"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, May 31, 2010

BANTAHAN DAN SOLAT HAJAT MENENTANG KEZALIMAN ISRAEL DI GAZA!

Esok 1 Jun 2010 Selasa dijemput semua warga kota dan desa, Islam dan bukan Islam, mari lah sama-sama berhimpun untuk menyuarakan bantahan kita terhadap kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal bantuan ke Gaza di hadapan kedutaan Amerika jam 9.00 pagi esok.
Pada malam esok juga bersamaan 1 Jun 2010 akan diadakan solat hajat di Masjek Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur. Seru lah saudara mara dan sahabat-sabahat untuk bersama-sama mendoakan keselamatan ke atas konvoi bantuan kemanusian tersebut.

-PERKASA

LAGI AHLI PAS MENYERTAI UMNO!

Seramai 18 orang anggota Pas di Alor Binjal di sini bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai Umno setelah sedar bahawa Pas gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah. Majlis penyerahan borang menyertai Umno itu diadakan pada mesyuarat Umno cawangan Alor Binjal di sini semalam. Selain borang daripada 18 anggota Pas itu, turut diserahkan ialah 12 borang ahli baru.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain telah meninggalkan PAS bersama dengan 60 ahli cawangan tersebut menyertai UMNO. Mereka tidak percaya dengan amanat Tuan Guru Haji Hadi dan mereka tidak hairan lagi dengan fatwa TG Nik Aziz. Mereka melihat bagaimana UMNO banyak berjasa kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia. Pemimpin UMNO juga orang Melayu dan beragama Islam. Sungguhpun parti UMNO bukan sebuah parti Islam tetapi perlembagaan UMNO amat jelas memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang berdaulat.
Sejak PAS bersama Pakatan Rakyat, PAS jadi pak turut. TG Nik Aziz dan Haji Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain keterlaluan untuk menjaga hati dan perasaan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Hingga PAS jadi pak turut. Dasar perjuangan PAS telah tersasar. Semakin keliru dengan pelbagai fatwa. Ulamak-ulamak PAS sendiri bertelagah sesama sendiri berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan dan kalimah Allah. Amalan kronisme dan nepotisme dalam kepimpinan dan kerajaan PAS tidak dapat disembunyikan lagi. Amalan rasuah juga berlaku tetapi dapat dihalalkan oleh Tok Guru dengan perkataan 'sedekah jariah'. Pembaziran wang rakyat di Kelantan berjuta-juta ringgit hanya bertujuan untuk upahan menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Ayat-ayat sucu al-Quran dibenarkan oleh penceramah DAP bukan Islam dalam kempen pilihanraya. TG Nik Aziz sendiri membenarkan juga kalimah Allah digunakan oleh DAP dalam kempen politik di Sibu Sarawak hinggalah kejayaan DAP mengalahkan calon BN. TGNA juga mengatakan ceramah politik dibenarkan dalam masjid walaupun Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan peraturan larangan politik ke dalam masjid.
Oleh itu rakyat semakin keliru. Apa yang pemimpin PAS mahu kepada umat Islam? Apakah cara PAS boleh menyatupadukan umat Islam, sudah tentu tidak dan perpecahan umat Islam semakin melebar lagi. Umat Islam semakin lemah, agama Islam semakin dihina sejak pemimpin PAS bersekongkol dengan DAP. Atas kesedaran dan keinsafan inilah maka dari masa ke semasa umat Islam terutama penyokong-penyokong PAS serta ahli-ahli PAS mulai berubah haluan politik mereka. Mereka sudah melihat perjuangan UMNO lebih konsisten dan tegas. UMNO tetap memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air seperti tercatat dalam perlembagaan UMNO sendiri.

Sunday, May 30, 2010

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan berjaya tapi tiada wakil bahagian!

Mesyuarat UMNO Cawangan BG petang ini berjalan serentak, Pemuda, Wanita dan Puteri pada jam 2.00 petang. Kehadiran boleh dikatakan memberangsangkan terutama pemuda umno hingga tak cukup kerusi. Suatu sejarahlah kepada pemuda cawangan BG dengan kehadiran sebanyak itu. Tapi sejarah juga bagi Mesyuarat Agung UMNO Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan tidak ada seorang pun wakil dari UMNO Bahagian. Ketua UMNO Cawangan melahirkan rasa kecewa kerana dia sendiri sentiasa memenuhi permintaan rakan-rakan untuk mewakili rakan-rakan wakil Bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat agung. Tapi sedih juga bila Mesyuarat UMNO Cawangan sendiri langsung tidak ada wakil Bahagian. 
Difahamkan bahawa ketiadaan wakil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat agung pada kali ini pernah berlaku juga di cawangan-cawangan lain,  melibatkan juga mesyuarat pemuda dan puteri. Jika ini benar, UMNO Bahagian khususnya Setiausaha Bahagian perlu membuat pemantauan dan mencari punca kepada kejadian yang boleh memalukan UMNO. Apakah kerana pada tahun ini tiada pemilihan, wakil-wakil bahagian tidak berminat untuk menunjuk muka? Sesibuk mana sekalipun, pihak pengurusan parti perlu mencari sekurang-kurangnya seorang pengganti untuk wakil bahagian. Tak mungkin dalam tempoh yang sama berpuluh cawangan mengadakan mesyuarat serentak. Di manakah perginya AJK Bahagian yang begitu ramai yang sudah pun tahu bahawa ketika ini adalah musim Mesyuarat Agung UMNO? Pihak pengurusan parti jangan memandang perkara ini suatu yang remeh temeh jika tidak, UMNO dikatakan masih ditakuk lama atau pun lebih teruk daripada dulu. UMNO perlu berubah.

T.Mohan: Jangan ugut, UMNO bukan parti yang lemah!

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan mendakwa beliau tidak pernah menuduh parti UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) terlibat dengan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS). Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga beberapa pemimpin UMNO salah faham. "Saya hanya mengatakan jika UMNO terlibat, MIC akan mengkaji kedudukan parti tersebut dalam BN.
T.Mohan jangan berlagak sombong dan bongkak. Beliau perlu sedar bahawa BN/UMNO tidak gentar dengan ugutan dan ancaman untuk keluar dari BN. Selaku pemimpin tertinggi dalam MIC, beliau perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan oleh pemimpin UMNO bersama pemimpin MCA  dan MIC dahulu. T.Mohan tidak akan mengancam untuk keluar dari BN jika dia mengkaji bagaimana pengorbanan UMNO/BN kepada MIC. Bagaimana sikap toleransi kepimpinan UMNO menyerah beberapa kerusi DUN dan Parlimen kawasan majoriti orang Melayu untuk calon MIC. Atas semangat setiakawan dalam BN, UMNO sanggup korbankan untuk MIC.
T. Mohan tidak layak menjadi Ketua Pemuda MIC jika beginilah cara beliau menyelesaikan masalah partinya. Budaya ugutan tidak sesuai dalam semangat BN.   MIC bukan sebuah parti besar dalam komponen BN. Namun begitu pemimpinnya tetap mendapat tempat dalam kabinet kerajaan pusat BN walaupun kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu. Kepimpinan BN yang diterajui oleh DS Najib telah mengambil kira semua hati rakyat pelbagai kaum. Tapi janganlah melatah membuat tuduhan dan dakwaan secara membuta tuli. Sudahlah tidak mahu memohon maaf tunjuk pula sikap kesombongan dan keangkuhannya bahawa beliau langsung tidak bersalah.
Tindakan untuk mengugut keluar daripada BN jika..jika UMNO terlibat merupakan suatu ugutan. T.Mohan tunjuk bahawa dia pemimpin yang berani dan MIC adalah parti yang kuat. Seolah jika MIC keluar dari BN, UMNO/BN akan lemah. Tapi pemimpin tertinggi UMNO tidak bersikap seperti T.Mohan walaupun kadang-kadang kenyataan pemimpin MIC sangat melukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO. Berhati-hatilah, jangan sampai pemimpin-pemimpin UMNO dan NGOs pro UMNO mendesak MIC keluar daripada BN. Dalam situasi politik hari ini, perjuangan UMNO masih relevan dan konsisten untuk kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Majoriti orang Melayu termasuk golongan muda telah mulai memahami perjuangan UMNO. Orang Melayu sudah mulai sedar bahawa PAS dan PKR hanyalah boneka kepada DAP. Sudah semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR keluar meninggalkan parti PKR. Dan sudah ada cawangan-cawangan PAS dibubarkan dan digantikan dengan UMNO kerana bekas pemimpin PAS kecewa dengan dasar perjuangan PAS yang semakin bercelaru. Oleh itu ugutan T. Mohan untuk keluar dari BN boleh kita anggap sebagai suatu ugutan dari seorang yang kecewa, emosional, tidak matang dan biadab.

