"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, November 30, 2010

Projek-projek perumahan naik gile di Teluk Kumbar Pulau Pinang, angkara siapa?

Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri, Guan Eng berkuasa dan bermaharaja lela. PKR dan PAS tak terkata apa-apa. Gerai orang Melayu dirobohkan kerana ada aduan. Gerai-gerai Cina yang memenuhi sebahagian jalan-jalan di Georgetown tidak dirobohkan kerana ada permintaan dan keperluan. Statistik menunjukkan jumlah gerai orang Melayu yang diroboh tak banyak berbanding dengan kaum Cina. Pemimpin PAS dan PKR mengangguk betul. Merobohkan gerai-gerai Melayu itu tindakan betul oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tapi orang Melayu semua mahu ingat dan mahu fahamlah! Berapa ramai pula orang Melayu yang dapat berniaga berbanding dengan orang Cina? Satu gerai Melayu diroboh mungkin pengusaha gerai itu jadi papa kedana tapi satu gerai Cina diroboh 100 gerai baru lagi akan naik. Ini mesti kena tahu, jangan kena tipu dengan Guan Eng. Kita tulis bukan mahu Melayu sama Cina bergaduh. Kita mahu Melayu berdiri sama tinggi sama orang Cina dan duduk pun sama rendah dengan orang Cina. Tapi sekarang apa sudah jadi. Mahu berdiri pun tak boleh tinggi, sebab Guan Eng punya pasal, PKR dan PAS punya angkara, orang Melayu semakin terhimpit. Di kawasan Teluk Kumbar sahaja tidak kurang dari 7 buah projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan di beberapa buah kampung di Teluk Kumbar. Harga rumah antara RM500 ribu hingga RM850 ribu sebuah, cukup tinggi tapi apakah orang Melayu PP mampu membelinya? Begitu banyak projek dan begitu cepat projek diluluskan oleh kerajaan negeri DAP, kenapa? Apakah permintaan untuk rumah harga semahal itu untuk orang Melayu? Inilah akibatnya yang akan ditanggung oleh orang Melayu tempatan sendiri akibat orang Melayu sendiri terutama pemimpin PAS dan PKR yang banyak membuat fitnah terhadap kepimpinan UMNO/BN semasa kempen PRU12 dulu. Jawablah wahai pemimpin PKR dan PAS! Kenapa anda biarkan projek-projek perumahan naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Kampung tradisi India di Kampung Buah Pala telah lenyap, Kampung Jalan Pokok Asam akan berkubur, Kampung Binjai menunggu masa dan kampung Teluk Kumbar sedang berperang untuk keadilan! Kampung Genting dan Pondok Upeh telah dibuat pengambilan oleh kerajaan negeri untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berpusat di Singapura. Kenapa ini tidak berlaku semasa BN memerintah dulu? Tarik balik tuduhan yang mengatakan BN merampas tanah rakyat, merobohkan rumah rakyat, merampas harta rakyat dan banyak lagi rakyat..rakyat dan rakyat. Ini bermakna pemimpin DAP yang disokong kuat oleh PAS dan PKR telah berjaya membohongi rakyat, menipu rakyat dengan kaedah memfitnah UMNO/BN. Akan datang blog ini akan paparkan gambar-gambar menunjukkan projek-projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan. Bukan fitnah, UMNO/BN tidak menipu rakyat. Tunggulah entri yang akan datang!

Monday, November 29, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat Main Wayang di Teluk Kumbar Pulau Pinang!



Pada 29 November 2010 kira-kira jam 10.20 pagi, suatu perhimpunan penduduk berhampiran pekan Teluk Kumbar telah diadakan bagi menunjukkan bantahan terhadap pemaju projek, Beberapa buah rumah berhampiran pekan Teluk Kumbar cuba diroboh oleh pemaju, KL Metro Development. Sebelum ini penduduk yang terlibat pernah mengadakan demontrasi secara aman kerana pampasan yang diberikan cuma RM20,000 setiap rumah. Yang pelik dan benar, parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang memerintah hari ini pula yang mahu jadi juara dalam isu ini. Dalam demontrasi itu pemimpin PR turut serta dengan banner parti-parti masing-masing. Yang memerintah kerajaan negeri adalah Pakatan Rakyat dan meluluskan projek pembangunan adalah Pakatan Kerajaan tapi yang peliknya yang menjuarai demontrasi itu juga adalah Pakatan Rakyat. Janganlah main wayang wahai pemimpin Pakatan Rakyat. Gunakanlah kuasa yang ada untuk membantu rakyat. Exco Perumahan Negeri juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Exco Tanah juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Menteri juga dari Pakatan Rakyat. Manakala pemimpin Pakatan Rakyat tempatan ke hulu hilir nak tunjuk yang merekalah pemimpin yang  membela rakyat. Mungkin cara ini pemimpin PR dapat menyelamatkan maruah kerajaan DAP yang semakin kotor tercemar. Kita akan terus saksikan pemimpin-pemimpin PR yang akan terus berlakon mengikut skrip yang sudah dirancang!


Antaranya pemimpin kanan PAS menyertai UMNO di Pasir Puteh Kelantan!

UMNO Bahagian Pasir Puteh sedang memproses lebih 2,000 borang keahlian baru yang turut melibatkan pemimpin kanan Pas di peringkat cawangan bersama pengikutnya selepas hampa dengan parti itu yang gagal membawa sebarang perubahan biarpun memerintah negeri ini selama 20 tahun.
Terbaru, seramai 103 ahli Pas dari cawangan Wakaf Bunut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam majlis rasmi di Kampung Tualang.
Bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Hassan, 66, berkata, beliau menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari hanya parti itu yang mampu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.
Katanya, kesedaran itu timbul selepas mengikuti kempen dan perkembangan politik sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas baru-baru ini yang mana banyak penyelewengan Pas terbongkar.
"Ini termasuk projek Ladang Rakyat yang mana ahli-ahli Pas yang beragama Islam dan rata-rata miskin hanya diberikan habuan yang sedikit sedangkan projek besar.
"Pemilikan keuntungan yang banyak dinikmati oleh orang bukan Melayu termasuk bukan pemastautin di negeri ini mengusahakan projek berkenaan," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
Mohd. Soleh berkata, kepimpinan Pas hanya menggunakan slogan agama untuk memancing sokongan rakyat.
Sedangkan, katanya, hakikat sebenarnya mereka lebih mementingkan kedudukan dan jawatan berbanding usaha menjana ekonomi, membangunkan negeri serta membela kebajikan rakyat secara menyeluruh.
"Berikutan perbezaan pendapat kerana kesedaran saya terhadap perkembangan politik yang berlaku menyebabkan saya sentiasa didesak supaya berundur dan melepaskan jawatan yang disandang dalam Pas.
"Saya melihat UMNO adalah wadah perjuangan yang terbaik untuk membela Islam dan saya akan cuba untuk menyedarkan penduduk di kampung ini bahawa perjuangan Pas hanya palsu.
"Biarpun diejek atau ditolak oleh Pas saya terus bersemangat untuk berkempen bersama UMNO. Bukan kebendaan yang saya mahu tetapi sekadar ingin menyampaikan sesuatu yang 'hakikat' kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, berkata, kesedarannya untuk menyertai UMNO berputik apabila mengkaji ketelusan parti tersebut di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, UMNO banyak memberi penekanan terhadap aspek kebajikan rakyat dan pelbagai agenda yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani di peringkat antarabangsa.
Sumber: Utusan Malaysia 29/11/2010

Wednesday, November 24, 2010

HARAKAH DIBERI TEMPOH 14 HARI KERANA FITNAH YB ADUN PULAU BETONG!

BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama

Tuesday, November 23, 2010

Sikap double standard! PAS terhadap penyelewengan Tabung Memali

Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.
Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.
"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.
Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.
Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.
Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain. [Berita yang berkaitan] dan [Berita selanjutnya]

Saturday, November 20, 2010

Jom Turun Ramai-Ramai Membantah Perhimpunan anti- ISA di Komtar Walk!

SUARAM/DAP akan mengadakan satu program mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA pada hari Ahad 21 November 2010 (Ahad) jam 10 pagi di Komtar Walk.

Kita menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan ISA supaya turun beramai-ramai di Komtar Walk.

Kita counter balik ! Jangan biarkan SUARAM dan DAP sesuka hati mereka mengadakan program itu. Jom turun ramai-ramai esok pagi, jangan biar mereka bermaharaja lela.

Apa dah jadi dengan slogan "Amal Makruf, Nahi Mungkar" kerajaan DAP?

Berita ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. Malaysiakini dan Harakah Daily kerap mengeluarkan berita-berita dari sumber yang dipercayai. Boleh jadi sumber itu dari sidang DUN ataupun dari orang dalam kerajaan negeri yang turut tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk kerajaan DAP-PAS-PKR.  Diulangi lagi, dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis Rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Difahamkan kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR telah membuat kutipan hasil kira-kira RM1 juta.
Persoalannya sekarang, apa dah jadi dengan slogan rasmi kerajaan negeri DAP-PAS-PKR negeri Pulau Pinang, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar'? Wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat dua tiga kerat yang kononnya memperjuangkan Islam. Jika berita itu benar, apakah sekali lagi PAS kena mempertahankan dan membela kerajaan DAP yang langsung tidak sensitif tentang perasaan umat Islam di negeri ini. Lihatlah bandar Georgetown pada waktu lewat malam, huh! malam seperti siang. Bisnes malam lebih ceria dan menghiburkan para pengunjung-pengunjung Cina, India, Orang Putih atau orang Melayu. Itulah hasil perjuangan kerajaan DAP, tapi apa rakan2 baik DAP seperti PAS dan PKR buat? Di bandar lagu di bandar di kampung lagu di kampung. Entahlah apa yang nak berlaku dengan anak-anak Melayu pada masa akan datang. Semakin terhimpitlah dunia Melayu di bumi Melayu berkerajaankan DAP!

Thursday, November 18, 2010

Jika berita ini benar, PAS dalam kerajaan DAP PP kena jawab kepada Allah!

Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri PP yang banyak berbohong. Bercakap berputar belit macam pintal tali. Duit sumbangan kepada warga emas diberi duit judi. Subsidi air sudah ditarik balik. Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan kebajikan rakyat, Rumah rakyat diroboh. Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan. Projek-projek perumahan naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Inilah masanya kerajaan Guan Eng nak lenyapkan kampung-kampung tradisional India dan Melayu di Pulau Pinang ini dengan alasan pembangunan. Jika tak percaya, datanglah ke kawasan-kawasan Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Balik Pulau. Bukit-bukit habis ditarah. Tanah-tanah yang ada milik pemaju biarpun sekangkang kera sudah mulai naik rumah harga ratusan ribu ringgit. Tiada lagi rumah-rumah kos rendah. Guan Eng tak mahu bina lagi flat kos rendah di Pulau ini katanya suatu masa dulu. Orang Melayu, orang India dan orang Cina yang miskin tak mampu beli boleh pindah ke tanah besar. Akhirnya siapa yang mampu beli rumah harganya ratusan ribu ringgit itu bolehlah bermastautin di kampung-kampung Melayu di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan juga di Balik Pulau.
Begitulah kerajaan Guan Eng dengan sokongan padu PAS dan PKR membantu rakyat Pulau Pinang. Bantu dalam erti kata yang cukup bijaksana dan pintar. Orang Melayu di Pulau Pinang meleleh air liur bila mendengar Guan Eng berkhutbah di atas pentas politik. Orang Melayu yang cerdik sikit rasa pening-pening lalat umpama cicak makan kapur. Orang Melayu sebenarnya semakin terhimpit di bahagian Pulau, Pulau Pinang. Bila ditanya kenapa Melayu Pulau Pinang semakin terhimpit maka UMNO yang dipersalahkan. Aku nak habaq mai kat hampa tau. Masa BN memerintah, UMNO Bahagian Balik Pulau telah diberi mandat menentukan bentuk dan jenis pembangunan yang sesuai di kawsaan parlimen Balik Pulau melalui Local Plan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri. Hampir semua kampung-kampung tradisional dari kawasan Ptg. Damar Laut, Binjai, Kg. Seronok, Sg. Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh, Kongsi hinggalah Teluk Bahang melebihi 25 buah kampung Melayu dan Cina digazetkan sebagai kampung tradisional. Itu kehendak UMNO Bahagian yang perlu dipertahankan. Tapi hari ini berubah secara drastik. Amat sedih kita kerana orang-orang Melayu akan semakin hilang kampung-kampung mereka.
Setelah DAP ambil alih kerajaan Pulau Pinang dengan sokongan padu PAS dan PKR, semua persetujuan itu (Local Plan) tidak bermakna lagi. Guan Eng tak akan mahu dengar perancangan UMNO di Balik Pulau. Dia tahu UMNO tidak akan membenarkan sewenang-wenangnya projek-projek mewah perumahan di bina dalam kawasan parlimen Balik Pulau. Lihatlah masa pemerintahan BN dulu, projek-projek perumahan wujud secara sangat perlahan. Suatu ketika tiada langsung projek-projek baru yang wujud. Tapi sekarang, huh! di mana-mana sahaja akan ada projek. Bukit di tarah, rumah kedai diroboh dan kampung di ambilalih oleh pemaju-pemaju yang kemungkinan besar milik pemimpin DAP sendiri. Itu sebabnya dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini ada wakil rakyat BN bangkitkan isu pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PP ditaja oleh sebuah syarikat ke luar negara. Tapi tak ada bukti, tak apalah. Masakan pokok bergoyang jika tak ada anginnya kata pepatah Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu dua tiga kerat dalam Pakatan Rakyat buat apa? Tak tengokkah apa yang sedang berlaku di kampung-kampung Melayu? Jalan raya semakin sesak tapi projek perumahan diluluskan tanpa kawalan langsung daripada kerajaan DAP. Kenapa Exco Melayu dan speaker Melayu membisu? Jawablah bahawa saudara-saudara semua takut kepada Guan Eng. Lebih takut kepada Guan Eng daripada takut kepada janji saudara kepada Allah SWT.
Hari ini ada berita terkini, bukan dari Malaysiakini. Dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Ini bermakna kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR akan memperolehi kutipan lesen-lesen ini RM1juta. Mana ia, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar' wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memperjuangkan Islam. Jika berita terbaru ini benar, sekali lagi PAS kena tolong jawab bagi pihak Guan Eng dan rakan-rakan DAP maklumlah mereka ini baru belajar membaca dan memahami kandungan al-Quran. 

Tuduh Raja Petra diperalat oleh BN?

