"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, April 2, 2010

Lagi dan lagi sikap doubles standard pentadbiran LGE, Melayu jadi mangsa!

Dalam satu ceramah oleh pemimpin PAS di Teluk Kumbar, sungguh sayu hati dan sedih bila penceramah tersebut mempertahankan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meroboh premis peniagaan orang-orang Melayu. Alasannya peniaga-peniaga Melayu biasanya lakukan secara haram maka dengan itu katanya tindakan meroboh adalah tindakan betul. Dengan itu PAS menyokong tindakan kerajaan negeri terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. Wahai penceramah PAS yang buta  hati! Awak tahu atau tidak bahawa ratusan malahan mungkin ribuan lagi peniaga-peniaga Cina yang berniaga secara haram di Pulau Pinang. Baca ini untuk mengetahui bahawa kerajaan DAP-PAS-PKR adalah tidak adil kepada orang-orang Melayu. Dan baca lagi apakah orang Melayu akan kekal di Pulau Pinang untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi? Mungkin kampung-kampung Melayu seperti Kg. Binjai, Kg. Sungai Rusa dan nama-nama jalan seperti Jalan Dato Ismail Hashim, Jalan Sultan Ahmad Shah dan lain-lain akan tinggal namanya sahaja untuk dikenang oleh anak cucu kita yang akan datang. Baca sini Dan baca lagi kenapa kita perlu bantu dan bela nasib peniaga-peniaga Melayu, jangan ikut sedap nak bercakap dan berceramah!

6 comments:

  1. salam hormat tuan

    menteri komunis LGE mendapat restu dari tok garu jugak. tanpa restu tok garu, LGE susah nak 'bedal' org melayu kat penang

    ReplyDelete
  2. Sedih dan geram bila membaca petikan Pak Tam. Memang ada tersirat dilubuk LGE n crony untuk bertindak demikian. MPPP ibarat kerbau dicucuk hidung saja. Terpaksa ikut arahan.Memang diakui premis-premis haram juga dibina oleh mereka. Tetapi tindakan tidak diambil kecuali primis Melayu/Islam sahaja. Cuba kita renung bagaimana waktu malam kesesakan jalanraya di Dobby Ghout dan Paya Terubong malah banyak lagi, kerana gerai-gerai makanan yang berselerak disana dan menganggu lalu lintas. Kenapa ini tidak diberi perhatian. Ambillah tindakan....Depa tak berani.Sebab yang menjualdan pemilik adalah berbangsa cina.

    ReplyDelete
  3. tentang rm 100 yg GE bagi tu macam mana kalau BN pula bagi rm 500 seorang lagi canggih.........

    ReplyDelete
  4. melayu sama melayu pun tak boleh tolong hanya menanti negeri kena gulung,akhir kata terdapat dalam hadis mengatakan salah satu tanda tanda kedatangan hari kiamat ialah berlakunya keji mengeji,pergaduhan antara umat islam sesama sendiri, maka ternyata kerana parti, agama islam dimasukkan kedalam pati hingga orang islam sendiri menjadi berpuak2 sekarang.

    ReplyDelete
  5. Masalahnya pemimpin melayu PAS dan PKR bukan mereka tak faham dasar perjuangan DAP. Mereka tahu DAP telah menentang penubuhan negara islam. Mereka tahu DAP konsisten dgn perjuangan mereka(DAP). Cuma kita faham Pemimpin PAS dan PKR sanggup bersama dgn DAP bukan kerana suka dsar perjuangan DAPnya tetapi kerana KUASA politik,PAS dan PKR kadang2 sanggup mengorbankan dasar perjuangan asal mereka kerana hendak menjaga hati rakan DAP. Ini kerana dgn harapan parti PAS dpt menjadi sebuah parti terpengaruh menggantikan UMNO. Itu sebabnya serangan utama hanya kpd Umno tidak kpd MIC, MCA atau Gerakan. Bila melayu lawan melayu, jadi kaum lain ibarat kata seperti kaduk naik junjung. Pemimpin DAP jadi sepuluh kali lagi kurang ajar mereka kepada Melayu UMNO termasuk juga kpd Raja2 melayu.Kita boleh saksikan wakil2 rakyat PAS dn PKR Melayu, juga keluar dewan seolah2 menyokong Lim Kit Siang yg tidak menghormati kemuliaan dewan. Itu dulu sebenarnya banyak boleh dipersoalkan...tk.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.