Saturday, May 29, 2010

MESYUARAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN HANGAT!

Difahamkan Mesyuarat Pemuda Bahagian hangat semalam! Ahli pemuda bertepuk meja, kononnya ada isu panas. Pemuda mulai berani menepuk meja mesyuarat. Itulah hebatnya pemuda UMNO hari ini. Hingga berani meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Menteri tertentu. Kita tunggu dan lihat Persidangan Agung Pemuda UMNO itu nanti mungkin lebih hangat lagi. Mungkin bahang panasnya mesyuarat semalam boleh sampai ke meja persidangan agung UMNO yang akan datang? Atau mungkin bahang panasnya sudah pun lenyap sesejuk angin subuh pada pagi tadi juga. 
Tapi ada juga pemuda yang melatah biarpun bersemangat sekalipun adab dan sopan perlu dijaga. Jangan mencabar atau mengasak pemimpin UMNO tertentu meletak jawatan! Jangan jadi Vell Paari, anak Tok Samy Vellu  yang menuduh UMNO melakukan pembunuhan politik. Jangan kerana marah nyamuk, kita bakar kelambu. Apakah wajah Vell Paari ada dalam Pemuda Bahagian? Mahu melakukan pembunuhan politik pemimpin tertentu? Ingatlah bukan semua pemimpin di kawasan kita semuanya perfect. Ada yang baik dan ada yang lemah. Ada yang laju dan ada yang slow. Oleh itu jangan emosional dalam perbahasan dan mengasak, mencabar dan mendesak pemimpin untuk meletak jawatan. Apakah dengan perletakan jawatan pemimpin itu boleh menyelesaikan masalah pemuda UMNO? Kita bimbang jika ada yang beranggapan bahawa pemuda sudah mulai membuka gelanggang politik melobi untuk naik dan jatuh pemimpin tertentu? Kita masih yakin kepimpinan Pemuda boleh membuat perubahan supaya barisan kepimpinan pemuda lebih bersatu, agresif dan progresif dalam usaha membantu BN/UMNO menjelang PRU13 nanti.

Thursday, May 27, 2010

Isu Vell Paari dan T.Mohan: Ahli politik tertinggi MIC yang sombong dan biadab!

Kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) dianggap sebagai biadab dan bongkak. Kenapakah masalah dalam parti MIC dikaitkan dengan dengan UMNO? Dalam sejarah UMNO tidak pernah campur tangan masalah dalam parti-parti komponen
dalam BN. MCA pernah hadapi krisis beberapa kali tidak pernah mengaitkan masalah dalaman parti itu dengan UMNO. Walaupun pemimpin veteran MCA ada meminta PM campurtangan selaku Pengerusi BN Pusat tetapi PM menyerahkan kebijaksanaan pimpinan parti itu menyelesaikan masalah dalaman parti itu sendiri. Mengapa pula MIC kali ini dengan bongkak dan sombong, tidak mahu mengakui kelemahan kepimpinan MIC sendiri, tiba-tiba mendakwa UMNO melakukkan pembunuhan politik.
Selaku pemimpin MIC Pusat, T.Mohan dan anak Samy Vellu, Vell Paari perlu bertanggungjawab di atas kenyataan itu. Kenyataan yang tidak mencerminkan semangat BN yang menjadi tunjang kekuatan parti selama ini. Kenyataan bodoh dari pemimpin MIC yang buta sejarah Malaysia. Pemimpin yang tidak sedarkan diri dan mahu mengugut untuk keluar dari komponen  BN. Rasanya BN tidak akan gentar dengan ugutan dan ancaman itu. Tapi sebelum itu pemimpin-pemimpin MIC yang bongkak dan sombong ini perlu fikir sedalam-dalamnya dan seluas-luasnya, implikasinya, jika MIC keluar dari BN. BN khususnya UMNO sebenarnya banyak berkorban dan bertolak ansur untuk rakan-rakan dalam komponen BN khususnya MIC. Beberapa kerusi DUN dan Parlimen majoriti orang Melayu diserah kepada calon MIC untuk bertanding mewakili BN kerana semangat setiakawan dalam BN. Lihatlah baru-baru ini, bagamana YB Kamal dari MIC bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor di kawasan majoriti orang-orang Melayu. Jangan terlalu emosional wahai kedua-dua pemimpin MIC itu, jangan 'marahkan nyamuk bakar kelambu'.
Kenyataan-kenyataan celupar dan biadab oleh pemimpin MIC ini perlu diberi perhatian yang serius oleh MIC Pusat. Mereka mendakwa kenyataan itu adalah mewakili suara atau pandangan ahli-ahli parti MIC. Walaupun benar sekalipun, tapi sebagai pemimpin MIC Pusat wajarkah pandangan itu didedahkan kepada orang ramai tanpa memikirkan kesan langsung kepada UMNO dan pemimpin UMNO terutamanya.  Selaku pemimpin tertinggi MIC, tidak wajar pandangan dangkal ahli parti diterima bulat-bulat dijadikan alasan mendakwa UMNO melakukan pembunuhan politik. Apakah T.Mohan dan Vell Paari bukan pemimpin tertinggi MIC? Jika ya, kedua-dua pemimpin MIC ini memang 'mangkuk ayun', bodoh dan sombong. Selaku pemimpin tertinggi MIC, kedua-dua mangkuk ayun ini perlu tapis setiap pandangan ahli-ahli parti MIC. Bukan terima setiap pandangan secara semborono kemudian buat kenyataan akhbar tanpa memikirkan kesan buruknya kepada semangat perpaduan dalam BN dan perasaan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Oleh itu kedua-dua pemimpin mangkuk ayun MIC ini perlu diambil tindakan tatatertib oleh MIC Pusat jika mahu menyelamatkan MIC dan kaum India di Malaysia ini.

Wednesday, May 26, 2010

PAS TIDAK KONSISTEN?

TINDAKAN Pas mempergunakan habishabisan isu pemberian lesen judi untuk bola sepak Piala Dunia sudah dijangka.

