"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, April 22, 2010

Agong tolak Mansor sebagai Pengerusi PUZ Pulau Pinang!


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menolak cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ). Seri Paduka sebaliknya memperkenankan pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ellias Zakaria, bagi mengisi jawatan itu yang kosong sejak 1 Januari lalu. Ellias ketika ditemui Berita Harian selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang di sini, semalam, berkata perkara itu diputuskan pada sidang Ahli Majlis Maipp, baru-baru ini, yang turut dihadiri wakil Istana Negara.
Beliau berkata, baginda memberi perkenan supaya jawatan itu dipegangnya sehingga tempoh perkhidmatannya selaku Yang Dipertua Maipp berakhir pada 31 Disember 2011.

Perlantikan Ellias itu mengakhiri kontroversi berhubung pengisian kekosongan jawatan berkenaan, yang dilihat penting kerana PUZ mengendalikan lebih RM40 juta pungutan zakat di negeri ini untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Kontroversi itu tercetus apabila keputusan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mencalonkan Mansor yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk wakil Pas dalam Majlis Maipp yang mahu jawatan itu diisi YDP Maipp atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dari Pas yang juga Timbalan YDP Maipp.
Umno Pulau Pinang turut membantah cadangan melantik Mansor kerana bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal ehwal Zakat bagi kepentingan politik, bukannya golongan asnaf. Ini adalah kali kedua cadangan kerajaan negeri tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, cadangan kerajaan negeri untuk melantik Mohd Salleh sebagai YDP Maipp turut tidak mendapat perkenan baginda, sebaliknya Seri Paduka memperkenankan pelantikan Ellias.
Terdahulu, Ellias menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang yang diterima oleh Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa.

2 comments:

  1. Bekas Penyokong PASApril 22, 2010 at 8:31 AM

    Syukur alhamdulillah, selamatlah Melayu Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. Ustaz Illias Zakaria, satu nama yang tak perlu disebut. Ramai yang kenal pada beliau, di masjid, Pusat Islam USM atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang dan Negara. Kredibiliti, komitmen beliau serta pengetahuan dlm Agama Islam, memang terserlah. Beliau seorang ilmuan. Jadi untuk beliau dilantik menjadi Pengurusi Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang memang kena pada tempatnya. DYMM Yang DiPertuan Agung sendiri yang berkenan hendak melantik beliau, kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu TKM 1 PP. 'Something fishy' jika depa nak lantik TKM 1 PP.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.