"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, April 8, 2010

Luahan hati YB Zul dalam flite ke London!

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010
Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!
Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.



4 comments:

  1. Ya saya amat setuju apa yang dikatakan oleh YB Zul. Rakyat sudah sedar apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. Bekas Penyokong PASApril 10, 2010 at 10:54 PM

    Fitnah perkara biasa kpd mereka, pemimpin dan penyokong Pembangkang. Mungkin matlamat menghalalkan cara!

    ReplyDelete
  3. saya sokong dan amat bersetuju dgn YB Zul.

    ReplyDelete
  4. Bersyukur kepadaNya kerana memberi petunjuk bahawa jangan mengukur sesaorang dari luaran sahaja. Baik buruk perangai manusia bukan terletak pada paras rupa atau fizikalnya sahaja tetapi pada hati.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.