Pas sememangnya ingin ke hadapan kononnya bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa mereka amat menentang kemungkaran apatah lagi dalam soal judi dan arak.
Dari satu segi, Pas berhak melakukan penentangan tetapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat keputusan muktamad.
Ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin sudah memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak termasuk daripada kalangan Islam dan bukan Islam dalam isu berkenaan.
Kalaulah benar Pas ingin menentang kemungkaran judi dan arak, lakukanlah dahulu di negeri-negeri yang terletak di bawah penguasaan pakatan pembangkang. Setakat ini, sama ada di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kegiatan judi dan arak berterusan. Di Kelantan pula, arak dibenarkan untuk golongan bukan Islam. Malahan paling ketara di Kedah, kenapakah Pas yang memerintah kerajaan negeri tidak melaksanakan pengharaman ke atas judi dan arak?
Pas mempunyai kerusi majoriti di Kedah. Kalau kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd.Razak hendak mengharamkan kedua-dua kegiatan itu, ia tidak jadi masalah. Rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak boleh kata apa-apa. Tapi Pas tidak lakukannya? Di manakah istiqomah pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang begitu beria-ia hendak menunjukkan mereka menentang kemungkaran dengan berdemonstrasi selepas solat Jumaat lalu tetapi membiarkan sahaja ia terjadi di negeri yang mereka ada kuasa sepenuhnya?
Begitu juga di Selangor yang Pas ‘bersekongkol’ bersama-sama PKR dan DAP bagi memerintah negeri itu, kenapakah Pas tidak mendesak habis-habisan perkara yang sama. Bagaimana pula di Kelantan, yang mana Pas membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dan memungut hasil daripada permit yang dikeluarkan.
Bukankah di dalam Islam, arak tetap haram dan boleh menjadi punca kepada segala kemungkaran. Lupakah pemimpin Pas mengenai kisah di zaman nabi mengenai seorang lelaki soleh yang akhirnya terjebak dalam perzinaan dengan seorang wanita dan membunuh seorang bayi selepas termakan hasutan syaitan untuk meminum arak?
Oleh itu, jelaslah dalam isu judi bola sepak ini, sikap tidak konsisten Pas semakin ketara. Sebelum ini, sudah banyak contoh yang menunjukkan Pas demi kepentingan politik bersama-sama DAP dan PKR sanggup ‘menggadaikan’ segala-galanya.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu, jika sebelum ini mereka ‘menghentam’ calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan menentang hukum hudud tetapi secara tiba-tiba pemimpin Pas begitu terbuka memaafkan beliau. Malahan Pas melalui jentera pilihan raya turun bermati-matian membantu Zaid untuk mencapai kemenangan.
Begitu juga dalam isu kalimah Allah, sebelum ini kepimpinan Pas sudah membuat ketetapan bahawa isu tersebut tidak boleh diperalatkan demi kepentingan politik tetapi lihat sahaja apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Sibu.
Demi untuk meraih undi, ada di kalangan pemimpin Pas yang sanggup berkempen untuk calon DAP dengan memperalatkan isu tersebut. Kenapakah kepimpinan tertinggi Pas atau mana-mana ahli Pas terutama sayapnya tidak menyatakan bantahan?
Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan DAP boleh menggunakan isu kalimah Allah sedangkan Timbalannya, Datuk Dr.Haron Din pula kata tidak boleh. Ini belum lagi termasuk pendirian celaru Pas dalam soal kerjasama dengan DAP yang sebelum ini secara jelas menentang penubuhan negara Islam.
Pas bertukar fikiran 360 darjah, apabila menganggap kerjasama dengan DAP tidak salah dan parti cauvinis berkenaan semakin menerima Islam. Tetapi soalnya, Pas masih belum menguji DAP sepenuhnya. Kalau benar DAP sudah menerima Islam, cubalah Pas ketengahkan kembali idea negara Islam. Ketika itu, barulah Pas akan tahu sejauh manakah kejujuran DAP berkawan dengan mereka.
Lihatlah juga pendirian Pas dalam isu melompat parti. Apabila ada wakil rakyat daripada pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, Pas mengecam habis-habisan.
Pelbagai ‘fatwa’ dikeluarkan dan ia termasuklah desakan supaya wakil rakyat terlibat meletakkan jawatan. Tetapi apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘impian 16 September’, Pas menyokongnya.
Ketika itu tidak timbul pula soal ‘halal haram’ atau khianat tidak khianat amanah rakyat. Bagi Pas, kalau sesuatu tindakan itu menguntungkan pembangkang, ia boleh ‘dihalalkan’ tetapi kalau menguntungkan Barisan Nasional (BN), ia ‘diharamkan’.
Apakah ini ciri-ciri sebuah parti Islam yang pemimpinnya sentiasa sahaja menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasullullah SAW untuk berhujah?
Seperkara lagi, Pas juga hanya mendiamkan diri apabila banyak janji-janji yang dilontarkan bersama-sama pembangkang ketika pilihan raya umum lalu masih banyak tidak ditunaikan sama ada di Selangor, Kedah mahupun Pulau Pinang.
Tidak pula kedengaran Dewan Pemuda Pas pusat atau Dewan Muslimatnya bersuara lantang untuk mengingatkan Pas supaya memastikan segala janji itu dilaksanakan. Ini kerana di dalam Islam perbuatan memungkiri janji hanya dilakukan oleh orang munafik.
Justeru adalah perlu menjelang muktamar parti itu yang akan berlangsung mulai 9 Jun ini, pemimpin dan ahli-ahli Pas bermuhasabah dan memikirkan apakah selama ini tindakan mereka bersesuaian dengan perjuangan sebuah parti Islam atau tidak.
Kalau benar Pas ingin menjadi sebuah parti Islam yang menentang segala kemungkaran dan menegakkan syiar Islam, maka bersikaplah seperti itu.
Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja. Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.
Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Dalam Islam- yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.
Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada!

Wednesday, May 19, 2010

JUDI BOLA: MINTA PEMIMPIN UMNO DESAK KERAJAAN TARIK BALIK!

Kepimpinan DS Najib mulai tercemar dengan kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini. Apakah kebenaran lesen judi bola sepak ini bersesuaian dengan Gagasan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh DS Najib? Adakah kelulusan lesen judi itu selaras dan seiring dengan kehendak rakyat Malaysia pelbagai etnik dan budaya? Kini konsep 1 Malaysia yang dikatakan selari dengan kehendak Islam oleh DS Najib sendiri mulai dipersoalkan oleh rakyat.
Judi adalah haram dalam Islam. Yang haram tetap haram. Malahan tiada hukum darurat lagi yang membolehkan judi itu dihalalkan oleh kerajaan. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah Taala berfirman yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". (Al-Baqarah : 219).Kami yang kerdil merayu dan menyeru kepada Menteri-Menteri UMNO yang mengakui dirinya bangsa Melayu beragama Islam untuk mencari jalan terbaik untuk tangani isu ini. Tarik balik lesen judi itu. Pembangkang mulai menggunakan isu ini. Mereka mulai bercakap di merata tempat di kedai-kedai kopi, masjid dan surau apatah lagi dalam ceramah-ceramah politik mereka. Mereka akan jadikan isu judi bola ini hinggalah kepada kempen PRU13 nanti. Kenapa kerajaan BN masih belum sensitif dengan iklim politik baru di Malaysia hari ini? Apakah ada maksud tersurat dan tersirat di sebalik kelulusan judi bola ini?
Sesungguhnya kepimpinan kerajaan khususnya UMNO tidak perlu layan permintaan rakan-rakan dari kaum lain dalam komponen BN. Dalam PRK yang lalu terutama di Hulu Selangor dan Sibu, jelas dan nyata undi kaum Cina tidak lagi memihak kepada BN. Kenapakah kerajaan Malaysia masih harus tunduk jikapun didesak atau memujuk hati kaum Cina jika mereka merajuk? Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Penarikan balik lesen judi itu tidak bermakna kerajaan BN anti kaum Cina yang suka berjudi. PM dan Kementerian Kewangan yang melukuskan lesen judi itu perlu peka dengan keluhan dan pandangan para mufti dan ulamak tentang isu ini. Golongan Umarak (Pemerintah) dan Ulamak hendaklah seiring dalam mentadbir kerajaan Malaysia selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
UMNO jangan ikut politik ala PAS. Biarpun PAS menghalalkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan pemimpin UMNO menentang keras penggunaan kalimah Allah. Itu kita sokong tapi kenapa pula kerajaan meluluskan judi bola. Kenapa pemimpin UMNO yang duduk di atas singgahsana duduk diam membisu seribu bahasa? Sekurang-kurangnya berilah penjelasan kepada rakyat majoriti Islam yang ingin tahu, kenapa judi bola sepak yang haram itu boleh diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia? Kami akan terus bersuara berulangkali sehingga judi bola itu ditarik balik demi memastikan syiar Islam hidup subur di bumi Malaysia ini. Takbir!

