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang di sini, semalam, berkata perkara itu diputuskan pada sidang Ahli Majlis Maipp, baru-baru ini, yang turut dihadiri wakil Istana Negara.
Beliau berkata, baginda memberi perkenan supaya jawatan itu dipegangnya sehingga tempoh perkhidmatannya selaku Yang Dipertua Maipp berakhir pada 31 Disember 2011.

Perlantikan Ellias itu mengakhiri kontroversi berhubung pengisian kekosongan jawatan berkenaan, yang dilihat penting kerana PUZ mengendalikan lebih RM40 juta pungutan zakat di negeri ini untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Kontroversi itu tercetus apabila keputusan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mencalonkan Mansor yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk wakil Pas dalam Majlis Maipp yang mahu jawatan itu diisi YDP Maipp atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dari Pas yang juga Timbalan YDP Maipp.
Umno Pulau Pinang turut membantah cadangan melantik Mansor kerana bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal ehwal Zakat bagi kepentingan politik, bukannya golongan asnaf. Ini adalah kali kedua cadangan kerajaan negeri tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, cadangan kerajaan negeri untuk melantik Mohd Salleh sebagai YDP Maipp turut tidak mendapat perkenan baginda, sebaliknya Seri Paduka memperkenankan pelantikan Ellias.
Terdahulu, Ellias menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang yang diterima oleh Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa.

Tren Keluar PKR berterusan!!!!!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kehilangan seorang lagi pemimpin apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang, M. Palanibalakumar hari ini mengumumkan keluar parti. Turut sama mengikut jejak Palanibalakumar ialah 300 ahli PKR Cabang Klang, majoritinya di Jalan Kem yang merupakan kubu kuat parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Kesemua mereka mengambil keputusan itu kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR serta rasa tertipu dan dipergunakan oleh pemimpin parti itu semasa pilihan raya umum lalu.

Pada 18 April 2010 yang lalu, Pengerusi Tetap PKR Bayan Baru, Ismail Mohd Ali, yang mengetuai sekumpulan ahli PKR Bahagian Bayan Baru telah meninggalkan PKR. Beliau berkata, pemimpin PKR mempunyai agenda peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat.  Sehari kemudian,Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat telah mengistiharkan dirinya telah keluar parti dan menyertai UMNO. Sebelum itu PKR telah kehilangan beberapa pemimpinnya iaitu bekas Exco Kedah juga dari PKR, Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang) dan dua AMK Shah Alam. Semuanya meletak jawatan dalam tempoh yang singkat kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan tertinggi PKR khususnya Penasihat Umum PKR, DS Anwar Ibrahim. Difahamkan tren keluar parti ini akan berterusan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang sudah mulai sedar bahawa PKR telah lari dari perjuangan asalnya. Di samping itu, keyakinan mereka kepada kepimpinan DS Najib Razak semakin bertambah. DS Najib, PM Malaysia mampu membawa pelbagai perubahan kepada rakyat Malaysia serta komitmen pemimpin itu turun ke padang menemui rakyat dan memahami masalah rakyat adalah suatu sikap unik kepada seorang PM yang amat dikagumi rakyat.

