"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, April 26, 2010

TG Nik Aziz tetap mempertahankan pandangannya bahawa politik boleh di masjid.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga tidak bersetuju dengan pandangan TG Nik Aziz yang membenarkan ceramah politik di masjid. Beliau menegaskan masjid tidak seharusnya dijadikan medan untuk berpolitik kerana ia boleh memecahkan perpaduan di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata akan wujud persepsi dalam kalangan umat Islam untuk tidak ke masjid yang kononnya dikawal oleh parti politik tertentu."Akan wujud situasi di mana orang Umno tidak mahu ke masjid kononnya dikuasai Pas. Begitu juga dengan ahli Pas tidak mahu ke masjid dikuasai Umno. "Macam mana kita hendak erat hubungan antara kariah masjid jika ada persepsi seumpama itu. Malah, ia akan menimbulkan perpecahan di antara orang Islam di negara ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam. Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat.“Saya mahu melahirkan rasa dukacita amat sangat atas kenyataan yang dibuat Perdana Menteri bahawa saya sudah melanggar titah Sultan Selangor, saya nak jawab kepada beliau dan masyarakat semua. “Saya langsung tidak terfikir nak langgar titah. Selama 20 tahun menjadi Menteri Besar, saya amat menghormati institusi raja. Seorang wartawan tanya saya, bagaimana masalahnya politik dalam masjid. Bagi saya ada dua, pertamanya politik, keduanya parti. “Politik, di mana-mana kita boleh sebut (bincang). Azan yang dilaungkan bilal (hakikatnya) adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai (mengerjakan solat di masjid). Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengasingkan kenyataannya antara agama dan politik.
Walau bagaimanapun, TS Harussani, Mufti Perak telah menegaskan bahawa politik dalam masjid adalah haram kerana ia (politik) boleh memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.

3 comments:

  1. Bercakap politik boleh di atas masjid tapi jika tidak memecah belahkan umat Islam di Selangor. Di Kelantan memang boleh sebab semua rakyatnya sokong satu parti sahaja iaitu PAS. Tapi di negeri2 lain, Raja Negeri tak benarkan sebab boleh memecahkan perpaduan rakyat terutama umat Islam sedangkan Islam itu bersaudara.

    ReplyDelete
  2. Betul kata-kata Senator Dr Jins Samsuddin, dalam ucapannya di Dewan Negara, kuasa pada zaman Kerajaan Malayu Melaka dan Raja Melayu yg lain pada masa dan ketika itu, adalah terletak ditangan Raja. Rajalah tempat rakyat merujuk dan berlindung, titah beginda semuanya menjadi ikutan. Tetapi tidak sekarang, undang-undang yg menjadi tunjang ikutan dan rujukan. Harus kita ingat bahawa Raja adalah Lambang kekuatan dan kekuasan orang Melayu. UMNO pulak adalah sebuah badan untuk orang -orang melayu berlindung dan tiang seri kepada kekuatan Negara Malaysia. Fikirlah, jika tiang seri ini rapuh dan dimakan anai-anai!
    Berbalik kepada berpolitik di dalam masjid. Pada hemat saya, adalah TIDAK sesuai dan tepat masjid dijadikan tempat berpolitik kepada sebarang parti. Selain tempat beramal ibadat, majlis keagamaan, persinggahan dll. Pokoknya masjid adalah sebuah institusi yang boleh merapatkan hubungan sesama Islam dan kaum melayu tanpa sebarang idiologi politik. Hanya kita sahaja orang-orang Islam yang boleh menyemarakkan masjid. Jadi Sultan Selangor melarang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyokong adalah tepat pada masa dan ketikanya. 'Jom P masjid'

    ReplyDelete
  3. ALAHAI KAPIAQ2 SUMA.....

    KALU IKUT PARTI JAMBAN MEMANG MASJID TU GUNA UNTUK SOLAT SAJA. TAKLEH WAT KIJA LEIN. SABIK TU LA MASJID2 PENUIH NGAN TAIK CICAK. LAGU TU LA AJARAN PUAK2 HARUSSANI.
    MAKMUQKAN MASJID NGAN SOLAT SAJA.
    MEH NAK HABAQ KAT MALAUN2 PARTI JAMBAN.....

    MASJID NABAWI BUKAN SAJA TEMPAT SOLAT. DI SANA JUGA TEMPAT BELAJAQ LAWAN PEDANG, MENYANYI(LAGU2 KETUHANAN), PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN,DAN DISEKITAQ LUAQ MASJID MACAM PERNEGAA ADA. TAPI SUMA AKTIVITI ADALAH MENGIKUT SYARAK.

    BULIH KAT PARTI JAMBAN YANG FAHAM POLITIK SUKU, AGAMA SUKU, DEPA BUKAN SAJA BINA MASJID TAPI DEPA BUAT JUGAK BALAIRAYA, DEWAN ORANG RAMAI SUPAYA MASJID UNTUK SOLAT DEWAN ORANG BULIH WAT MAJLIS2 MAKSIAT. MANA BULIH MAJLIS TARI MENARI WAT KAT MASJID. MANA BULIH MAJLIS TOGOK AYAQ SETAN WAT KAT MASJID. ITU LA MENDE2 YANG ADA DALAM PALA HOTAK PUAK2 PARTI JAMBAN. SABIK SOLATPUN DEPA BUAT, MAKSIATPUN DEPA TAKLEH TINGGAL.

    he he he
    bergurau ngan puak2 PARTI JAMBAN

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.