"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, May 26, 2010

PAS TIDAK KONSISTEN?

TINDAKAN Pas mempergunakan habishabisan isu pemberian lesen judi untuk bola sepak Piala Dunia sudah dijangka.

Pas sememangnya ingin ke hadapan kononnya bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa mereka amat menentang kemungkaran apatah lagi dalam soal judi dan arak.
Dari satu segi, Pas berhak melakukan penentangan tetapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat keputusan muktamad.
Ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin sudah memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak termasuk daripada kalangan Islam dan bukan Islam dalam isu berkenaan.
Kalaulah benar Pas ingin menentang kemungkaran judi dan arak, lakukanlah dahulu di negeri-negeri yang terletak di bawah penguasaan pakatan pembangkang. Setakat ini, sama ada di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kegiatan judi dan arak berterusan. Di Kelantan pula, arak dibenarkan untuk golongan bukan Islam. Malahan paling ketara di Kedah, kenapakah Pas yang memerintah kerajaan negeri tidak melaksanakan pengharaman ke atas judi dan arak?
Pas mempunyai kerusi majoriti di Kedah. Kalau kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd.Razak hendak mengharamkan kedua-dua kegiatan itu, ia tidak jadi masalah. Rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak boleh kata apa-apa. Tapi Pas tidak lakukannya? Di manakah istiqomah pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang begitu beria-ia hendak menunjukkan mereka menentang kemungkaran dengan berdemonstrasi selepas solat Jumaat lalu tetapi membiarkan sahaja ia terjadi di negeri yang mereka ada kuasa sepenuhnya?
Begitu juga di Selangor yang Pas ‘bersekongkol’ bersama-sama PKR dan DAP bagi memerintah negeri itu, kenapakah Pas tidak mendesak habis-habisan perkara yang sama. Bagaimana pula di Kelantan, yang mana Pas membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dan memungut hasil daripada permit yang dikeluarkan.
Bukankah di dalam Islam, arak tetap haram dan boleh menjadi punca kepada segala kemungkaran. Lupakah pemimpin Pas mengenai kisah di zaman nabi mengenai seorang lelaki soleh yang akhirnya terjebak dalam perzinaan dengan seorang wanita dan membunuh seorang bayi selepas termakan hasutan syaitan untuk meminum arak?
Oleh itu, jelaslah dalam isu judi bola sepak ini, sikap tidak konsisten Pas semakin ketara. Sebelum ini, sudah banyak contoh yang menunjukkan Pas demi kepentingan politik bersama-sama DAP dan PKR sanggup ‘menggadaikan’ segala-galanya.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu, jika sebelum ini mereka ‘menghentam’ calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan menentang hukum hudud tetapi secara tiba-tiba pemimpin Pas begitu terbuka memaafkan beliau. Malahan Pas melalui jentera pilihan raya turun bermati-matian membantu Zaid untuk mencapai kemenangan.
Begitu juga dalam isu kalimah Allah, sebelum ini kepimpinan Pas sudah membuat ketetapan bahawa isu tersebut tidak boleh diperalatkan demi kepentingan politik tetapi lihat sahaja apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Sibu.
Demi untuk meraih undi, ada di kalangan pemimpin Pas yang sanggup berkempen untuk calon DAP dengan memperalatkan isu tersebut. Kenapakah kepimpinan tertinggi Pas atau mana-mana ahli Pas terutama sayapnya tidak menyatakan bantahan?
Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan DAP boleh menggunakan isu kalimah Allah sedangkan Timbalannya, Datuk Dr.Haron Din pula kata tidak boleh. Ini belum lagi termasuk pendirian celaru Pas dalam soal kerjasama dengan DAP yang sebelum ini secara jelas menentang penubuhan negara Islam.
Pas bertukar fikiran 360 darjah, apabila menganggap kerjasama dengan DAP tidak salah dan parti cauvinis berkenaan semakin menerima Islam. Tetapi soalnya, Pas masih belum menguji DAP sepenuhnya. Kalau benar DAP sudah menerima Islam, cubalah Pas ketengahkan kembali idea negara Islam. Ketika itu, barulah Pas akan tahu sejauh manakah kejujuran DAP berkawan dengan mereka.
Lihatlah juga pendirian Pas dalam isu melompat parti. Apabila ada wakil rakyat daripada pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, Pas mengecam habis-habisan.
Pelbagai ‘fatwa’ dikeluarkan dan ia termasuklah desakan supaya wakil rakyat terlibat meletakkan jawatan. Tetapi apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘impian 16 September’, Pas menyokongnya.
Ketika itu tidak timbul pula soal ‘halal haram’ atau khianat tidak khianat amanah rakyat. Bagi Pas, kalau sesuatu tindakan itu menguntungkan pembangkang, ia boleh ‘dihalalkan’ tetapi kalau menguntungkan Barisan Nasional (BN), ia ‘diharamkan’.
Apakah ini ciri-ciri sebuah parti Islam yang pemimpinnya sentiasa sahaja menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasullullah SAW untuk berhujah?
Seperkara lagi, Pas juga hanya mendiamkan diri apabila banyak janji-janji yang dilontarkan bersama-sama pembangkang ketika pilihan raya umum lalu masih banyak tidak ditunaikan sama ada di Selangor, Kedah mahupun Pulau Pinang.
Tidak pula kedengaran Dewan Pemuda Pas pusat atau Dewan Muslimatnya bersuara lantang untuk mengingatkan Pas supaya memastikan segala janji itu dilaksanakan. Ini kerana di dalam Islam perbuatan memungkiri janji hanya dilakukan oleh orang munafik.
Justeru adalah perlu menjelang muktamar parti itu yang akan berlangsung mulai 9 Jun ini, pemimpin dan ahli-ahli Pas bermuhasabah dan memikirkan apakah selama ini tindakan mereka bersesuaian dengan perjuangan sebuah parti Islam atau tidak.
Kalau benar Pas ingin menjadi sebuah parti Islam yang menentang segala kemungkaran dan menegakkan syiar Islam, maka bersikaplah seperti itu.
Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja. Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.
Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Dalam Islam- yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.
Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada!