Tuesday, April 20, 2010

Isu 1: Tanah untuk masjid tidak diwakafkan lagi kepada MAIPP

Selepas majlis tahlil semalam, saya terus ke rumah seorang wakil rakyat di Balik Pulau kerana ada urusan program belia yang akan diadakan dalam bulan Julai 2010. Saya berkesempatan bertanya beberapa soalan berkaitan dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Dari raut wajah wakil rakyat itu, tampak sedih dan kecewa dengan apa yang sedang berlaku sejak kerajaan pakatan DAP-PAS-PKR memerintah. Selaku wakil rakyat yang agak lama, beliau mengambil peluang mengupas satu persatu isu dan tegasnya rakyat mesti tahu isu-isu ini. Orang Melayu mesti sedar apa kerajaan BN telah buat dan apa yang kerajaan Pakatan sedang buat hari ini. Pertama, beliau menerangkan bahawa pengambilan tapak masjid oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang seperti mana kerajaan BN lakukan dahulu. Sebaliknya kerajaan Pakatan DAP-PAS-PKR akan meletakkan tanah itu di bawah 'Chief Minister Incorporated' (CMI) menggantikan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Ini bermakna CMI dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri dan agensi ini memberi kuasa penuh kepada LGE untuk suka hati ambil tanah atau menukar syarat tanah malah sekarang telah buat sekatan untuk pemilikan tanah tanah wakaf untuk diambil oleh MAIPP.
Beginilah nasib orang-orang Melayu pada masa akan datang. Tanah wakaf tidak akan bertambah lagi sebaliknya akan berkurangan. Kebiasaannya di mana-mana negeri termasuk Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS, tanah yang diambil atau dibeli oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembinaan masjid akan secara otamatik diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri. Dengan kaedah itu, kerajaan persekutuan boleh menghulurkan bantuan pembinaan bangunan masjid keseluruhannya sama ada RM2 juta ataupun RM3 juta. Apa yang berlaku hari ini, kerajaan persekutuan tidak dapat lagi memberi peruntukan pembinaan masjid kerana tanah yang menjadi tapak masjid bukan lagi di bawah milik MAIPP sebaliknya CMI. Syarat ini bukan hari ini tetapi telah wujud sekian lama dan digunapakai kepada semua negeri-negeri di Malaysia. Beginilah kesannya akibat orang Melayu yang mahu berubah. Tapi apakah perubahan orang Melayu dapat?. Dulu pembangkang mengatakan kerajaan BN zalim, tunjukkan kezaliman kerajaan BN? Cuma yang ada hanyalah mainan politik pembangkang untuk memenangi pilihanraya. Kini kerajaan Pakatan lebih zalim, kerana sudah ada tanah yang tidak boleh diwakafkan dan dengan itu orang Islam gagal mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membina masjid. Saya akan mendedahkan lagi kezaliman kerajaan Pakatan terhadap kepentingan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang amnya dan Balik Pulau khasnya dalam isu yang akan datang, insyaallah!



Raja Perak dukacita perilaku wakil rakyat pembangkang!

Sultan Perak turut menzahirkan dukacita di atas perilaku wakil rakyat tertentu yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Dewan Parlimen dan DUN adalah institusi perundangan negara. Dewan itu dirujuk sebagai dewan yang mulia atau ‘The August House’. Ahli kepada dewan itu dirujuk sebagai Yang Berhormat atau ‘The Honourable Member of The August House’.
“Amatlah memalukan jika prosiding dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar lagi kesat. Adalah satu penghinaan kepada dewan itu jika ahlinya membawa ‘placard’ mengandungi kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain.
“Untuk itu perilaku ahli kepada dewan itu hendaklah menghormati kemuliaan dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat,” titah baginda.
Sultan Perak turut menyentuh perbuatan tidak sihat iaitu memperkecil serta menghina institusi perundangan dan badan penguatkuasaan undang-undang.
“Undang-undang dan institusi perundangan hanya diterima dan dihormati apabila keputusan berpihak kepada sesuatu kumpulan.
“Di sebaliknya, undang-undang dan institusi perundangan dicerca dan dihina apabila keputusan tidak memihak kepada sesuatu kumpulan. Perasaan kekitaan secara ekstrem melahirkan insan yang taksub lalu bertindak berdasarkan emosi hingga hilang pemikiran rasional,” titahnya.
Baginda turut mengingatkan agar tiada mana-mana pihak menggugat tujuh wasiat yang diamanahkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sembilan Raja Melayu ketika memberi perkenan menurunkan tandatangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Wasiat itu termasuk jaminan kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini; kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain dan tanah simpanan Melayu, yang termaktub dalam fasal-fasal tertentu Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan perlembagaan dibenarkan berkuatkuasa.

Sunday, April 18, 2010

Kerana politik, PAS juga sanggup lakukan apa saja!