PUTRAJAYA 17 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan taktik dan strategi lapuknya dengan menuduh Raja Petra Kamaruddin diperalatkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Ketuanya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, ia kerana pemilik portal propembangkang itu mengeluarkan dakwaan bahawa Anwar pernah menjadi pengacau dan ‘kuda trojan’ dalam UMNO satu ketika dulu.
‘‘Tidak mustahil Anwar juga akan menuduh Raja Petra, Datuk Zaid Ibrahim, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin serta Utusan Malaysia sebagai bersubahat untuk menjatuh serta menggugat kedudukan beliau yang kononnya sedang menunggu masa untuk menakluk Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Malah, kata beliau, setiap pendedahan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh orang yang pernah rapat dengan Anwar iaitu Zaid dan Raja Petra menunjukkan beliau sebenarnya mahu dilihat sempurna.
Sedangkan pada hakikatnya, Anwar sarat dengan kelemahan dan tidak layak menjadi penasihat PKR, apatah lagi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri jika angan-angan pakatan pembangkang menerajui negara ini menjadi kenyataan.
‘‘Puteri UMNO juga melihat Anwar sebenarnya terlalu dibebani banyak masalah peribadi terutama tuduhan liwat yang sehingga kini telah memakan masa berbulan-bulan dan pada masa yang sama beliau ‘ditelanjangkan’ oleh rakan-rakan karibnya satu persatu.
‘‘Namun Anwar dan pengikut tegarnya dengan angkuh dan sombong enggan mengakui kelemahan mereka sebaliknya meletakkan beban tersebut kepada pihak lain,” katanya.
Justeru, katanya, sekarang adalah masa paling sesuai untuk melihat kelicikan strategi politiknya baik dalam UMNO mahu pun dalam PKR kerana bijak menampilkan diri sebagai seorang yang bijak agama.
Sumber: Utusan Malaysia 18/11/2010

Teras ibarat melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang!

Dalam Harakah 15-18 November 2010 Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah kenaikan elaun JKKK, Tok Batin dan Pengerusi Kampung Baru kerana dakwaan beliau kenaikan 100% elaun itu hanya untuk meraih sokongan pengundi di kalangan golongan ini. Sedangkan masih ada rakyat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tinggal di bawah jambatan. Tetapi golongan ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.
Komen:
Sebelum menjawab isu elaun JKKK. Ingin kita mengetahui tentang Teras di mana  Y.Bhg. Dr. Mohd. Azmi Abdul Hamid jadi pengerusinya. Mengikut istilah DBP, 'Teras' bermaksud  "bahagian yg keras dlm batang kayu" ataupun "bahagian di tengah-tengah bumi". Jika merujuk Kamus Inggeris-melayu Dewan perkataan 'trust' pula bermaksud 'percaya'. Ini bermakna 'teras' dan 'trust' memberi kekuatan dan nilai tambah kepada Azmi selaku Pengerusi Teras. Saya kenal Azmi sebagai Timbalan Pengerusi CAP dalam suatu majlis kepenggunaan peringkat negeri Pulau Pinang. Saya sangat berminat dengan beliau kerana beliau seorang pemimpin yang 'humble' dengan pakaian kain pelekatnya. Minat saya bertambah bila beliau pemimpin Teras. Namun minat kepadanya tidak lama setelah saya mengenali beliau sebagai orang kuat Pakatan Rakyat.
Oleh itu banyak persoalan yang bermain di kepala saya. Apakah Azmi Hamid benar-benar memperjuangkan kepentingan orang Melayu melalui Teras atau memperalatkan Teras untuk kepentingan diri dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? PAS mendasari perjuangannya berasaskan agama. Manakala PKR dengan konsep sama rata atau untuk kepentingan individu tertentu. DAP dengan konsep Malaysian Malaysianya. Ini bermakna Teras akan jadi NGO Melayu yang tersisih dalam arus perjuangan Pakatan Rakyat. Teras akan jadi sebuah NGO ibarat kata pepatah Melayu bagaikan melukut di tepi gantang.  Suara Teras tidak berbisa lagi sepertimana Teras dalam zaman BN memerintah Pulau Pinang. Teras boleh jadi NGO Melayu yang bersekongkol dengan DAP yang cuba menghapuskan pengaruh Melayu Pulau Pinang secara yang lebih halus dan terancang. Rata-rata orang Melayu di Pulau Pinang tidak berminat lagi dengan Teras. Tengoklah apa yang sedang berlaku di kawasan parlimen Balik Pulau sejak DAP menjadi kerajaan Pulau Pinang? Projek perumahan naik gila-gila kata orang kampung. Kenapa Teras biarkan kerajaan DAP bermaharajalela ke atas kampung-kampung tradisional hingga orang-orang Melayu di Binjai, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Pondok Upeh dan Genting Balik Pulau hidup dalam keadaan bimbang dan ketakutan. Azmi Hamid datanglah sendiri di kampung-kampung dan bertanyalah kepada orang-orang Melayu di kawasan Balik Pulau, apakah kejutan yang sedang berlaku sejak DAP memerintah Pulau Pinang? Kalau Teras gagal menjuarai isu ini mempertahankan kepentingan orang Melayu eloklah tinggal sahaja Pakatan Rakyat sebaliknya bersama UMNO yang konsisten dalam perjuangan. Jawapan kepada isu elaun JKKK yang dibantah oleh Teras akan dijawab dalam posting yang akan datang.

Baru kita tahu siapakah Mr. Bean dan Salah Huddin dalam pimpinan PAS!