SIAPAKAH YANG MENGANGGOTAI DAN PENYOKONG PAS

Sebenarnya Pas dianggotai dan disokong oleh beberapa kelompok masyarakat. Antara kelompok itu ialah:-
Golongan yang pertama adalah golongan yang menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini berkeyakinan bahawa menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.
Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.
Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas. Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.
Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.
Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.
Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit. Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.
Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.
Golongan yang kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.
Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.
Golongan yang ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru. Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.
Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama. Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh memaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada rakyat.
Golongan yang kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.

Sumber: Aman bin Daud

Judi Bola: Kerajaan Didesak Tarikh Balik Lesen Judi Yang Dikeluarkan!

Kepimpinan DS Najib mulai tercemar dengan kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini. Apakah kebenaran lesen judi bola sepak ini mencerminkan amalan konsep 1 Malaysia oleh DS Najib? Adakah kelulusan lesen judi itu selaras dan seiring dengan kehendak rakyat Malaysia pelbagai etnik dan budaya? Kini konsep 1 Malaysia yang dikatakan selari dengan kehendak Islam mulai dipersoalkan oleh rakyat. 
Judi adalah haram dalam Islam. Yang haram tetap haram. Malahan tiada hukum darurat lagi yang memboleh judi itu dihalalkan oleh kerajaan. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah Taala berfirman yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". (Al-Baqarah : 219).
Kami yang kerdil merayu dan menyeru kepada Menteri-Menteri UMNO yang mengakui dirinya bangsa Melayu beragama Islam untuk mencari jalan terbaik untuk tangani isu ini. Tarik balik lesen judi itu. Pembangkang mulai menggunakan isu ini. Mereka mulai bercakap di merata tempat di kedai-kedai kopi, masjid dan surau apatah lagi dalam ceramah-ceramah politik mereka. 
Kepimpinan UMNO tidak perlu layan permintaan rakan-rakan dari kaum lain dalam komponen BN. Dalam PRK yang lalu terutama di Hulu Selangor dan Sibu, jelas dan nyata undi kaum Cina tidak lagi memihak kepada BN. Kenapa kerajaan Malaysia masih mahu tunduk atau memujuk hati kaum Cina? Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Penarikan balik lesen judi itu tidak bermakna kerajaan BN anti kaum Cina yang suka berjudi. Kerajaan Malaysia perlu mendengar keluhan dan pandangan para mufti dan ulamak tentang isu ini. Golongan Umarak dan Ulamak hendaklah seiring dalam mentadbir kerajaan Malaysia selari dengan Malaysia sebuah negara Islam.

Tuesday, May 18, 2010

Isu Kalimah Allah: Ulamak PAS masih bertelagah sesama sendiri!

MB Kelantan, YAB Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang mempertikaikan pendapat Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh DAP dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu baru-baru ini. YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim melalui blognya telah melahirkan kebimbangan dan mengingatkan pembaca tentang sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan di kalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Sila baca selanjutnya, di sini.

KISAH BENAR: PAS DULU DAN PAS KINI, PENYOKONG FANATIK PAS JANGAN BACA INI

PAS DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)
PAS KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Komen:
Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?
Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya. Baca lagi di sini.

Teks Ucapan MP Sibu Wong Ho Leng (DAP) yang baru!

Teks ucapan ini saya terima melalui emel dari DS Anwar Ibrahim yang disebarkan kepada semua rakan-rakan peminat dan penyokong DSAI pada jam 11:34 malam tadi. Cuba fahami maksud yang tersurat dan tersirat dari teks ucapan tersebut.
Speech by Wong Ho Leng, newly elected MP of P212 on 16th May 2010 at the announcement of the results of the Sibu by-election
1. Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia.

2. One small step in winning Sibu is one big step in winning power in Petrajaya, and a giant step forward in winning power in Putrajaya.

3. Change we can. Tonight, the people of Sibu have created history.

4. Together we won an election that was deemed impossible just a week ago, against the full brunt of the Barisan Nasional money and government machinery.

5. It is a miracle that we created together.
6. Forever, the history of Malaysia will remember 16th May 2010 as the begining of the awakening of Sarawak, and Sibu as the bastion of hope for all Malaysians.
7. From now on, no one will take us - the people of Sarawak - for granted.
8. The victory is not just a victory for DAP. It is a victory for the people of Sibu, Sarawak and Malaysia.
9. I wish to thank all voters of Sibu for making this bold and historic decision.
10. Let me assure you that I will serve all voters of Sibu, regardless of whether you have voted for me or not.
11. And I will speak up for all fellow Malaysians to bring about fundamental change for Sarawak and Malaysia.
12. Finally, to DAP members and leaders, partners in Pakatan Rakyat and all volunteers who worked tirelessly for this by-election, from the very bottom of my heart, thank you.



Wong Ho Leng
MP, Sibu



Sunday, May 16, 2010

MENDEDAHKAN SIKAP ANWAR IBRAHIM YANG SEBENARNYA!

Program Pentas Pemuda telah mendedahkan sikap sebenarnya Anwar Ibrahim. DS Zahrin, ahli parlimen bebas (Bayan Baru) dan Sdr Lokman Noor Adam exco Pemuda UMNO Malaysia adalah penceramah jemputan yang merupakan kawan rapat kepada Anwar Ibrahim.
Menurut Sdr Azian, Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau pihak penganjur telah mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Barat Daya untuk mengadakan program tersebut dalam dewan Balora Mastika. Namun kebenaran itu ditarik balik bila ada bantahan oleh pemimpin PKR. Begitulah sikap sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Pulau Pinang secara hipokrit dan autokratik. Kebebasan bersuara hanya omong kosong pemimpin Pakatan Rakyat.
Alhamdulillah cuaca semalam cukup baik telah membolehkan penganjur sempat menjadikan sebuah lori sebagai pentas. Orang ramai tidak berganjak hingga ceramah tamat kira-kira jam 11.55 malam. Sdr Lokman dengan yakin dapat menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim bijak bermain dengan kata-kata. Anwar Ibrahim memang cukup hebat dan itulah keistimewaannya. DS Zahrin telah mencabar Anwar Ibrahim supaya menyamannya dan membawanya ke mahkamah jika ia berani. Menurut DS Zahrin, Anwar menggunakan mahkamah untuk menutup mulutnya. Tapi beliau tidak sama sekali gentar dengan ugutan itu dan bersedia ke mahkamah. Di mahkamah beliau akan melondeh semua hal buruk Anwar Ibrahim.
DS Zahrin merayu rakan-rakan dari PAS dan PKR yang masih bersekongkol dengan DAP supaya berfikir semula. Hanya UMNO menurut beliau yang mampu membela nasib orang-orang Melayu dan Islam ketika ini. Beliau masih 'jual mahal' jika dilamarkan untuk kembali kepada Umno. Beliau dan rakan-rakan sedang menjelajah seluruh Malaysia untuk menyedarkan orang-orang Melayu supaya bersatu dengan meninggalkan Pakatan Rakyat. Menurut beliau PKR akan hancur tidak lama lagi kerana dasar perjuangan PKR sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya. Syabas! Program Pentas Pemuda hendaklah diteruskan lagi dengan terus menjemput penceramah dari bekas pemimpin-pemimpin PKR dan PAS.

Saturday, May 15, 2010

PROGRAM BERSAMA DS ZAHRIN DAN LOKMAN ADAM MALAM INI!

DENGAN SEGALA HORMATNYA, TUAN/PUAN DIJEMPUT KE PROGRAM PENTAS PEMUDA BERSAMA DS ZAHRIN  DAN SDR LOKMAN ADAM BEKAS PEMIMPIN PKR (KISAH BENAR)
TARIKH: 15 MEI 2010 (SABTU)   MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN BALORA MASTIKA, KONGSI, BALIK PULAU.

