"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, April 27, 2010

Bila kalah dalam pilihanraya, ada saja komen pembangkang!

Kemenangan tipis BN di Hulu Selangor tidak sepadan dengan janji BN taburkan kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor. Begitulah nada sombong pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak mahu menerima kekalahan. Setiap kali kalah akan ada suara-suara sombong dan sumbang dari kalangan pemimpin pembangkang. Terimalah kekalahan itu dengan seadanya. Bermuhasabahlah kerana sudah tentu ada kelemahan atau kekurangan ataupun keterlanjuran di mana-mana yang kita tidak sedar berlaku. Pengundi-pengundi hari ini sudah boleh berfikir. Mereka boleh menilai keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sebelum itu, pemimpin pembangkang adalah pengkritik yang hebat kepada kerajaan Barisan Nasional. Buat itu tak betul dan buat ini tak kena. Ada saja yang tak betul. Tapi hari ini setelah dua tahun memerintah, rakyat dapat menilai sejauhmana kerajaan PR dapat menunaikan janji-janji mereka kepada pengundi-pengundi selepas pilihanraya umum yang lalu. Rakyat masih nampak pemimpin-pemimpin PR bertindak seolah-olah diri mereka masih pembangkang di negeri sendiri. Ceramah politik tidak berhenti-henti, di dewan orang ramai, kompleks sukan dan hinggalah perhimpunan besar di stadium. Siang ceramah dan malam juga berceramah. Siang di negeri utara dan malam pula di negeri selatan. Bila masakah wakil-wakil rakyat ini bekerja untuk rakyat. Ada wakil rakyat sudah jarang balik melihat kawasan. Kemudian bekas wakil rakyat BN juga menjadi tempat rakyat mengadu.
Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa PKR kalah di Hulu Selangor. Bukan senang juga BN hendak merampas kerusi parlimen di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kelebihan kepada kerajaan PR kerana MB Selangor berupaya menabur janji kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Tapi pemimpin PR sudah malu nak berjanji kerana janji PRU yang dulu pun banyak yang belum dapat ditunaikan. Oleh itu pemimpin PR tak berapa minat untuk berjanji sebagai ganti mereka menabur fitnah di sepanjang kempen pilihanraya itu. Itulah yang mampu mereka lakukan.  Surat palsu diedarkan, poster kematian TBH dipaparkan, isu APCO yang mana Anwar Ibrahim gagal menjelaskan dengan sempurna di parlimen menjadi bahan ceramah. Khutbah Jumaat diselitkan dengan politik kepartian dan surau sebagai tempat umat Islam beribadah dan tempat penyatuan ummah digunakan untuk politik kepartian. TG Nik Aziz menganggap larangan menggunakan masjid untuk politik adalah fahaman penjajah barat. Beliau langsung tidak menghormati titah Sultan Selangor. Tak mungkin selaku MB Kelantan dia tidak mengetahui adab dan tatasusila negeri-negeri lain. Tak mungkin dia tidak tahu bahawa JAIS sangat tegas dalam perkara ini. Begitulah sikap pembangkang....

2 comments:

  1. sudah menjadi lumrah pembangkang begitu. diri mereka saja yang betul.



    Pas dah serik berkempen untuk PKR! Baca sini:

    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/pas-serik-berkempen-untuk-pkr.html

    ReplyDelete
  2. Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.