Dia cakap tak guna otak. Kelulusan dia mungkin tidak setinggi mana. Bloggers gelar dia Mr. Bean sebab pandangan-pandangannya jadi bahan lawak jenaka.  Terlalu dangkal atau bodoh. Tak layaklah dia jadi Naib Presiden PAS. Tapi orang-orang PAS terlalu suka kepada dia sebab dia pandang goreng. Dia mahir goreng rupa-rupanya, dimasukkan sedikit garam untuk sesedap rasa di samping sedikit sos dan sebagainya. Siapa yang makan dia rasa sedap walaupun garam itu hanya sedikit air laut. Itulah rupanya Mr. Bean.
Dalam Harakah 15-18 November 2010, dia buat lawak lagi. Dia kata UMNO-BN mencemburui hubungan intim DAP-PAS. Oleh itu katanya UMNO cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga berpandangan sama seperti Mr. Bean. Salah Huddin mengatakan UMNO-BN cuba lagakan PAS-DAP. Beliau tetap berpegang teguh kepada konsep tahalluf siyasi (belerjsama) atas perkara yang sependapat. Katanya lagi hanya beberapa orang pemimpin DAP tidak bersetuju dengan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Komen:
Mr Bean lawak jadi jawapannya juga mesti lawak. UMNO nak tanya Mr. Bean. Pemimpin utama PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC. Yang lawaknya, kenapa pula PAS tidak jadi kafir bila bekerjasama dengan DAP malahan TG Nik Aziz kata sokong PAS dapat pahala masuk syurga. 
Wahai SalahHuddin yang mengatakan bahawa dua tiga kerat sahaja dalam DAP yang tidak setuju dengan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Yang tak setuju itu hai SalahHuddin bukan ahli biasa, bukan ketua pemuda atau ketua wanita DAP sebaliknya Presidennya, Karpal Singh. Presiden DAP itu mencabar pemimpin PAS atau sesiapa sahaja 'langkah mayatnya dulu jika nak tubuh negara Islam'.  Oleh kerana itulah DAP dikategorikan sebagai kafir harbi yang menentang Islam oleh pemimpin UMNO. Manakala MCA dan MIC tidak pula pernah mencabar Umno seperti itu. Tapi pemimpin DAP pernah dan sudah beberapa kali.
Pemimpin PAS gementar hingga bulu janggut tercabut mendengar ketegasan Karpal Singh. Tapi apa boleh buat ditelan mati bapa nak diluah mati emak, maka PAS terpaksalah menerima DAP sebagai sahabat seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu PAS terpaksalah menggadaikan prinsip-prinsipnya dulu supaya DAP suka kepada PAS. Sudah tak kelihatan lagi stiker-stiker kereta-motor yang tertera ayat "MEMBANGUN BERSAMA ULAMA", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", "KAMI SOKONG HUDUD" dan sebagainya. PAS kaya dengan slogan dan retorik sebaliknya UMNO terbukti telah berjaya mengangkat syiar Islam sehingga di persada antarabangsa. Jika diteliti dasar UMNO secara adilnya, parti UMNO turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. [Baca selanjutnya pandangan ulamak muda]
Pemimpin DAP dibenarkan membaca satu dua ayat suci al-quran oleh pemimpin PAS. Pemimpin DAP itu memperalatkan ayat suci itu untuk tujuan politik. Kalau betul-betul dia percaya dan yakin dengan ayat-ayat suci al-Quran, eloklah dia peluk agama Islam sahaja. Kalimah Allah juga dibolehkan oleh pemimpin utama PAS kecuali Dato' Harun Din dan beberapa ulamak dalam PAS yang membisu. PAS sanggup jual agama kerana DAP sedangkan UMNO tidak berbuat begitu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng pernah menjemput orang-orang Islam menerima bantuan di Tokong Cina. Mungkin pada pandangan PAS bagus supaya umat Islam dapat mengenali tok pekong. Begitu juga pemimpin DAP dengan tidak menutup aurat dibenarkan memberi ucapan di ruang utama solat dengan harapan pemimpin itu mengenali Islam dan kemudian memeluk Islam. Begitu sekali liberalnya PAS hari ini yang kita kenali. Perjuangannya berubah secara drastik, berpusing 360 degree kerana mahu mengambil hati rakan-rakan DAP. Persoalannya apakah DAP mempunyai pendirian yang sama seperti pemimpin PAS telah tunjukkkan? Jika DAP juga sama tapi kenapa seorang wakil rakyat PAS dalam DUN Pulau Pinang tidak pun dilantik sebagai exco. Sedangkan masa BN memerintah, seorang wakil rakyat tunggal MIC telah dilantik sebagai exco oleh kerajaan BN. Kenapa ini tidak berlaku dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang. Tepuk dada tanya minda anda semua. Jangan fikir seperti Mr. Bean dan Salah Huddin.

Tuesday, November 16, 2010

PENIPUAN HARAKAH: AKHIRNYA UMNO MENGAKU.....

Harakah Isnin 15 November 2010 telah menjadikan tajuk "AKHIRNYA UMNO MENGAKU..." sebagai berita utama Harakah. Walaupun tertera ada berita lanjut muka surat N12 tetapi berita lanjut itu sebenarnya tidak wujud. Mengapa Harakah sanggup berbohong kepada ahli-ahli PAS yang membeli akhbar rasmi PAS itu? Pembeli akan tertipu berita lanjut N12 tidak pun wujud. Ini bukan suatu kesilapan tetapi suatu pembohongan Harakah kepada pembeli.
Apakah Harakah mempunyai maksud yang jahat terhadap YB Farid Saad (Foto: Paling kanan) maka berita lanjut itu dengan sengaja tidak dipaparkan? Akhbar Harakah dijual secara bebas termasuk kepada bukan ahli PAS , apakah bertujuan mahu memburukkan nama baik UMNO kepada rakyat. Rakyat berhak mengetahui apakah benar YB Farid Saad, ADUN Pulau Betong itu mengakui bahawa UMNO punca tanah Melayu Pulau Pinang terhakis. Dan apakah ADUN Pulau Betong itu mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin UMNO negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Oleh kerana berita lanjut N12 tidak wujud dalam Harakah itu maka dakwaan mengatakan ADUN BN itu mengakui UMNO puncanya dan sikap pemimpin UMNO tidak amanah masih boleh dipersoalkan kesahihannya.  Mereka yang hadir dan menyaksikan forum 'Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' yang diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 11 November lalu sebenarnya ada jawapannya. Jika apa yang didedahkan oleh Harakah itu suatu yang benar maka YB Farid Saad mungkin mempunyai asas yang kukuh menyebabkan beliau berpendirian demikian. 
Walau bagaimanapun sepertimana juga yang kerap berlaku kepada parti-parti pembangkang, biasanya pandangan itu dianggap sebagai pandangan peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti. Oleh itu dalam kes ini, UMNO akan beranggapan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili UMNO. Jika kenyataan itu tidak benar, suatu fitnah Harakah terhadap YB Farid Saad, eloklah Harakah diseret ke mahkamah dengan segera!

SEMINAR PAS PUSAT: PAS SEDIA DIGANTI UMNO!

Baru-baru ini PAS Pusat mengadakan Seminar "PAS sedia ganti UMNO". TG Haji Hadil dalam ucapan perasmiannya membohongi para peserta seminar pimpinan dan ahli-ahli PAS bahawa UMNO sudah lemah dan gagal mengurus rakyat dan negara. Begitu sekali pembohongan TG Haji Hadi kepada peserta seminar pada hari itu. Kasihan mereka yang datang dari utara, selatan, timur dan barat, jauh beratus-ratus kilometer. Datang mereka dihidang dengan pembohongan demi pembohongan selaras dengan tajuk seminar pada hari itu.
Sepatutnya tajuk seminar itu ditukar kepada "PAS sedia diganti UMNO". PAS telah kalah dan Pakatan Rakyat juga kalah dalam beberapa PRK yang lalu. Sejak PRK Manek Urai, Kelantan, keruntuhan sokongan pengundi-pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat tampak ketara. Kebanyakan ulama luar parti sudah berani menyanggah pandangan pemimpin-pemimpin utama PAS. Ulama-ulama muda semakin ramai menyertai UMNO. Ada di kalangan mereka sudah berani berada atas pentas UMNO untuk berceramah. Bekas-bekas pemimpin utama PAS telah menyertai UMNO. Semakin ramai ahli-ahli PAS menyertai UMNO secara beramai-ramai. Ada bukti bergambar. Tapi yang senyap-senyap menyepi diri daripada PAS tidak terkira banyaknya. Pemimpin UMNO menyertai PAS tidak kedengaran lagi sekian lama. Tapi pimpinan PAS peringkat ranting dan cabang sudah ramai menyertai UMNO secara terbuka dan senyap.
Kekalahan PAS di Galas, Kelantan dan Batang Pinang Negeri Sembilan memberi isyarat jelas bahawa PAS hadapi krisis kepimpinan parti. Kerajaan PAS Kelantan telah gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyatnya di Kelantan. PAS bercakap tak serupa bikin. Perjuangan PAS semakin tersasar. PAS jadi pak turut umpama lembu dicucuk hidup kepada DAP menyebabkan rakyat semakin marah kepada PAS. Apa hasil perjuangan PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Bangsa Melayu yang beragama Islam semakin tertekan. Kepentingan mereka di negeri-negeri itu semakin terhakis sikit demi sikit. PKR pula hadapi masalahnya yang belum nampak ada penghujungnya. Penyokong dan ahli PKR sudah hilang keyakinan kepada parti mereka sendiri. Apakah PAS mampu menyaingi DAP selepas kedudukan PKR dalam keadaan yang sangat lemah? Tentu sama sekali tidak. PAS perlu mentalkinkan PKR. Kemudian DAP, Ustaz Guan Eng, umpama Khalifah Umar Abdul Aziz (Gelaran PAS kepada KM Pulau Pinang) pula akan talqinkan PAS.
Sepatutnya seminar itu hari yang diadakan oleh PAS Pusat di Shah Alam bukanlah "PAS SEDIA GANTI UMNO" sebaliknya "PAS SEDIA DIGANTIKAN UMNO".