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO. “Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan. “Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya.
Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi pula mengulas bahawa sebagai umat Islam, beliau hanya mempercayai perkara itu selepas mendengar dari mulut tertuduh sendiri. Dan Haji Hadi katanya ia tak baca blog, sebagai orang Islam kita perlu menerima daripada orang berkenaan bukannya blog, dia (Zaid) baru balik (menunaikan) haji, dia pergi haji, Insya-Allah perubahan selepas dia pergi haji. Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyifatkan apa yang berlaku terhadap Zaid sebelum ini adalah sejarah dan tidak perlu diungkit. 
Begitulah sikap pemimpin PAS yang boleh berubah kerana kesetiaan kawan dalam politik. Jika kawan apa pun boleh jadi. Hitam ia kena kata putih. Biarpun menanggung malu sepertimana kata Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Sebaliknya jika berhadapan dengan musuh, meski pun tidak pasti akan kebenarannya, selaku pemimpin politik biarpun bertaraf Tok Guru pandangan mesti cenderung ke arah 'membenarkan kepalsuan'. Yang tidak pasti cerita kena beri ulasan sebagai dah berlaku dan benar-benar berlaku. Begitulah apa yang terjadi sebelum ini, fitnah terhadap DS Najib dalam kes pembunuhan Altantunya. Kenapa tiada lagi banner dan poster yang mengaitkan Najib dengan Altantunya dalam PRK Hulu Selangor semalam? DS Najib pernah bersumpah dalam sebuah masjid di Permatang Pauh tetapi sumpah laknat DS Najib dipandang sebagai perbuatan seorang yang terdesak oleh pemimpin pembangkang. Kenapa mereka tidak berkata sedemikian kepada DS Anwar yang enggan bersumpah dalam kes liwat Saiful? Inilah sikap 'double standard' pemimpin-pemimpin Islam kita hari ini, yang tercemar imej Islam kerana pemimpin Islam itu sendiri yang memperalatkan agama untuk tujuan politik. Wallahualam.

Wednesday, April 14, 2010

Haji Abdullah Sa'amah, Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan menulis!

Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.
Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’
Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,
‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,
Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.
Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Baca seterusnya, klik sini.

