"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, April 8, 2010

Wang zakat Wilayah Persekutuan dihabiskan takut DS Najib ambil!

Terkaku dan kelu aku bila mendengar seorang sahabat berkata, " Wang zakat bagi Wilayah Persekutuan dah dihabiskan takut Datuk Najib minta". Mula-mula aku percaya juga, sebab yang berkata itu, bukan calang-calang orang. Seorang pegawai kerajaan yang 'warak' juga orangnya. Tak mungkin dia nak bawa cerita itu yang benar-benar menggambarkan betapa buruknya perangai seorang Perdana Menteri Malaysia. Sedarkah atau tidak sahabat aku itu, keadaan politik hari ini penuh dengan fitnah dan pelbagai tipu daya! Jika itu merupakan fitnah, apakah sanggup sahabat aku itu menerima hukuman dari Allah swt bagi mereka yang menabur fitnah. Dosa fitnah lebih besar dari dosa seorang pembunuh. Mungkin cerita ini sama agenda dengan akuan bersumpah yang diminta dilakukan oleh YB Zulkifli Nordin supaya mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan Attantunya. Begitulah juga foto superimpose DS Najib bersama dengan Perempuan Monggolia itu yang dibuat oleh Tian Chua tapi tidak diambil tindakan hingga hari ini. Semua pihak perlu berhati-hati, jangan menyesal kemudian hari. Membawa cerita biar pasti supaya tidak merana diri.

3 comments:

  1. Salam 1 Malaysia;
    Siapa dia pak tam dedahkan tak guna punya pegawai kerajaan. Ibarat duri dalam daging!

    ReplyDelete
  2. Kenapa pegawai kerajaan berkata begitu. Dia siasat betul-betul ke. Adakah DS Najib tak boleh membezakan wang zakat dengan wang lain.Jika DS Najib nak guna sekali pun untuk pembangunan kemanusiaan atau fizikal, beliau boleh ambil dari sumber kewangan yang lain. Pegawai itu, dapat maklumat salah atau sengaja direkacipta oleh orang-orang tertentu untuk memburuk-burukkan DS Najib.

    ReplyDelete
  3. Politik pembangkang di Msia paling kotor dalam dunia. Bukan anak jantan namanya. Pembangkang menjadi raja segala fitnah dan pembohongan di malaysia ini. MasyaAllah! Tanda akhir zaman bila ulamak tidak lagi dihormati.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.