Saturday, November 13, 2010

Ucapan TG Haji Hadi amat menggelikan hati ....kah, kah, kah!

Aku geli hati bila membaca laman rasmi TG Haji Hadi Awang. Dalamnya dimuatkan sedikit ucapan perasmian seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di Shah Alam hari ini. Baca sini.
Umno berundur secara terhormat
TGHH meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara kerana parti itu (Umno) katanya sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".
Komen
Begitulah sikap PAS tidak mahu muhasabah diri kenapa ulamak muda menyertai Umno, kenapa ada ulamak menentang PAS, kenapa ada ulamak PAS keluar PAS menyertai Umno, kenapa calon PAS mengalami kemerosotan sokongan pengundi beberapa pilihanraya kecil sejak kebelakangan ini. PRK Manik Urai, Kelantan menang majoriti tipis, kalah di Bagan Pinang, N.9 dan juga PR kalah di Ulu Selangor. Sepatutnya PAS buat post mortem kenapa  PAS tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Galas malahan calon PAS mengalami kekalahan yang agak teruk. Begitu juga PRK Parlimen Sapi, Sabah sepatutnya undi dari pengundi Islam bumiputera dan bukan bumiputera akan lebih banyak kepada calon PKR, Ansari Abdullah. Sebaliknya pengundi Islam memberi undi yang begitu banyak kepada calon BN yang bukan Islam malahan yang tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik.
Buat seminar kononnya PAS itu bertambah kuat, cadang nak ganti Umno. Umno tak kalah pun dalam PRU12 yang lalu. Di Parlimen lihatlah MP dari Umno yang paling ramai. Dalam DUN Pulau Pinang, semua wakil rakyat UMNO yang jadi pembangkang. UMNO masih kuat dan kekuatan Umno semakin bertambah sejak DS Najib menerajui kepimpinan Umno dan BN. Pemimpin PAS sebenarnya mahu sembunyikan kelemahan mereka. Pemimpin PAS bimbang membincangkan kelemahan mereka takut terdedah kepincangan pemimpin Pas sendiri. Rasuah di kalangan pemimpin PAS berlaku secara terbuka sebab diistilahkan 'sedekah'. Duit kutipan ceramah politik lesap tanpa ada penyata kewangan dibentangkan. Ustadz-ustadz tu tak akanlah nak lesap duit ceramah, kononnyalah. Pemimpin PAS juga kaya dan ada yang lebih kaya daripada pemimpin UMNO. Berkereta besar lebih besar dari wakil rakyat Umno. Berumah besar lebih besar daripada Ketua Bahagian Umno. Jadi MB  mahu menongkat langit lebih lama daripada seorang PM dari Umno. Ada pemimpin PAS  sendiri jadi wakil rakyat DUN dan Parlimen, elaun wakil rakyat beribu-ribu.  Ertinya PAS hanya mahu menang pilihanraya semata-mata. Bukan letak wakil rakyat untuk bantu dan bela rakyat. Bila dia jadi ahli parlimen dan dia juga jadi wakil rakyat di Dun yang lain, macam mana dia nak berkhidmat kepada rakyat dengan baik? Cukupkah dengan berceramah setiap malam? Hal rakyat masalah rakyat diserahkan kepada wakil rakyat Umno. Begitulah yang dok ada, kata orang utara. Pemimpin PAS jaga kroni dalam pentadbiran kerajaan negeri sedangkan Umno tak boleh. Tapi Pas boleh buat semua itu 'PAS for all' ikut ajaran TG Nik Ajis.
Di kalangan pemimpin Pas pun ada berlaku perselisihan faham dalam perkara-perkara tertentu. Ada pemimpin PAS sendiri tidak senang dengan sikap TG Nik Ajis. Tapi mereka tak berani nak minta TG Nik Ajis berundur. Takut dicelakokan oleh Nik Ajis. Cuma yang tak setuju itu akan berundur pelan-pelan. Inilah sebenarnya yang berlaku dalam Pas sendiri. Tapi seminar PAS lebih suka jaga tepi kain orang dan suka cari kelemahan orang tapi kelemahan sendiri di sembunyikan. Kesian ahli-ahli PAS yang datang berseminar hari ini di Shah Alam. Dari jauh datang nak dengar seminar. Mendengar pemimpin-pemimpin utama PAS menghamburkan pelbagai fitnah dan memutar kembali cerita-cerita lama yang sudah lapuk. Kasihan dari utara, selatan, timur dan barat beratus batu jauhnya datang mendengar seminar 'PAS nak ganti Umno'. Rupa-rupanya mahu juga pemimpin PAS mencontohi perjuangan Umno kerana perjuangan PAS selama ini terpesonga jauh dari matlamat asalnya. Begitulah kira-kiranya......

Kerajaan Pulau Pinang rampas dewan kegunaan orang ramai pulak!

Kira-kira 150 penduduk serta pemimpin masyarakat sekitar Telok Air Tawar di sini mengadakan perhimpunan secara aman membantah kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas sembilan buah dewan kegunaan orang ramai di kawasan tersebut.
Mereka yang terdiri daripada penduduk beberapa taman perumahan sekitar sini mengecam tindakan kerajaan negeri yang menghantar notis mengarahkan supaya semua bangunan dewan di kawasan tersebut dikosongkan dalam masa terdekat.
Bangunan terbabit ialah Dewan Panorama, Dewan Orang Ramai Taman Tun Dr. Awang, Taman Sri Pantai, Taman Melati, Taman Robina, Taman Senangan, Kampung Contoh, Dewan Belia Bagan Lebai Tahir dan Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Telok Air Tawar.
Menurut mereka, kerajaan negeri tidak mempunyai hak mutlak ke atas dewan berkenaan kerana semuanya dibina menggunakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Pusat.
Komen:
Begitulah sikap kerajaan negeri DAP yang disokong kuat oleh PAS dan PKR. Kerajaan negeri bermaharajalela tanpa mendapat tentangan dari rakan-rakan sekutu mereka. Pemimpin PAS dan PKR hanya pak turut umpama lembu-lembu yang dicucuk hidung. Lihatlah dewan-dewan yang telah diambil alih, apa dah terjadi? Begitu tamak, sengaja mahu merosakkan keharmonian hidup masyarakat yang sudah lama terbina. Mereka mahu memecah belahkan kesatuan penduduk taman perumahan dan penduduk kampung. Oleh kerana dewan jadi puncanya, akhirnya penduduk-penduduk akan bergaduh sesama sendiri. Inilah sebenarnya strategi politik jahat Pakatan Rakyat selama ini.  Terlalu banyak politiking maka rakyat yang jadi mangsa.
Sudahlah kampung tradisional telah dirampas. Pampasan yang dijanji oleh kerajaan negeri tidak setimpal kerana sikap lepas tangan pimpinan Pakatan Rakyat. Tapi rakyat sudah sedar. Rakyat tahu pimpinan kerajaan negeri, cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap. Banyak cakap, banyak pembohong, penipu dan juara putar belit. Tidak pernah mengakui kesilapan diri. Yang banyak dipersalahkan adalah UMNO. Mereka tahu bahawa UMNO yang kuat memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu dan kampung-kampung tradisional. DAP mahu jatuhkan UMNO kerana UMNO tunjang kpd BN. Jatuh UMNO maka jatuhlah BN. DAP boleh berkuasa di Putrajaya. MP DAP sebenarnya lebih banyak dari MP PAS dan PKR di Parlimen sekarang. PAS pun cuba nak jatuh UMNO, perburukkan pemimpin UMNO dan sanggup keluarkan fatwa dan juga fitnah demi untuk kuasa politik. Soal agama Islam dan ajaran Islam diketepikan dulu. Maha penting bagi PAS dapat kuasa dulu apa cara sekalipun jika perlu fitnah sekalipun. PKR jangan cakaplah, tunggu masa akan ditalqinkan oleh DAP jika PAS tak sanggup talqinkan. Orang Melayu, orang Cina dan India perlu bangun menentang usaha kerajaan negeri DAP yang boleh menggugat keharmonian hidup pelbagai kaum selama ini. Kerana DAPlah orang Cina Pulau Pinang mulai membenci Melayu. Kerana PASlah orang Melayu berpecah sesama sendiri. Itulah hasil pemerintahan mereka selama ini. Fikirlah demi masa depan generasi kita yang lebih bersatu padu, aman dan damai.