Friday, April 9, 2010

Luahan hati Kickdefella, bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Pemimpin PAS, ahli PAS serta penyokong-penyokong PAS mesti baca luahan isi hati seorang tokoh yang tidak asing lagi suatu masa dalam pentadbiran kerajaan negeri PAS Kelantan. Beliau adalah Kickdefella yang telah membongkarkan pelbagai bentuk penyelewengan kerajaan negeri dan pemimpin PAS di Kelantan hingga tidak terjawab oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kicdefella sebenarnya adalah Syed Azidi Syed Abdul Aziz merupakan penduduk Malaysia ke-4 pada bulan Ogos 2008 ditahan di bawah Akta Hasutan. Beiau merupakan penulis blog pelbagai isu politik dengan nama pena Sheikh Kickdefella di laman web "kickdefella.wordpress.com" . Beliau telah ditahan di rumahnya di Demit , Kota Bharu, Kelantan pada 17 September 2008 jam 5.00 petang ketika seluruh umat Islam sedunia sedang berpuasa. Beliau merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Kini beliau banyak membongkarkan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan PAS Kelantan. Sepatutnya ada pemimpin PAS Kelantan membuat laporan polis jika pendedahan Kickdefella merupakan suatu pembohongan atau fitnah. Tetapi hingga saat ini, tiada siapa yang berani tampil membuat laporan polis terhadap Kickdefella. Bacalah petikan di bawah, petikan dari blog Kickdefella yang telah mencerita perihal sebenarnya yang berlaku dalam parti PAS di Kelantan.
Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan blogger yang telah dicelakakan oleh beberapa blogger berhaluan kanan di dalam PAS kerana mendiamkan diri terhadap kritikan-kritikan saya. Budaya kasar dan ayat-ayat yang amat kesat mungkin menjadi budaya bagi segelintir pihak di dalam PAS kerana ia memang dihalalkan oleh Mursyidul Am PAS. Ia hanya akan membawa persepsi buruk terhadap Ajaran Islam yang menjadi perjuangan PAS.
Sejak saya ditamatkan perkhidmatan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, saya telah bergerak sendirian. Saya jauhkan diri daripada rakan-rakan blogger ataupun dari rakan-rakan di dalam PAS. Saya elakkan diri dari bertemu mereka kerana saya tidak mahu mempengaruhi sesiapa dengan isu yang saya paparkan. Saya bergerak di atas fakta malangnya PAS masih dipengaruhi oleh segelintir golongan yang lebih suka retorik. Usah lemparkan kata-kata muhasabah diri atau soal membuka aib kerana itu semua akan kembali kepada Parti PAS sendiri. Selama ini PAS bergerak dan berkempen atas dasar membuka keaiban musuhnya. PAS bergerak dan berkempen atas dasar fitnah dan fakta separa masak. Hari ini bagaimanapun, PAS sudah banyak berubah. PAS semakin matang sebagai sebuah parti politik dan mula mampu menjadi sandaran masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Untuk terus matang, PAS harus bersedia membuka pintu terhadap kritikan. PAS bukan sahaja harus bercakap soal membasmi penyelewengan, tetapi juga harus membasmi penyelewengan di dalam PAS.
Kepada cyber trooper PAS, menulislah sebagai seorang yang beriman. Menjadi cyber trooper PAS tetapi gaya bahasa mirip insan rendah akhlak hanya membawa imej buruk kepada PAS. Jika fakta yang saya kemukakan tidak mampu untuk anda lawan dengan fakta, maka, berundur ke tepi dan desak pimpinan anda untuk bersuara.
Masalahnya tidak ada pimpinan PAS yang mahu menghubungi saya dan memberi penjelasan atau meminta penjelasan saya. Yang ada hanyalah panggilan untuk menawarkan saya kerja dan wang ringgit bagi menyelesaikan isu yang saya bangkitkan. Banyak juga tuduhan bahawa saya lakukan semua ini adalah untuk membalas dendam kepada Menteri Besar Kelantan kerana tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Jika pembaca rujuk kembali posting-posting terdahulu, sejak 2009 lagi saya sudah nyatakan di dalam blog ini bahawa saya tidak lagi berminat bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya juga nyatakan bahawa saya menolak tawaran daripada Dato’ Haji Husam untuk berkhidmat sebagai Pegawai Khas beliau dan tawaran kedua beliau untuk berkhidmat di PMBK Sawit. Semua ini sudah saya nyatakan beberapa bulan lebih awal daripada tarikh saya ditamatkan kontrak.
Dato’ Haji Husam dan Dato’ Haji Takiyuddin Hassan sendiri tahu bahawa saya menghadiri beberapa temuduga kerja di luar Kelantan, lama sebelum kontrak saya ditamatkan. Bahkan secara terbuka saya maklumkan kepada banyak pihak bahawa saya akan tinggalkan PMBK pada akhir Disember iaitu 4 bulan sebelum kontrak saya tamat.
Sepanjang saya di dalam perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri, saya telah luahkan ketidakpuasan hati saya terhadap pelbagai kegiatan tidak sihat di dalam Kerajaan Negeri dan cara Kerajaan Negeri dan Parti menangani sesetengah isu. Beberapa kali juga menerusi saluran yang ada saya jelaskan bahawa ‘Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru sudah tidak lagi berminat untuk berkhidmat untuk rakyat Kelantan’ semenjak menang besar pada PRU 12 yang lalu.
Berapa banyak juga dokumen yang membuktikan berlaku penyelewengan di dalam Kerajaan Negeri yang saya serahkan mengikut saluran yang disediakan tetapi tiada apa yang berlaku kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan menerima kenyataan dan daif dalam pentadbiran.
Atas desakan saya, sekurang-kurangnya 2 exco telah mengadap Tuan Guru dan minta supaya Tuan Guru pertimbangkan semula keputusan-keputusannya dalam isu-isu tertentu tetapi Tuan Guru tetap berkepala batu semata-mata kerana ianya melibatkan ahli keluarganya.
Apa yang saya dedahkan selepas kontrak saya ditamatkan bukanlah dokumen yang ada pada saya sewaktu saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri. Dokumen-dokumen tersebut diserahkan dan terus diserahkan kepada saya oleh pelbagai pihak selepas saya tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya akan terus nekad untuk membetulkan keadaan. Sama ada ‘overkill’ atau tidak bukan persoalan kerana saya tiada apa-apa agenda selain mahu rakyat Kelantan tahu wajah sebenar pentadbiran Nik Aziz.
Sekembalinya saya ke Kelantan saya terkejut dengan pelbagai aktiviti tidak ‘Islamik’ di dalam PAS Kelantan. Saya terkejut dengan rasuah, nepotisme dan kronisme yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya terkejut dengan cantas mencantas dan politiking yang hampir melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya bertanya kepada diri saya, benarkah saya sedang bekerja dengan sebuah Kerajaan Islam?
Apakah ini Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W? Apakah para sahabat dahulu menyebarkan Islam menerusi fitnah, umpat mengumpat dan membiayainya menerusi duit derma yang dituntut dan dipersetujui sebelum kontrak atau projek diluluskan? Yang dipungut secara tunai sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Perjalanan saya baru bermula. Matlamat boleh menghalalkan cara bagi PAS Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz. Tetapi bagi saya, yang salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Jangan halalkannya semata-mata kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.

Thursday, April 8, 2010

Luahan hati YB Zul dalam flite ke London!

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010
Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!
Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.



Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Nalla tak kata

Kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut kemerdekaan Sarawak sekiranya menang pada pilihan raya negeri sebagai mengarut dan tidak memahami sejarah. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan yang dibuat Nallakarupan dalam sebuah akhbar semalam amat tidak masuk akal kerana PKR selama ini tidak pernah memikirkan rancangan yang melampaui batas seperti itu. “Saya anggap kenyataan Nallakarupan sebagai ‘tidak betul’, tidak mungkin Anwar pernah berfikir mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. 
Nallakarupan dipetik sebuah akhbar semalam berkata, Anwar berkemungkinan merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada pilihan raya negeri pada bila-bila masa sekarang. Nallakarupan turut mendakwa Anwar akan ‘berhijrah’ ke Sarawak untuk membuat persiapan dan memantapkan jentera pilihan raya parti di sana. 
Komen:
Tidak mustahil Anwar akan atau pernah berkata demikian jika PKR memenangi pilihanraya Sarawak. Anwar pernah berusaha untuk menjadi PM pada 16 Sept 2008. Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki dengan melaporkan dia akan dibunuh. Dia minta YB Zulkifli Nordin membuat akuan bersumpah mengaitkan PM dengan kes pembunuhan Attantunya. Wahai Saifuddin Nasution! Tembelang Anwar sudah pun terbongkar, dibongkar oleh bekas-bekas Setiausaha Politik Anwar dan sahabat-sahabat Anwar sendiri cuma Presiden PKR, Wan Azizah sahaja yang kelihatan masih setia dengan Anwar, suaminya.

Karpal Singh masih besar kepala!

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tidak serik lagi masih menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Karpal Singh memang pun kepala besar sebab itu dia besar kepala. Menggunakan kekebalannya selaku ahli parlimen ikut suka dia nak bercakap biarpun sensitif kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. 
Bila isu hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera itu adalah sangat sensitif maka fahamlah wahai si Karpal. Tak payahlah sentuh apatah lagi jika si Karpal hentam (pukul) lagilah menaikkan kemarahan orang Melayu. Jangan sampai Melayu hilang sabar. Sabar ada had batasannya.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah membuat laporan polis ekoran kenyataan Karpal pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang kelmarin. NGO berkenaan berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan Karpal itu boleh menimbulkan huru-hara dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

Wang zakat Wilayah Persekutuan dihabiskan takut DS Najib ambil!

Terkaku dan kelu aku bila mendengar seorang sahabat berkata, " Wang zakat bagi Wilayah Persekutuan dah dihabiskan takut Datuk Najib minta". Mula-mula aku percaya juga, sebab yang berkata itu, bukan calang-calang orang. Seorang pegawai kerajaan yang 'warak' juga orangnya. Tak mungkin dia nak bawa cerita itu yang benar-benar menggambarkan betapa buruknya perangai seorang Perdana Menteri Malaysia. Sedarkah atau tidak sahabat aku itu, keadaan politik hari ini penuh dengan fitnah dan pelbagai tipu daya! Jika itu merupakan fitnah, apakah sanggup sahabat aku itu menerima hukuman dari Allah swt bagi mereka yang menabur fitnah. Dosa fitnah lebih besar dari dosa seorang pembunuh. Mungkin cerita ini sama agenda dengan akuan bersumpah yang diminta dilakukan oleh YB Zulkifli Nordin supaya mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan Attantunya. Begitulah juga foto superimpose DS Najib bersama dengan Perempuan Monggolia itu yang dibuat oleh Tian Chua tapi tidak diambil tindakan hingga hari ini. Semua pihak perlu berhati-hati, jangan menyesal kemudian hari. Membawa cerita biar pasti supaya tidak merana diri.

