"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, May 12, 2010

Kerajaan Guan Eng tidak cekap puluhan ribu ringgit wang rakyat lenyap!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah. Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan 'kearaajaan' (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan). Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu 'A Sincere contribution from the people PR Goverment' (people sepatutnya ditulis people's). Oleh itu  Majlis Pelancaran itu dibatalkan dan digantikan kepada sidang media sahaja.
Risalah yang dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris akan digunakan dalam pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas yang sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pukul 12.30 tengah hari pada 5 Mei 2010 yang lalu.
Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada pakatan pembangkang, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun. Program itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai gimik dan memalukan, bagaimanapun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas. Kerajaan negeri menolak tanggapan bahawa pemberian RM100 itu sebagai rasuah politik.
Komen:
Kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Yang merugikan wang rakyat hampir puluh-puluh ribu ringgit jika satu risalah berharga RM2 - RM3 sekeping. Tidak pernah berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu. Tapi berlaku sewaktu pentadbiran Guan Eng yang berbangga dengan falsafah CAT (Competency, Accountability and Transparency). Tapi kenapa berpuluh-puluh ribu ringgit musnah begitu sahaja. Guan Eng merasakan dirinya selalu betul. Dan dia selalu menyindir dan menghina wakil-wakil rakyat daripada BN/UMNO dalam persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini. Inilah balasan segera yang  Allah swt tunjuk kepada barisan pemimpin PR terutama PAS dan PKR yang tumpang gembira dan menyokong melihat rakan-rakan Melayu/Islam dihina dalam DUN seperti isu penggunaan perkataan 'taubat' dan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' yang digunakan oleh Guan Eng.

1 comment:

  1. Jika kesilapan ejaan pada risalah pun boleh berlaku. Ini menunjukkan bahawa pentadbiran LGE tidak cekap dan efisen. Apatah lagi perkara-perkara besar dalam soal mentadbir Pulau Mutiara. Saya dapat merasakan bahawa tentu banyak kepincangan dalam pentadbiran ala kuku besi yang diamalkanya.
    Nampaknya beliau membazirkan puluhan ribu wang rakyat yang membayar cukai pintu, parking dan lain-lain. Kita sebagai rakyat Pulau Mutiara terasa sakit hati bilamana cukai-cukai yang dikutip dibazirkan segitu sahaja.

    Jika memberi bantuan RM100.00 kepada warga tua yang berusia 60 tahun ke atas setiap tahun, memang ini adalah rasuah politik secara terang-terangan. Penghargaan kepada warga mas ini, telah lama BN lakukan, tetapi pendekatan yang berbeza, bukan seperti yang di war-warkan oleh LGE dan kroni.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.