Friday, November 12, 2010

Nak tengok DAP maha berkuasa, saksikanlah sidang DUN Pulau Pinang!

Aku dengar sendiri cerita seorang wakil rakyat BN pasal sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini, aku dah naik geram. Nasib baik aku tak jadi wakil rakyat. Kalau tidak, mahu aku jerkah si kurang ajar DAP dari Seri Delima itu. Aku saksi melalui TV pun aku dah geram tengok perangai buruk wakil rakyat DAP itu. Macamlah negeri ini bapa dia yang punya. Berlagak samseng dan kurang ajar tak kena tempat. Cuba buat samseng awak tu di kampung nak tengok, baru tahu apa yang nak jadi. Baru jadi pemerintah di Pulau Pinang dah tunjuk kuasa yang gila-gila.
Memang pun DAP berkuasa dalam dewan dan juga negeri Pulau Pinang ini. Mereka boleh halau wakil rakyat BN keluar dewan. Sebut 'kerajaan DAP' tak boleh, speaker halau keluar. Tapi kata 'UMNO monyet', tidak pula Speaker ambil tindakan. Tiada keputusan dibuat untuk tarik balik perkataan itu. Begitulah speaker yang dicucuk hidung seperti lembu di tambatan. Nampak jelas ketidakadilan speaker itu. Speaker pun takut kepada Guan Eng dan lebih takut kepada Guan Eng daripada Allah SWT. Yang tak reti bahasa pun ada. Kata 'dua tiga kerat' pun dihalau keluar dewan. Beginilah kuasa yang mereka guna. Mereka tunjuk kepada rakyat macam mana mereka berkuasa di Pulau Pinang ini. Nak tengok macam mana mereka guna kuasa tengoklah macam mana berlakunya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Monday, November 8, 2010

Penyakit PAS bertambah serius bila bersekedudukan dengan kawan-kawan berpenyakit!

Keputusan PRK DUN Manek Urai sudah  memberi isyarat jelas bahawa sokongan PAS semakin merosot. Jika ada peningkatan pun dalam jumlah undi yang diperolehi tetapi peningkatan sokongan yang diperolehi oleh calon UMNO/BN lebih baik. Ini bermakna pengaruh PAS semakin merosot manakala pengaruh UMNO/BN di kalangan rakyat khususnya pengundi semakin bertambah baik.
Kemenangan calon UMNO/BN dalam PRK DUN Galas sudah diduga tidak ada yang luar biasa. Calon PAS yang merupakan seorang calon yang berkelulusan tinggi tapi tersungkur kepada calon UMNO yang berkelulusan cuma SPM sahaja. Bukan kerana faktor calon tetapi faktor pemimpin dan parti yang sangat kuat menentukan kemenangan seseorang calon itu.
Perjuangan PAS hari ini tidak seperti dulu semasa Datuk Mohd Asri Muda, Tuan Haji Yusof Rawa  dan  Dato’ Fadzil Mohd Noor menjadi presiden PAS. Di kalangan pimpinan tertinggi PAS sendiri kelihatan kurang senang dengan sikap dan pendirian Tuan Guru Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS lain yang sehaluan dengan Tok Guru. Dalam hal-hal tertentu, peranan Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS tidak begitu berkesan sekali. Murshudul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz lebih berani mengeluarkan pandangan melebihi daripada seorang Presiden parti. Berlakulah persoalan siapa yang perlu jawab dan siapa yang perlu dirujuk. Ibarat kata sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda. Mungkin sikap Tok Guru Nik Aziz yang tidak mudah ditegur menyebabkan Presiden PAS lebih suka berdiam diri. 
Kebanyakan pengundi terutama orang-orang Melayu sudah dapat melihat dengan jelas perbezaan perjuangan PAS dulu dengan perjuangan PAS era Haji Hadi Awang. Dulu PAS sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana tidak sehaluan dalam ideologi politik. Berlaku solat dua imam di masjid dan boikot memboikot sesama satu bangsa dan segama di kampung-kampung dan juga taman-taman perumahan. Begitu sedih dan kecewanya kita pada masa itu bila melihat orang-orang Melayu berpecah dan tidak bersatu. Binatang sembelihan ustadz UMNO diharamkan makan. Kenduri orang UMNO wajar diboikot kerana asuhan dan fatwa pemimpin PAS ketika itu. Adik beradik berkelahi dan bermusuhan, suami dan isteri bercerai berai kerana ajaran pemimpin PAS yang mentaksubkan ahli-ahlinya.
Tapi PAS hari ini sudah jauh berubah. Bukan berubah untuk merapatkan hubungan dengan orang UMNO. Sebaliknya PAS tetap menolak UMNO kerana masih mengatakan perjuangan UMNO untuk kebangsaan bukan untuk Islam. Oleh itu pemimpin PAS menolak UMNO biarpun dalam UMNO juga ada ulamaknya, ada ustadznya, ada imamnya sepertimana pemimpin-pemimpin PAS yang masih kuat berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah. Masih ada lagi pemimpin-pemimpin PAS mendakwa sokong UMNO berdosa, masuk neraka dan sebagainya. Tapi rakyat jelata, dari utara Perlis hingga ke Sabah dapat melihat dengan mata kepala sendiri betapa Islam dapat berkembang dengan suburnya di Malaysia hasil pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Dari hal sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya sudah dan sedang dilakukan oleh UMNO selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Elaun imam dan guru Kafa dinaikkan. Sekolah agama rakyat dibantu sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Mahkamah Syariah dibina dan diperluaskan fungsinya. Sistem perbankan Islam, takaful  dan ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) telah lama diperkenalkan hingga negara Malaysia telah menjadi rujukan negara-negara Islam lain di dunia. Ini semua hasil perjuangan Islam ala UMNO bermula dari zaman Tun Mahathir lagi yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Masa itu ada pemimpin-pemimpin PAS mentertawa-tawakan "Penerapan Nilai Islam" oleh Dr. Mahathir sebagai  suatu usaha yang tidak bersungguh-sungguh bagaikan melepas batuk ditangga dalam melaksanakan syiar Islam dalam pentadbirannya.
PAS hari ini sudah menganggap DAP lebih Islam daripada UMNO. Pemimpin DAP bukan Islam dibenarkan menggunakan ayat suci al-quran dalam ceramah-ceramah politik mereka. Baru-baru ini Lim Kit Siang dalam ceramahnya di DUN Galas telah begitu berani mengkafirkan orang UMNO di atas pentas politik PAS. Penyokong-penyokong PAS yang hadir ceramah itu gelak ketawa sambil bertakbir "Allahu Akbar" sebaik mendengar ungkapan bahlul Lim Kit Siang itu. Inilah hasil dari ajaran PAS yang semakin hari semakin berani kaum lain menghina bangsa Melayu yang beragama Islam. Pemimpin PAS memberi ruang seluas-luasnya demi untuk kuasa politik. Ini terbukti bila seorang pemimpin tertinggi PAS sendiri telah memberi kebenaran penceramah bukan Islam menggunakan ayat suci al-quran dalam ceramah politik mereka. Mustahil pemimpin PAS sendiri tak kenal siapakah sebenarnya DAP? Tapi kerana kuasa mereka (pemimpin PAS) sanggup memeluk pemimpin DAP. Tolak pelawaan kawan sebangsa dan seagama sebaliknya menerima DAP sebagai sahabat dalam perjuangan. Perjuangan untuk apa lagi, jika Karpal Singh sendiri tetap tegas mengatakan "langkah mayat aku dulu sebelum tubuh negara Islam". Itulah PAS hari ini yang mulai pudar dan lesu dalam perjuangannya. Sebahagian besar ulamak sudah tidak selesa dengan PAS melainkan ulamak politik yang mempunyai peranan lebih besar untuk menggunakan agama seluas-luasnya untuk kepentingan parti.
Semakin lama PAS semakin lesu. Cuma pemimpin PAS tidak tunjuk kelesuan itu bimbang penyokong-penyokong akan beralih selera. PKR ada masalahnya sendiri. Kebanyakan pemimpin lama dan pengasas parti itu telah meninggalkan perjuangan parti itu. PKR sedang menuju kehancuran tidak lama lagi. PKR kalah teruk di Sapi, Sabah. Sepatutnya calon Islam (Ansari Abdullah) boleh menang besar atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti calon BN kerana majoriti pengundi di situ adalah beragama Islam. Kenapa pula calon BN yang bukan Islam dan tidak fasih berbahasa Melayu boleh menang besar? Ertinya PKR adalah parti yang sakit yang tidak boleh diubat lagi. Penyakit PKR ini sudah pasti berjangkit kepada parti PAS kerana PAS adalah sebuah parti yang bersekedudukan dengan PKR siang dan malam.
PAS sebuah parti yang cukup hebat dan amat jelas perjuangannya sebelum ini. Oleh kerana rakan-rakannya PKR dan DAP hadapi banyak masalah ditambah lagi dengan sikap pemimpin PAS tertentu yang bermasalah maka PAS akan jadi sebuah parti yang bermasalah dalam PRU yang akan datang. Jika ditakdir ada lagi PRK, percayalah calon PR akan terus jatuh tersungkur!