"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI"

Thursday, May 13, 2010

POLITIK ANAK BERANAK DALAM PAKATAN RAKYAT!

Dulu semasa Dr. Mahathir Mohamad menerajui Malaysia, beliau dicap sebagai Mahafiraun. Beliau dituduh sebagai orang yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan macam-macam lagi. Beliau dicap acap kali oleh penulis upahan seperti Kickdefella dan blogger-blogger lain, yang kemudiannya ada yang dipilih bertanding pilihan raya, baik mewakili PKR mahupun DAP. Idea itu kemudian dibawa mulut ke mulut dan disebarkan oleh cerdik pandai, terutamanya Melayu, termasuk yang berada di universiti-universiti di serata tempat. Orang kampung pun termakan dengan slogan-slogan itu. Parti-parti pembangkang menggunakan modal itu siang dan malam. Pendek kata mereka menang dengan perang saraf itu. Pihak arus perdana, parti yang memerintah sebaliknya terlalu defensif.
Apa itu nepotisme. Ia berasal dari perkataan Latin nepos, bermakna ‘anak saudara’ atau ‘cucu’. Istilah mudah bahasa Melayu ialah politik anak-beranak. Ia banyak diamalkan oleh pihak gereja di Zaman Pertengahan, apabila paus-paus Katolik dan ketua-ketua paderi yang tiada anak, memberikan kepada anak-anak saudara mereka kedudukan yang tinggi.
Di Malaysia, amalan ini juga berlaku. Kita jangan cakap kepada pihak lain, tapi kepada pihak pembangkang yang dulu amat juara dalam hal ini. Sebenarnya mereka menjuarainya kerana, mungkin, mereka mahu menutup pekung di dada sendiri.
Benarkah? Susah hendak percaya, kerana DAP kan sebuah parti sosialis demokratik - takkan cakap tak serupa bikin pula?  Sebenarnya 'nepotisme' berada di kedudukan tertinggi dalam DAP, sehinggakan para penyokong parti sosialis itu mempersenda DAP sebagai sebuah syarikat sendirian berhad - ‘DAP Sdn. Bhd.’
Jangan salahkan kritik-kritik itu kerana nepotisme telah menjadi sebati dalam DAP. Oleh kerana amalan Dinasti Lim Kit Siang, kini di Sarawak juga wujud politik DAP anak-beranak – Dinasti Chong. Di sebabkan amalan ini, banyak anak-anak muda yang layak ditolak ke tepi bagi memberi ruang kepada anak-beranak itu.
Berikut ialah salahsilah politik anak-beranak DAP:
DINASTI LIM KIT SIANG (Bapa)
- Penasihat DAP
Ahli Parlimen Ipoh Timur
1. LIM GUAN ENG (Anak Kit Siang)
- Setiausaha Agung DAP (menggantikan bapanya)
- Ketua Menteri Pulau Pinang
- Ahli Parlimen Bagan
- ADUN Air Puteh
2. BETTY CHEW GEK CHENG (Menantu Kit Siang)
- Isteri Lim Guan Eng
- ADUN Kota Laksamana (Melaka)
- Bekas ADUN Durian Daun

DINASTI KARPAL SINGH (Bapa)
- Pengerusi DAP
- Ahli Parlimen Bukit Gelugor
1. GOBIND SINGH DEO (Anak Karpal)
- Ahli Parlimen Puchong
- Ahli Jawatankuasa Pusat Kebangsaan DAP
- Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP
2. JAGDEEP SINGH DEO (Anak Karpal)
- ADUN Dato Keramat

DINASTI CHONG SIEW CHIANG (Bapa)
- Naib Pengerusi DAP Sarawak
- Ketua Dinasti Chong
1. CHONG CHIEN JENG (Anak Siew Chiang)
- Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
- Setiausaha Agung DAP Sarawak
- Ahli Parlimen Bandar Kuching
2. FREDDY (Calon DAP di Sibu akan terus memperbaharui senarai nepotisme ini…)

Begitulah amalan nepotisme yang kekal berlaku dalam DAP, PKR dan juga PAS. Tapi rakyat hanya nampak Tun Abdullah dan Khairy Jamaluddin semata-mata. Di Kelantan, TG Nik Aziz dengan anak dan menantunya dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dalam PKR, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan anak pinaknya, Wan Azizah selaku Presiden PKR dan anak perempuan mereka selaku ahli parlimen. Jangan jadi seperti kata pepatah Melayu, "kata dulang paku serpih, kata orang pembangkang yang lebih". 

Wednesday, May 12, 2010

Kerajaan Guan Eng tidak cekap puluhan ribu ringgit wang rakyat lenyap!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah. Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan 'kearaajaan' (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan). Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu 'A Sincere contribution from the people PR Goverment' (people sepatutnya ditulis people's). Oleh itu  Majlis Pelancaran itu dibatalkan dan digantikan kepada sidang media sahaja.
Risalah yang dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris akan digunakan dalam pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas yang sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pukul 12.30 tengah hari pada 5 Mei 2010 yang lalu.
Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada pakatan pembangkang, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun. Program itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai gimik dan memalukan, bagaimanapun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas. Kerajaan negeri menolak tanggapan bahawa pemberian RM100 itu sebagai rasuah politik.
Komen:
Kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Yang merugikan wang rakyat hampir puluh-puluh ribu ringgit jika satu risalah berharga RM2 - RM3 sekeping. Tidak pernah berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu. Tapi berlaku sewaktu pentadbiran Guan Eng yang berbangga dengan falsafah CAT (Competency, Accountability and Transparency). Tapi kenapa berpuluh-puluh ribu ringgit musnah begitu sahaja. Guan Eng merasakan dirinya selalu betul. Dan dia selalu menyindir dan menghina wakil-wakil rakyat daripada BN/UMNO dalam persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini. Inilah balasan segera yang  Allah swt tunjuk kepada barisan pemimpin PR terutama PAS dan PKR yang tumpang gembira dan menyokong melihat rakan-rakan Melayu/Islam dihina dalam DUN seperti isu penggunaan perkataan 'taubat' dan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' yang digunakan oleh Guan Eng.

Pelik tetapi benar, pemimpin PAS keluar PAS menyertai UMNO!

Amat jarang sekali kita dengar ahli PAS terutama pemimpin PAS meninggalkan parti dan menyertai UMNO.  Suatu yang agak mengejutkan dan mungkin ada ahli-ahli fanatik PAS yang akan menganggapkan cerita itu adalah fitnah dari UMNO. Itu rekaan pemimpin UMNO untuk menarik minat orang-orang Melayu menyertai UMNO. Dulu ya, sekarang tidak apa yang nak dihairankan lagi.  Orang Melayu sudah pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Yang mana berjasa dan yang mana auta. Yang mana fitnah dan yang mana   benar. Mereka yang sudah lama dalam PAS, mereka sudah tahu dan sedar ada rakan-rakan mereka, ahli-ahli PAS perangainya tidak senonoh, langsung tidak mencerminkan ia mewakili sebuah parti Islam. Berserban dan berjanggut tapi sombong dan melihat orang-orang UMNO seperti musuh yang mesti diperangi. Ceramah-ceramah politik pula tidak sah jika tidak menghentam, menghina dan mencerca sesama sebangsa dan seagama.
 Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain telah membuat keputusan meninggalkan PAS bersama dengan 60 ahli cawangan tersebut menyertai UMNO. Mereka tidak percaya dengan amanat Tuan Guru Haji Hadi dan mereka tidak hairan lagi dengan fatwa TG Nik Aziz. Mereka melihat bagaimana UMNO banyak berjasa kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia. Pemimpin UMNO juga orang Melayu dan beragama Islam. Sungguhpun parti UMNO bukan sebuah parti Islam tetapi perlembagaan UMNO amat jelas memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang berdaulat.

