"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, April 4, 2010

Melayu sewajarnya menyokong penubuhan Perkasa


Zaid Ibrahim antara pemimpin pembangkang Melayu yang membidas penubuhan Perkasa. Inilah pemimpin Melayu yang sudah lupa atau 'Melayu yang mudah lupa', kata Tun Mahathir suatu ketika dulu. Pemimpin-pemimpin Melayu ini yang hidup senang dan bermewah hari ini kerana dasar perjuangan UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu. Kini mereka sengaja lupa kerana gilakan kuasa. Mereka tidak segan dan malu mengkritik perjuangan UMNO dan Perkasa yang sebenarnya dasar itulah yang selama ini melahirkan ratusan ahli-ahli korporat Melayu, ahli-ahli akademik dan ahli-ahli profesional Melayu yang hebat dan ada yang terkenal di persada antarabangsa. 
Kenapa Zaid terlalu khuatir dengan kebangkitan NGO Melayu ini iaitu Perkasa walaupun dalam konteks mempertahankan Perlembagaan dan asas kenegaraan. Lebih-lebih lagi sokongan masyarakat Melayu terhadap Perkasa kian melonjak. Ada kajian mendapati hampir 70 peratus orang Melayu menyokong pendirian Perkasa dalam banyak isu kritikal. Awang ada bertanya Zaid, apa salahnya orang Melayu di tanah air ini menyokong Perkasa?
Sekali lagi Zaid buat-buat lupa tentang beberapa peristiwa menghina Sultan Perak tahun lalu, yang didalangi pembangkang. Kita masih ingat bagaimana rakyat orang Melayu baring atas jalanraya menghalang pergerakan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak. Tidak mungkin orang Melayu lupa  akan peristiwa ini melainkan Zaid dan rakan-rakan dalam PR yang buat-buat lupa.
Ketika institusi raja diasak teruk ketika itu, mengapa PKR berdiam dan tiada pendirian apatah lagi untuk mengeluarkan kenyataan keras mempertahankan institusi berkenaan?
Sebenarnya Zaid pun 'tidak laku' dalam UMNO bukan kerana kehebatannya tetapi kerana keegoaannya dia gagal merebut jawatan Ketua Bahagian.  Beliau adalah Melayu yang tidak sedar diri.
Berkaitan integriti, Zaid sudah hilang itu semua. Banyak kenyataan beliau mengundang kemarahan ramai. Salah satunya, Zaid pernah menggesa Yang di-Pertuan Agong campur tangan dengan tidak melantik Mohd. Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Zaid mendokong demokrasi seperti dilaung-laungkan, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.
Kini Zaid menjadi hulubalang kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang berdepan dengan satu lagi kes liwat, isu campur tangan asing dan pembohongan yang serius. Anwar diketahui ghairah mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan cara menggugat struktur politik Melayu, yang menjadi tunjang selama ini. Jika Zaid hebat kenapa  dia tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran? Tapi Zaid  masih bersama PKR dan menjadi 'hero' kepada pembangkang kerana sudah pasti beliau pemimpin yang bermasalah.

2 comments:

  1. Jika objektif dan matlamat Perkasa untuk mempertahankan Islam, hak-hak orang Melayu dan bumiputera.Kenapa pertubuhan Perkasa mesti ditentang penubuhannya. Yang menghairankan orang Melayu sendiri yang berbuat demikian. Jika orang Melayu tak sokong Melayu, siapa lagi nak sokong kita. Mahukah bangsa Melayu berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri serta ditertawakan oleh bangsa lain di negara yang tercinta ini.
    "Hidup Melayu!!"

    ReplyDelete
  2. setuju dgn komen Abg Ara tuuu! HIDUP MELAYU!dlm perkasa semua melayu...!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.