Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tidak serik lagi masih menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Karpal Singh memang pun kepala besar sebab itu dia besar kepala. Menggunakan kekebalannya selaku ahli parlimen ikut suka dia nak bercakap biarpun sensitif kepada bangsa Melayu yang beragama Islam.
Bila isu hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera itu adalah sangat sensitif maka fahamlah wahai si Karpal. Tak payahlah sentuh apatah lagi jika si Karpal hentam (pukul) lagilah menaikkan kemarahan orang Melayu. Jangan sampai Melayu hilang sabar. Sabar ada had batasannya.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah membuat laporan polis ekoran kenyataan Karpal pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang kelmarin. NGO berkenaan berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan Karpal itu boleh menimbulkan huru-hara dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.
Entahlah! Karpal Singh memang keras dan besar kepala sejak sekian lama lagi. Hak keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jangan dan tak boleh diganggu. Bukan dia tak tau. Saja nak tunjuk hero. Orang macam ni dok jadi batu api isu-isu perkauman. Kita orang Melayu dan ahli Umno nak biar apa lagi. Buat sesuatu.....kita sekarang hidup mengamalkan Gagasan 1 Malaysia.
ReplyDeleteKarpal perlu dihalau keluar dari Msia. Tak layak jadi rakyat Msia berbagai kaum..geram aku.
ReplyDelete