Tuesday, May 11, 2010

Ahli PAS dan PKR tinggalkan parti masing-masing, ada lagi akan keluar!

KULIM, KEDAH
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.
Cawangan-cawangan tersebut turut dibubarkan dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat.
ALOR SETAR, KEDAH
Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas. Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi. Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat. Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.

IPOH, PERAK
Sementara itu di Perak, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, hari ini mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya. "Hanya akan tinggal kira-kira 10 orang AJK daripada 28 yang ada sekarang kerana mereka juga akan turut mengumumkan keputusan serupa dalam masa terdekat bersama pimpinan Wanita dan kira-kira 500 ahli,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Ipoh Barat di Bercham di sini hari ini. Fauzi berkata, antara sebab beliau membuat keputusan berkenaan adalah kerana kepimpinan PKR Perak mengamalkan sikap berpuak-puak, berkomplot, tidak menerima kritikan serta membawa budaya perpecahan.
punca utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan parti ialah apabila menerima surat pada 4 Mei yang menggantung statusnya sebagai perwakilan pada kongres parti akhir bulan ini. Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada Mac lepas.
Beginilah kedudukan PAS dan PKR semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu/Islam akibat perjuangan kedua-dua parti yang merugikan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Insyaallah, esok akan ada lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kedua-dua parti berkenaan akan keluar parti dan menyertai UMNO.

Saturday, May 8, 2010

Penggulungan Guan Eng penuh dengan provokasi dan penghinaan!

Guan Eng suka menghina, pembohong dan bijak memenipulasi isu yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN. Bila Guan Eng tidak boleh jawab, Itu stail KM menggelarkan wakil rakyat 'kutu rayau' , 'buta sejarah' dan suatu ketika GE tidak memberi peluang kepada wakil rakyat BN mengemukakan soalan. GE juga kurang ajar atau tidak beradab, GE patut menjadi model kepada semua ahli YB dalam menjaga kualiti perbahasan. Sebaliknya GE sentiasa bangun mencelah tanpa memohon izin speaker terlebih dahulu. 
Bila GE tidak boleh menjawab soalan, dia akan mengatakan Kerajaan Pusat juga buat. Adakah jawapan itu merupakan jawapan yang baik daripada Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau juga  sebelum ini kuat mengkritik Kerajaan Pusat, ibarat kata pepatah Melayu, "Meludah ke langit, timpa di batang hidung sendiri". GE sanggup berbohong dalam dewan tapi mungkin wakil rakyat BN mahupun PR tidak sedar di mana GE mengatakan bahawa Program Pembasmian Miskin Tegar dilaksanakan semasa kerajaan PR memerintah Pulau Pinang. Sebenarnya program tersebut telah mulai dilaksanakan semasa kerajaan BN, Tun Abdullah jadi Perdana Menteri.
Soalan YB Arif Shah yg bertanya tentang apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi pertambahan penghidap penyakit diabetes yang melebihi 40,000 di Pulau Pinang. Juga stail yang sama, GE sambil menyindir dia mengembalikan soalan itu kepada YB Ariff untuk menjalankan kempen berceramah kepada orang ramai kerana YB Ariff bebas dari diabetes. GE langsung tidak menjelaskan sedikit pun tentang perancangan kerajaan negeri.
Dalam isu pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng menafikan bahawa beliau yang menyamai pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng hanya mahu belajar sahaja dan kemudian menyindir wakil rakyat dengan mengatakan "adakah saya mahu belajar dari pemimpin UMNO yang berumah besar". Tapi Dato' Seri Dr. Hilmi bangun mencelah mengapa kerajaan negeri menambahkan pengeluaran lesen judi sedangkan 10 tahun tidak dikeluarkan. Begitu jugalah keadaannya bila YB Zaharah menjelaskan kepada Dewan tentang aturan bertaubat. Tapi Guan Eng dengan kata sindiran GE meminta YB Jahara menasihatkan kawan-kawan YB dari UMNO sahaja. Begitulah jawapan Ketua Menteri Pakatan Rakyat dalam penggulungannya penuh dengan penghinaan dan sindiran. Ini adalah cara Guan Eng mematikan mode wakil rakyat BN untuk mencelah dan memohon penjelasan.
Berkaitan dengan persoalan YB Jasmin, GE menyindir YB Jasmin sebagai mimpi dan tidur serta tak faham. Sedangkan soalan yang dikemukan oleh YB Jasmin sangat mudah difahami oleh ahli dewan. Untuk tidak menjawab soalan tersebut, GE mengatakan YB Jasmin tidur dan tak faham, hingga YB Jasmin marah dengan perkataan 'tidur' itu beliau bangun dan mengatakan GE sebagai 'cakap pusing'.
Rumusan dari penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah penuh dengan kata-kata sindiran dan penghinaan kepada kerajaan BN dan juga UMNO. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon semasa BN memerintah tidak pernah berhujjah begitu buruk sekali. Patutlah jumlah penonton siaran langsung Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN yang kedua belas ini semakin berkurangan jumlah dengan begitu ketara. Suatu ketika Ketua Pembangkang, YB Azhar hampir hilang kesabaran akibat provokasi GE.  
GE adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang kurang ajar dan tidak beradab semasa berhujjah. Dari raut wajah wakil-wakil rakyat Melayu termasuk sebahagian wakil rakyat Melayu PKR juga tidak senang sikap GE itu. Dan suatu ketika, ADUN Sg. Acheh (BN) YB Dato' Mahmud Zakaria cuba bangun tetapi tidak dibenarkan oleh GE dengan senyum sinis dan sindiran dilemparkan kepada wakil rakyat berkenaan. Begitulah keadaan persidangan DUN Pulau Pinang yang penuh dengan perbuatan provokasi, penghinaan dan sinsiran yang bertali arus daripada seorang Ketua Menteri hinggalah penggulungan yang boleh dianggap yang paling kotor dalam sejarah DUN Pulau Pinang.
Oleh kerana sikapnya yang begitu kurang ajar mungkin GE telah dididik sekian lama dalam pembangkang sebagai pemimpin kurang adab, GE tidak senang jika membaca teks dalam ucapan penggulungannya secara 'straight to the point'. Tapi akan ada sahaja GE dengan sengaja melencung dari teks untuk menghangat suasana dengan membuat sindiran, tuduhan serta penghinaan yang membangkitkan rasa marah dan geram ahli-ahli YB dari BN/UMNO. Walau bagaimanapun suatu pujian patut diberikan kepada ADUN BN/UMNO yang terus mencelah dan mengemukakan soalan kepada GE walaupun soalan-soalan yang dikemukakan itu baik tetapi dianggap sebagai 'bola tanggung' oleh GE. Sebenarnya GE mahu menutup kelemahan dirinya selaku KM Pulau Pinang dan menyifatkan soalan-soalan itu sebagai 'bola tanggung'.
Saya pernah mengikuti persidangan DUN sejak sepuluh tahun yang lalu. Inilah yang saya saksikan sendiri suatu penggulungan yang tidak bermutu penuh sindiran, penghinaan, provokasi oleh seorang Ketua Menteri yang tidak bermutu. Bercakap tak serupa bikin. Bila sebut perkataan sahaja 'taubat' dan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh wakil rakyat BN/UMNO maka bisinglah wakil-wakil rakyat PR kebanyakannya bukan Islam seolah-olah mereka yang lebih tahu apa itu 'taubat' dan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'. Sedih dan sungguh kecewa saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam bila menyaksikan persidangan DUN semasa pemerintahan DAP ini. Saya rasa malu dan terhina sekali bila UMNO dipermainkan sebahagian besar wakil-wakil rakyat bukan Melayu dalam DUN itu. Syabas kepada wakil-wakil rakyat BN/UMNO terutama Ketua Pembangkang, YB Dato Azhar yang hampir hilang kesabaran. Teruskan perjuangan kita hingga ke titisan darah yang terakhir.