Saturday, November 6, 2010

PRK Galas: SU Politik MB Kelantan tipu pemimpin dan penyokong PAS!

Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik MB Kelantan begitu yakin melalui beberapa analisis yang diperolehinya. Beliau merumuskan BN akan kalah kerana pihak BN begitu terdesak dengan senario dalaman Umno sendiri. Apakah senario dalaman UMNO yang dimaksudkan itu cuma Wan Nik sahaja yang tahu kerana dia merupakan tok nujum kepada Tok Guru Nik Ajis, MB Kelantan.  PAS pula katanya sedia menjayakan tindakan kempen yang bersifat pendekatan psikologi seperti menguar-uarkan isu bayaran pengurusan pengundi luar semata-mata untuk mendapat liputan media dan kesedaran pengundi balik mengundi. Akhirnya strategi PAS ini tidak mengena ibaratkan "senjata makan tuan". Pengundi-pengundi luar Kelantan balik tidak mengundi calon PAS. Walaupun pengundi 'disedekahkan' oleh Nik Ajis dengan wang RM250 atau RM200 seorang tapi pengundi luar tidak mudah dibeli. Mereka juga berhak untuk menentukan calon yang mereka sukai. Ingat pesanan Tok Guru Nik Ajis "bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi lembu erek, bagi gula kuca" telah jadi senjata makan tuan.
Oleh kerana Wan Nik Wan Yusof membuat telahan nujumnya terlalu awal melalui Harakahdaily, ramailah pemimpin-pemimpin  dan penyokong PAS terlalu yakin bahawa calon PAS akan menang dengan mudah dalam PRK DUN Galas pada kali ini. Kenapa tidak, analisis Wong Shu Qi (MerdekaReview, 29 Okt 10) berpendapat PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil Galas atas persepsi kaum Cina (kira-kira 20%) menjadi penentu kemenangan calon PAS.
Berdasarkan kajian Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS), didapati popular calon PAS mengatasi calon BN dari segi penilaian terhadap calon. Seramai 50.9% menyokong Dr. Zul sebagai wakil rakyat untuk membuka klinik bergerak bila menang. Sementara 27% sahaja yang bersetuju dengan pengalaman Abdul Aziz sebagai kakitangan KESEDAR berupaya menjalankan tugas wakil rakyat Galas. Justeru, calon PAS mempunyai kelebihan berbanding calon BN menyebabkan PAS boleh dikatakan mampu bertahan kemerosotan undi kalangan orang Melayu.
Manakala sebuah NGO pencinta demokrasi turut melakukan kajian menerusi pendekatan sistem pesanan ringkas (SMS). Bacaan daripada 168 SMS diterima balas pecahannya 9.52 yang menunjukkan sikap tidak bersetuju kepada calon PAS, 23.81% menunjukkan sikap tidak berpihak kepada mana-mana calon dan 66.78% bersetuju dengan calon PAS.
Berdasarkan analisis beberapa kajian itu, menjadi modal kepada Wan Nik untuk merumuskan bahawa calon PAS akan memenangi PRK DUN Galas di mana pihak BN pula dilihat begitu sukar untuk mengalahkan calon PAS. Dengan keyakinan yang tinggi kepada analisis dan pandangan Wan Nik ini akhirnya calon PAS tersungkur. Pemimpin dan penyokong PAS yang membaca ulasan Wan Nik melalui Harakahdaily telah tertipu. Ramalan Tok Nujum langsung tidak mengena malahan jauh tersasar. Eloklah Wan Nik meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada MB Kelantan kerana ulasannya menyebabkan seluruh pimpinan PAS dan penyokong-penyokong PAS tertipu. Jika Wan Nik berhasrat untuk meneruskan kerja-kerja amal ini sebagai Tok Nujum eloklah, Wan Nik cuba membuat ramalan hasil keputusan PRU yang akan datang. Apakah calon DAP lebih ramai memenangi kerusi Parlimen daripada calon PAS dan PKR? Apakah PAS belum pasti akan menang semua kerusi yang ditandingi oleh calon BN daripada UMNO? Apakah calon-calon PKR bukan Melayu boleh mengatasi calon-calon BN daripada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain? Jika semua itu betul, maka PAS hanya sebuah parti yang membawa kepada kemusnahan kekuatan Melayu dan sekaligus menghancurkan syiar Islamiah yang berkembang kukuh semasa UMNO/BN yang memerintah negara ini sejak mencapai kemerdekaan.