11 comments:

  1. Salam...Kenapa Pas tidak haramkan arak dan judi di negeri2 pakatan Rakyat?Kerana lesen Arak dan judi dikeluarkan oleh KDN dan bukannya kerajaan negeri..Kerajaan negeri tiada kuasa untuk mencabar KDN kerana KDN berada di bawah kuasa Kerajaan Pesekutuan..Nampaknya saudaraku sangat mudah dikelirukan dalam isu ini..Kenapa PAS tidak mahu menjawab isu2 Judi dan Arak apabila dibangkitkan oleh pemimpin2 kerajaan?Kerana pihak yang perlu menjawab bukan mereka sebaliknya pihak KDN..Dgn kata lain kerajaan sendiri yg perlu menjawab..Sebelum kita hendak membuat apa2 kenyataan,kita perlu tahu bidang kuasa kerajaan negeri kerana ada pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada tempat2 tertentu..Cuba saudara baca resit2 yg dikeluarkan oleh sesebuah rangkaian perniagaan x kira dimana sahaja saudara membeli belah..Kan ada tertera perkataan "gov tax" pada resit2 berkenaan..Mcm tu juga perkataan "Gov tax' yg tertera pada rtesit2 nombor ekor..Len kali buat la kerja rumah sket sblm tulis berjela-jela..Takut nanti org yg baca posting ni mentertawakan kejahilan anda..Selamat menulis

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Tam,
    Buat yoko,siapa keluar lesen premis perniagaan,lesen papan iklan/papan tanda?

    ReplyDelete
  3. Salam Anoymous,xperlu tanya soalan klu dh tahu jawapan..klu pun ada premis,papan iklan/papan tanda judi@arak di negeri pktan rakyat,adakah ia wujud selapas pktan rakyat memerintah?Tanyalah mantan menteri basar dan barisan exco mereka..buat apa tya sy?