Friday, May 7, 2010

Apakah Guan Eng mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz?

Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Walaupun padamasa yang sama Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan. Abdul Malik, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam (Khalifah Umar) sebagai contoh dalam pentadbirannya.
Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut. Tambah Shabudin lagi, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya (mencontohi pentadbiran Khalifah Umar) apabila berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan orang-orang Islam. Kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.
Sedangkan semasa pentadbiran Guan Eng, sebanyak 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras telah diluluskan pada tahun lalu jelas amat bertentangan dengan pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar sebagai ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

CAT: Indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin!

Melalui live Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli DUN dari BN/UMNO telah banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Islam amat gembira bila Guan Eng berulang-ulang kali bercakap bahawa kerajaannya mengamalkan konsep "amal makruf, nahi mungkar". Apakah itu benar?
Satu dunia heboh mengatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan konsep CAT dalam pentadbirannya. Apakah itu juga benar? Banyak cerita yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng bersama-sama dengan rakan-rakannya dari PAS dan PKR. Wakil rakyat PAS turut membahas sambil menyindir barisan pembangkang (BN) dalam dewan tanpa rasa malu bahawa PAS hanya wakil tunggal ibarat 'melukut di tepi gantang' dalam kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN yang lain dari PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman dan ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim hanya sebagai 'pak turut' kata wakil BN dalam perbahasan tersebut. Ada beberapa isu ditimbulkan oleh wakil rakyat BN yang tidak dijawab dengan baik oleh oleh Guan Eng, iaitu:
Pertama:
Ketua Pembangkang, Dato' Azhar mendedahkan bagaimana tender terbuka oleh kerajaan negeri tidak telus (Transparent). Selepas tender ditutup, ada perundingan untuk memiliha pembida yang dikehendaki oleh kerajaan negeri. Jika BN buat seperti itu, DAP, PAS dan PKR heboh satu dunia mengatakan BN mengamalkan 'kronisme'. Sebanyak 3 projek melalui tender terbuka yang tidak telus dan kemudian diminta komisyen untuk tabung kerajaan negeri. Tabung apakah itu?
Kedua:
Bagi tujuan lawatan tapak sesuatu projek, selain disertai agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat kawasan dikehendaki turut serta. Ulasan wakil rakyat kawasan diperlukan disamping ulasan ketua-ketua jabatan kerajaan yang berkaitan. Apakah makna (ulasan wakil rakyat) ini semua? Tidak cukupkah dengan ulasan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan kerana mereka ini lebih arif tentang urusan kelulusan sesuatu projek. Inilah dikatakan 'akauntabiliti' atau ada 'udang di sebalik batu'. Semasa pentadbiran BN, wakil-wakil rakyat BN tidak pernah diarah untuk terlibat dalam memberi ulasan bagi sesuatu projek. Jika beginilah pentadbiran Guan Eng, keberangkalian wakil-wakil rakyat DAP/PAS/PKR secara langsung terlibat dengan rasuah korporat adalah lebih besar.  Jangan ambil kesempatan ketika rakyat Pulau Pinang sedang lena dengan ngiauan CAT Lim Guan Eng.
Ketiga:
Gerai-gerai Melayu diroboh di Batu Feringghi dan Bukit Dumbar kerana ada aduan oleh orang ramai. Tapi Guan Eng tak menjawab pula ada jalan-jalan terpaksa ditutup di kawasan Georgetown kerana membenarkan peniaga-peniaga Cina berniaga. Mungkin ini tidak ada yang buat aduan? Ingatlah Guan Eng, golongan Melayu yang berniaga tidak ramai seperti peniaga-peniaga Cina ibarat antara bumi dengan langit beza jumlahnya. Kami orang-orang Melayu rasa tersangat sedih jika gerai Melayu dirobohkan kerana golongan kami tak ramai yang berniaga. Jika dirobohkan sudah pasti pengusaha gerai itu akan tutup berniaga untuk selama-lamanya. Tapi jika gerai anak saudara Guan Eng yang ditutup, sepuluh buah gerai yang baru akan naik. Itulah kekuatan yang ada pada anak-anak saudara Guan Eng di Pulau Pinang.
Keempat:
Isu tanah pembinaan masjid baru di Teluk Kumbar juga dibangkitkan dalam dewan oleh wakil rakyat BN. Kenapa tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP supaya membolehkan kerajaan persekutuan memberi peruntukan pembinaan masjid? Sebaliknya tanah itu telah diletak di bawah CMI (Chief Minister Incorporated) untuk rumah-rumah ibadat. Dasar Guan Eng yang telah merugikan umat Islam di Pulau Pinang. Tapi masih ramai lagi Melayu Pulau Pinang memuji pentadbiran Guan Eng kerana mengamalkan 'amal makruf nahi mungkar'. Tidurlah dan lenalah Melayu Pulau Pinang mungkin suatu hari nanti baru kita sedar bahawa kita sudah tidak ada apa-apa lagi di tanah air sendiri.
Nah, inilah CAT yang dilaung-laungkan oleh Guan Eng dan kuncu-kuncu rapatnya dari PAS dan PKR.  Apa boleh buat, kelebihan Guan Eng dan kuncu-kuncunya terutama yang loyar buruk pandai bercakap, pandai berhujah, pandai provok, dan pandai memutar belitkan fakta. Mereka tahu undang-undang tapi mereka  juga yang melanggar peraturan persidangan DUN. Oleh kerana speaker adalah kawan sepakatan, terpaksalah speaker pejam kedua-dua belah mata. Itulah kisah benar untuk difahami oleh rakyat Pulau Pinang yang masih sayangkan pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR yang hanya jadi 'pak turut'. Sudah 2 tahun memerintah sudah terasa terhimpit, kita semakin kehilangan hak keistimewaan orang Melayu, pembangunan naik tanpa kawalan, perniagaan lebih bebas hingga lewat pagi, maksiat semakin bertambah, jalan-jalan raya masih berlaku kesesakan, tanah bukit banyak digondolkan tapi kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum ada perancangan 'blue print' pembangunan untuk rakyatnya sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri masih syok berpolitik, banyak program lebih merupakan program bermotifkan politik. Lihatlah sendiri, tepuk dada tanyalah minda!

Tuesday, May 4, 2010

Perangai Guan Eng semasa berbahas dalam DUN Pulau Pinang masih tak berubah!

Guan Eng bijak bermain dengan kata-kata. Berdirinya dia dengan lagaknya seperti tuan besar. Samalah seperti persidangan DUN yang lalu, kali ini juga perangainya tak berubah. Dia bangun dengan memulakan kata-kata provokasi, menyindir dan kadang-kadang hingga ke tahap memperbodoh-bodohkan ahli-ahli wakil rakyat BN/Umno. Beberapa kali wakil rakyat BN/UMNO bangun hendak penjelasan, ditahannya kerana masa untuk dia berucap. Soalan yang sepatutnya dijawab tidak dijawab pun. Guan Eng lebih berminat dengan kata-kata yang menyakitkan hati wakil rakyat BN/UMNO. Seorang wakil rakyat BN telah diminta berdiri untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada Guan Eng. Jika kita berada dalam dewan itu pun, akan terasa bahang penghinaan yang dibuat oleh kata-kata Guan Eng itu.  Syabaslah kepada setiap ahli Yang Berhormat dari BN/UMNO kerana masih boleh bertahan dan bersabar. Begitulah cara Guan Eng berbahas. Bila ada ahli Yang Berhormat bangun untuk mencelah, Guan Eng minta ahli Yang Berhormat itu duduk kerana dia sedang berucap.  Akhirnya Guan Eng tidak menjawab soalan yang dikemukakan dari ahli Yang Berhormat BN/UMNO. 

Umat Islam diperbodohkan lagi oleh Guan Eng di Pulau Pinang!

