"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, April 28, 2010

Zaid mahu mahkamah isytihar PRK Hulu Selangor sebagai tidak sah!

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, akan memfailkan petisyen di mahkamah bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai tidah sah.
Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat. Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.
Komen:
Begitulah sikap pembangkang sejak dahulu kala lagi. Tidak boleh menerima kekalahan. Mesti mahu menang. Jika di mahkamah, mereka mahu hakim menyebelahi mereka jika tidak maka hakim itu akan dilabelkan tidak adil. Mereka akan kata hakim-hakim di Malaysia sudah dibeli. Apa nak jadi dengan pembangkang?
BN telah kalah teruk dalam PRU12 yang lalu. BN juga pernah beberapa kali kalah dalam pilihanraya kecil yang lalu. Walaupun pembangkang menabur 1001 janji termasuk pelbagai elaun dan subsidi, fitnah pembangkang bermaharaja lela dalam kempen pilihanraya, hingga DS Najib terpaksa bersumpah di masjid tetapi pemimpin BN menerima kekalahan itu dengan penuh keinsafan. Mereka tidak pun menyalahi pembangkang walaupun pembangkang bermain dengan taktik paling kotor dan menjijikan, keterlaluan adab, kurang ajar dan menyanggahi dengan ajaran Islam yang suci. Pemimpin BN khususnya UMNO menerima kekalahan itu dengan penuh keinsafan untuk bangkit semula. Pemimpin PAS dan PKR harus sedar bahawa dulu lain sekarang lain. Dulu pemimpin pembangkang sekadar pengkritik yang hebat tapi sekarang pemimpin pembangkang juga wakil rakyat dan pemerintah kerajaan beberapa negeri. Rakyat menjadi saksi dan rakyat menilai dan rakyat yang mengundi dan rakyatlah yang menentukan parti mana yang perlu kalah dan parti mana yang perlu menang.

3 comments:

  1. Memang mereka kurang ajar. Biar rakyat ajar mereka pulak.

    ReplyDelete
  2. ulamak usuuk lagu harussani ni,
    dipegha macam anjing...... bila nik azik mai dia teruk menyalak.

    tadak dah nak komen pasai apco ka,
    semah jambul tadak pakai tudung ka..... pendek kata suma mende yang umnojambantaik buat termasuk akademi fantasia sumanya bertepatan ngan islam.

    ReplyDelete
  3. Adat bertanding, ada kalah dan menang. Yang menang melompat-lompat keriangan, katanya, akulah yang kuat dan berpengaruh. Tetapi kepada yang kalah, lain pulak halnya. Itu tak betulla, ini tak betulla dan seribu macam alasan lagi.
    Pada hemat saya, yang kalah terimalah kenyataan. Cari dimana kelemahan dan perbaiki. Yang menang bukan bererti kuat, yang kalah bukan bererti lemah. Jika nak bawa ke Mahkamah, buang duit rakyat, buang masa dan berperang dalam mahkamah pulak. Yang penting eratkan hubungan sesama kita.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.