Sunday, April 4, 2010

Melayu sewajarnya menyokong penubuhan Perkasa


Zaid Ibrahim antara pemimpin pembangkang Melayu yang membidas penubuhan Perkasa. Inilah pemimpin Melayu yang sudah lupa atau 'Melayu yang mudah lupa', kata Tun Mahathir suatu ketika dulu. Pemimpin-pemimpin Melayu ini yang hidup senang dan bermewah hari ini kerana dasar perjuangan UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu. Kini mereka sengaja lupa kerana gilakan kuasa. Mereka tidak segan dan malu mengkritik perjuangan UMNO dan Perkasa yang sebenarnya dasar itulah yang selama ini melahirkan ratusan ahli-ahli korporat Melayu, ahli-ahli akademik dan ahli-ahli profesional Melayu yang hebat dan ada yang terkenal di persada antarabangsa. 
Kenapa Zaid terlalu khuatir dengan kebangkitan NGO Melayu ini iaitu Perkasa walaupun dalam konteks mempertahankan Perlembagaan dan asas kenegaraan. Lebih-lebih lagi sokongan masyarakat Melayu terhadap Perkasa kian melonjak. Ada kajian mendapati hampir 70 peratus orang Melayu menyokong pendirian Perkasa dalam banyak isu kritikal. Awang ada bertanya Zaid, apa salahnya orang Melayu di tanah air ini menyokong Perkasa?
Sekali lagi Zaid buat-buat lupa tentang beberapa peristiwa menghina Sultan Perak tahun lalu, yang didalangi pembangkang. Kita masih ingat bagaimana rakyat orang Melayu baring atas jalanraya menghalang pergerakan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak. Tidak mungkin orang Melayu lupa  akan peristiwa ini melainkan Zaid dan rakan-rakan dalam PR yang buat-buat lupa.
Ketika institusi raja diasak teruk ketika itu, mengapa PKR berdiam dan tiada pendirian apatah lagi untuk mengeluarkan kenyataan keras mempertahankan institusi berkenaan?
Sebenarnya Zaid pun 'tidak laku' dalam UMNO bukan kerana kehebatannya tetapi kerana keegoaannya dia gagal merebut jawatan Ketua Bahagian.  Beliau adalah Melayu yang tidak sedar diri.
Berkaitan integriti, Zaid sudah hilang itu semua. Banyak kenyataan beliau mengundang kemarahan ramai. Salah satunya, Zaid pernah menggesa Yang di-Pertuan Agong campur tangan dengan tidak melantik Mohd. Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Zaid mendokong demokrasi seperti dilaung-laungkan, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.
Kini Zaid menjadi hulubalang kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang berdepan dengan satu lagi kes liwat, isu campur tangan asing dan pembohongan yang serius. Anwar diketahui ghairah mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan cara menggugat struktur politik Melayu, yang menjadi tunjang selama ini. Jika Zaid hebat kenapa  dia tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran? Tapi Zaid  masih bersama PKR dan menjadi 'hero' kepada pembangkang kerana sudah pasti beliau pemimpin yang bermasalah.

Friday, April 2, 2010

Lagi dan lagi sikap doubles standard pentadbiran LGE, Melayu jadi mangsa!

Dalam satu ceramah oleh pemimpin PAS di Teluk Kumbar, sungguh sayu hati dan sedih bila penceramah tersebut mempertahankan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meroboh premis peniagaan orang-orang Melayu. Alasannya peniaga-peniaga Melayu biasanya lakukan secara haram maka dengan itu katanya tindakan meroboh adalah tindakan betul. Dengan itu PAS menyokong tindakan kerajaan negeri terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. Wahai penceramah PAS yang buta  hati! Awak tahu atau tidak bahawa ratusan malahan mungkin ribuan lagi peniaga-peniaga Cina yang berniaga secara haram di Pulau Pinang. Baca ini untuk mengetahui bahawa kerajaan DAP-PAS-PKR adalah tidak adil kepada orang-orang Melayu. Dan baca lagi apakah orang Melayu akan kekal di Pulau Pinang untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi? Mungkin kampung-kampung Melayu seperti Kg. Binjai, Kg. Sungai Rusa dan nama-nama jalan seperti Jalan Dato Ismail Hashim, Jalan Sultan Ahmad Shah dan lain-lain akan tinggal namanya sahaja untuk dikenang oleh anak cucu kita yang akan datang. Baca sini Dan baca lagi kenapa kita perlu bantu dan bela nasib peniaga-peniaga Melayu, jangan ikut sedap nak bercakap dan berceramah!

Thursday, April 1, 2010

Lagi berkaitan dengan isu tanah wakaf, MAIPP dan SSI!

Berkenaan tanah wakaf di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini tentunya dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang. Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP. Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid. Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.
Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.
Sepatutnya tanah wakaf di "transfer" keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?
Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.
Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu "security" kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.
Bagi spy, fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?
Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?
Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah. Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !
Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua benefit ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.
Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1'600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng. Renung-renungkan lah.

Sumber: Spy Leman
dari serambi Sekolah Agama Rakyat ar-Ridwaniyah, Padang Lalang, Bukit Mertajam.