    ReplyDelete
  4. Salam pak tam,
    Buat yoko,Lesen tu seumur hidup ka?
    Dia ada expire date juga,habis tu masa nak renew jangan bagi la,Memangla mantan menteri basar dan barisan exco mereka yang lulus dulu,sekarang masa nak renew,masa kita dak berkuasa jangan la bagi renew.

    ReplyDelete
  5. Yo Ko buat-buat tak faham kerana cuba jugak nak merpertahankan Pakatan Haram. Bila Pakatan Haram semua yang haram jadi halal. Saya setuju dgn pdgan sdr di atas. KDN keluar lesen shj, renew dan premis preniagaan kuasa PBT apa lagi kuatkuasakan jika dah berjanji nak hapus judi dan kedai arak dlm PRU yg lalu. Jgn banyak alasan lagi.. rakyat dah celek.

    ReplyDelete
  6. Salam Anonymous..Haaa!!!Tang ne sy setuju dgn saudara..Respon kritis mcm ne yg perlu kita raikan..Selagi kita ne Islam,selagi tu la kita sakit mata tgk judi@Arak dgn selamba wat bisness kt bumi Malaysia ne baek di negeri Pakatan mahupun BN..Dah smapai masa pihak PBT,Negeri & Persekutuan bertegas membatalkan lesen yg menghalalkan apa yg ALLAH haramkan..Jika semua pihak berfikir mcm saudara,Insya'Allah kemungkaran dapat dibersihkan dari bumi Malaysia yg kita cintai..

    ReplyDelete
  7. Insyaallah sdr Yo Ko akan kita sama-sama teruskan perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini.

    ReplyDelete
  8. Salam Aku Pemikir, insyaallah sy akan linkkan, tk.

    ReplyDelete
  9. Salam..AII Pak Tam,jgn cpt wat tuduhan..X semestinya perbezaan pandangan itu menggambarkan pendirian politik..

    ReplyDelete
  10. saya cabar yo ko agar menjemput pemuda pas dan keadilan agar menghapuskan gerai2/premis yang menjual arak dan perjudian yang ada didalam pemerintahan pakatan rakyat..

    yo ko..jgn hanya memandang sebelah mata...apa pandangan PAS dan keadilan tentang DAP merampas semula botol arak yg dirampas oleh jabatan agama shah alam...

    jgn hanya menuding jari pada pihak lain sedangkan pihak yang memperjuangan islam tidak mampu untuk menghalang dap dibawah pakatan sendiri...

    apa jadinya kalau dap / pas dan keadilan memerintah negara...pas akan jadi burung pungguk rindukan bulan ler...dan akhirnya pihak pas dok pikiq bila nak jadi PM

    ReplyDelete
  11. Salam Adyumno..Pendekar Adyumno dtg mencabar agar dibersihkan halaman sebelah Pakatan dari unsur2 judi@Arak..Boleh,sampai licin pon boleh..Tp kita yg tertunggok kt negeri BN xkan xnak ikut sama?Klu nk suruh sebelah sana jer yg mencegah kemungkaran,pihak yg 1 lg nk jadi malaikat tukang kira markah jer ka?Tmpt kita mcm mana plak?Selangor dh mula menghalang permohonan lesen judi di PBT2 mereka..DAP selangor x bising pon..P.Pinang yg ketua menteri depa Cina pon dh kluarkan arahan..Perak dgn mufti Harussani bila nk kluar fatwa?Negeri Sembilan?Perlis?Johor?Melaka?Terengganu?Sabah?Sarawak?Putrajaya???Ketua2 kita ne suma beragama Islam.. Bila lg kita nk desak depa2 nih?Ke nk suruh puak pakatan belah sana jugak desak?Mana kita nk letak muka??Sy pulangkan balik kenyataan pd pendekar Adyumno..Jgn hanya pandang sebelah mata....Rosak agama kita nanti!!Drpd cabar mencadar mcm ne,lbh baik kita buat sama-sama..Apa pula sumbangan kita kepada agama dlm isu ne?Klu kita baca pkai spek politik,politik lah yg kita nampak..Ne soal agama baii..bkn soal politik..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.