Pisau tidak mempertikaikan bantuan keatas rumah ibadat bukan Islam,malah sememangnya mereka turut sama berhak mendapat bantuan,tetapi Pisau mempersoalkan mengapa Guan Eng memperbodohkan umat Islam,malah menyorokkan fakta yang sebenar semata mata mahu memperolehi political mileage murahan.


Sunday, May 2, 2010

Apa dah jadi dengan Program Menongkah Arus?

Program Menongkah Arus merupakan suatu program yang boleh berjaya jika semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang jitu. Semalam program tersebut telah sempat diadakan di sebuah taman perumahan yang kehadiran kira-kira 60 peserta. Lebih 50% dari jumlah itu adalah pengundi-pengundi atas pagar atau pro pembangkang. Peluang kehadiran mereka ke majlis atau perjumpaan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat Bahagian.
Tapi difahamkan oleh seorang AJK Biro Penerangan Bahagian, tiada seorang pun pemimpin UMNO Bahagian termasuklah AJK Bahagian yang turun ke program tersebut. Kemanakah perginya pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu? Bukan ada dua atau tiga program politik pada malam itu sebaliknya itulah sahaja program yang diadakan oleh bahagian pada malam itu. Ada yang dihubungi melalui panggilan telefon bimbit beberapa kali tetapi tiada respon diberi. Betapa kecewanya peserta-peserta yang tertunggu-tunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Umno. Peserta-peserta telah siap dimaklumkan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi tak siapa pun turun untuk menjenguk walaupun seminit dua. Program diatur rapi, siap dengan skrin layar dan LCD dan alat siaraya serta makanan dan minuman tetapi kenapa pemimpin yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba? Peserta-peserta yang hadir mulai pandang serong kepada kepimpinan UMNO, mereka keluar seorang demi seorang meninggalkan majlis/program.
Ini bermakna program semalam secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan kepimpinan UMNO sendiri di peringkat bahagian kepada peserta-peserta yang hadir. Bagi peserta-peserta yang bijak, mereka dapat mengesan kekalutan urusetia program tersebut dengan ketidakhadiran seorang pun pemimpin UMNO Bahagian sendiri. Mungkin UMNO Bahagian ini belum mampu berubah. Jika beginilah sikap pemimpin yang ada, bermakna PRU13 UMNO/BN akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar lagi. Program yang dilaksanakan itu sebenarnya untuk menyakinkan orang ramai khususnya orang-orang Melayu bahawa UMNO/BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib mereka. Sepatutnya Program Menongkah Arus perlu disokong 100% oleh setiap pemimpin tertinggi UMNO dan AJK Bahagian. Tapi tiada seorang pun pemimpin yang hadir. Kenapa dan dimana silapnya? Yang berjanji pun tidak hadir. Pemimpin perlu diingat, "Jangan berjanji jika tahu tidak dapat hadir dan jika tidak dapat hadir jangan berjanji untuk hadir". Program itu tidak akan berjalan dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama dari pemimpin UMNO sendiri. Jika beginilah jadinya, program itu lebih baik tak buat daripada buat. Suatu 'post-mortem' perlu segera dilakukan agar program yang cukup baik seperti ini dapat diteruskan kerana PRU13 kian hampir.

Saturday, May 1, 2010

Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dan Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar akan diroboh!

Kasihan! Kasihan! Kasihan! Inilah nasib pengusaha-pengusaha gerai makan orang Melayu di Pulau Pinang. Ada Timbalan Ketua Menteri (Melayu) pun tak boleh buat apa. Nak lawan pun kena fikir juga. Kena ingat  pemerintahan Lim Guan Eng berlandaskan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. PAS dan PKR Melayu tidak berani sentuh sebab Lim Guan Eng tak kering gusi mengatakan dia mengamalkan pemerintahan Islam iaitu "Amal Makruf Nahi Mungkar". Oleh sebab itu pemimpin-pemimpin PAS dan PKR Melayu kena taat setia kepada Tuan Lim Guan Eng. Yang menentang pemerintahan LGE samalah menentang sebuah kerajaan Islam. MB Kelantan, TG Nik Aziz akan menangis nanti jika dapat tahu pemimpin PAS menentang dasar kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Johar, pemilik kedai makan Kafe Do Re Mi berkata, "Kami telah sokong dia (Guan Eng) sehingga boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya dia membalas budi kami dengan memberi sokongan dan bantuan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kerajaan negeri bertindak rakus dan zalim sebegini. Mereka (pemimpin negeri) juga seolah-olah tidak tahu langsung bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi bantulah kami supaya nasib kami terbela".
Apa yang Guan Eng nak hairan sangat satu dua undi orang Melayu. Sebelum ini, betul, setiap undi orang Melayu sangat bermakna. Tapi selepas Guan Eng berkuasa, tak perlu lagi undi orang Melayu di Pulau Pinang. Guan Eng dari Melaka telah dapat menipu orang Melayu Pulau Pinang. Orang Melayu tertipu! Apa yang orang Melayu dapat semasa pemerintahan Guan Eng, DAP? Rakan pimpinan kerajaan negeri PP dari PAS sangat marah jika orang Melayu mempertikaikan kerajaan negeri Pulau Pinang. Baru 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan BN sudah 50 tahun. Berilah peluang! Peluang apa nak diberikan lagi.
Selama 50 tahun kerajaan BN memerintah telah menyediakan pelbagai prasarana di Pulau Pinang. Tak cukup Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang yang kedua sedang dibina oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat Pulau Pinang. Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas dibesarkan, jalinan jalanraya dan lebuhraya, kemudahan pelabuhan, kawasan perindustrian di bina di bahagian Pulau dan tanah besar untuk menyediakan ratus ribuan pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang dan dari luar Pulau Pinang. Pulau Pinang boleh dianggap negeri yang termaju di sebelah utara Malaysia di bawah pemerintahan BN. Itulah 50 tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.
Pimpinan kerajaan campuran DAP-PAS-PKR cuma masuk dengan zero masalah. Yang ada hanya masalah kecil yang tidak sempat dilaksanakan semasa pemerintahan BN dahulu. Itu sahaja. Oleh kerana pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR yang bijak mengkritik kepimpinan BN semasa kempen pilihanraya dulu, maka sekarang adalah masa untuk rakyat pula melihat dan mengkritik. Baru 2 tahun, pelbagai masalah yang tidak dapat ditangani oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh dua tahun, pengusaha-pengusaha gerai Melayu dirobohkan yang cuma beberapa kerat orang Melayu yang boleh berniaga di Pulau Pinang jika nak bandingkan dengan kaum Cina, ibarat langit dengan bumi. Baru 2 tahun dasar kerajaan negeri telah berubah secara drastik tanpa pembelaan oleh pimpinan PAS dan PKR Melayu dalam kerajaan negeri. Tanah untuk masjid dan surau yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP malahan diletakkan di bawah CMI yang dipengerusikan oleh Tuan Lim Guan Eng. Kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh menyalurkan bantuan pembinaan masjid kerana tanah itu bukan milik MAIPP. Bila kerajaan Persekutuan tak beri bantuan (bina masjid), pimpinan Guan Eng akan menyalahkan pula kerajaan Persektuan yang tidak mahu bina masjid, tak mahu tolong orang Melayu-orang Islam. Penceramah-penceramah PAS pula ambil beluang menganyang kerajaan persekutuan pimpinan BN yang sekular dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan kerajaan BN adalah kerajaan zalim warisan penjajah barat, sekular boleh bina gelanggang futsal tapi menolak pembinaan masjid. Itulah politik pembangkang gabungan mantap DAP, PAS dan PKR di Pulau Pinang mengajar orang Melayu Pulau Pinang supaya lebih sedar. Mungkin, mungkin, mungkin nasi sudah jadi bubur untuk orang Melayu di Pulau Pinang.