Wan Azizah sudah nyanyuk. Pakatan Rakyat tetap mencatat keputusan yang memuaskan?

Pakatan Rakyat akan melunaskan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kekalahan kepada BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana, Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.
Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.
Sekalung tahniah buat para petugas Keadilan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya. “Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Rupa-rupanya komen Presiden PAS dan Presiden PKR lebih kurang sama sahaja. Itulah politik namanya. Walaupun kalah jangan mengaku kalah. Tunjukkan yang Pakatan Rakyat semakin kuat. Undi untuk PR semakin bertambah berbanding dengan BN. Tapi macam mana pula BN boleh menang? Itu kerja SPR menjadi barua kepada BN. Masa PR menang dalam PRK dulu dan menang besar dalam PRU hingga menguasai beberapa negeri macam mana? Masa itu BN tidak guna jentera kerajaan, masa itu BN tak sogok wang? Begitulah antara dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang bila dah kalah.
Mengakuilah dengan jujur. Pengundi hari ini sudah matang dan sudah dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Bila Pakatan Rakyat memerintah negeri maka terserlah kelemahan dan kekurangan. Macam-macam telah berlaku. PAS lagu PAS, PKR lagu PKR dan DAP macam DAPlah! Kini kebanyakan rakyat sudah tahu selama ini mereka bercakap tak serupa bikin atau mereka bikin tak serupa mereka cakap!

Harakahdaily: PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

Dalam Harakahdaily hari ini telah memaparkan komen Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengatakan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan. Kata Tuan Guru Hadi PAS kalah kerana lawan kita (BN) menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.
Begitulah komen yang tidak jujur dari pemimpin pembangkang. Komen yang tidak begitu profesional. Kalau begini sikap pemimpin PAS, BN akan terus menang dan menang dalam PRK dan juga PRU yang akan datang. Di Kelantan, bukan BN yang memerintah. Apakah BN pula yang menggunakan jentera kerajaan? Apakah ini bermakna PAS tidak pernah menggunakan jentera kerajaan? Ada pengundi yang mengatakan PAS dan BN sama saja. Kebanyakan pengundi yang ditemui mengatakan  PAS lagi teruk budi perangai semasa kempen pilihanraya seperti orang tidak siuman. Menjijik dan menghina pihak lawan dengan perbuatan dan tingkahlaku yang tidak senonoh. Muslimat tua sudah bagaikan dah hilang akal kerana taksub kepada parti syurga milik Tok Guru Nik Ajis. Inilah wajah umat Islam yang dilahirkan oleh parti PAS untuk ditonton dan menjadi ikutan umat Islam di Malaysia ini.
Memang patut pun Ustadz Md. Nor Deris (bekas pemimpin PAS) hentam Nik Ajis dalam satu perjumpaan di Galas baru-baru ini. Ketua Pemuda PAS telah membuat laporan polis kerana Ustadz Md. Nor Deris itu tidak menghormati TG Nik Ajis sebagai MB. Sebenarnya ramai lagi pemimpin PAS sendiri yang bergelar ulamak tidak berpuas hati dengan Nik Ajis tapi mereka tidak mahu menunjukkan tentangan kerana politik. Tapi sudah tentulah sebahagian besar pemimpin Islam dan ulamak-ulamak yang berada di luar PAS kecewa dengan politik ala PAS yang merugikan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Akhirnya sokongan orang Melayu terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin berkurangan dan sebaliknya UMNO dan BN mendapat sokongan yang semakin bertambah dalam setiap PRK selepas ini dan untuk PRU yang akan datang. Insyaallah, sudah dapat diduga.

Friday, November 5, 2010

Doa Tok Guru tidak dimaqbulkan oleh Allah, kenapa?

Syukur alhamdulillah, semakin lama semakin sedar. Trend pengundi dalam PRK yang lalu dan yang terkini di DUN Galas dan parlimen Sapi, Sabah semakin memihak kepada calon BN. Semalam di DUN Galas menunjukkan Allah SWT masih sayangkan calon UMNO. Juga orang Melayu beragama Islam. Doa Tok Guru Nik Aziz tidak dimaqbulkan oleh Allah, doa pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Begitulah kehendak dan ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang biarpun ribuan penyokong PAS sembahyang hajat memohon kepada Allah agar calon PAS diberi kemenangan. Allah SWT lebih mengetahui pihak mana yang benar, jujur dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Allah SWT maha adil kepada semua.

Terimalah keputusan itu dengan tenang sepertimana PAS dan PKR serta DAP menang besar dalam PRU dan PRK yang lalu. Apakah masih ada pengundi hantu dan apakah SPR masih tidak telus hingga menyebabkan kedua-dua PRK pembangkang kalah. Kita lihat pemimpin BN lebih rasional dan gentleman dalam hal ini. Pemimpin BN boleh menerima keputusan dengan tenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jika calon BN kalah. Itulah sebenarnya antara kejayaan calon BN hari ini. Kejayaan BN kerana pemimpin BN lebih rasional dan bersifat profesional dalam membuat sebarang keputusan dan rumusan. Tidak seperti pemimpin PAS dan pembangkang yang lain termasuklah PKR dan DAP. Akan ada saja komen nanti, mereka cenderung menyalahkan SPR,  pihak polis, pengundi hantu dan sebagainya. Dengan itu calon mereka kalah. 
Sebenarnya hari ini pengundi-pengundi sudah dapat memikir dan bijak membuat keputusan. Mereka tak boleh ditipu dan difitnah lagi. Fitnah dan usaha-usaha membohongi rakyat oleh pembangkang seperti dulu tidak berhasil. Senjata makan tuan. Kerana pengundi-pengundi sudah pun boleh memerhati dan menilai sendiri kebolehan dan kejujuran kerajaan PR semasa memerintah beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Oleh itu benarlah kata orang, satu jari tunjuk ke arah orang lain, empat jari yang akan tunjuk kepada diri sendiri. Sudah pasti kemenangan calon BN akan memberi suatu petanda yang baik kepada rakyat Kelantan dan Sabah serta Malaysia amnya. Maksudnya rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN melalui gagasan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Tahniah kepada semua pihak yang bekerja kuat untuk memenangi calon BN dan insyaallah jika momentum ini dapat dikekalkan, BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam PRU yang akan datang.

Thursday, November 4, 2010

Guan Eng dan pemimpin Melayu PKR dan PAS perbodohkan orang Melayu Pulau Pinang!

Begitulah perangai buruk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disayangi oleh PAS dan PKR. Guan Eng menyifatkan segala kekecohan yang berlaku di hadapan Dewan Undangan Negeri adalah hasil daripada permainan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Begitulah sikap jahat ala zionis yang mahu menjatuhkan UMNO. Puak-puak ini tahu dengan tumbangnya UMNO maka tumbanglah kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.
UMNO juga yang jadi sasaran. UMNO juga yang dipersalahkan. Isu tanah di Balik Pulau wujud bila kerajaan negeri membuat pengambilan tanah untuk pembinaan 'hab pendidikan'. Jika kerajaan negeri tidak buat (pengambilan tanah), isu ini tidak wujud. Apakah UMNO yang jadi puncanya? Janganlah Guan Eng cuba hendak menipu dan membohongi rakyat. Walaupun kerajaan negeri Koh Tsu Koon (kerajaan BN) dulu pernah membuat pengambilan tanah untuk tujuan pendidikan dan sebagainya tetapi tidak berlaku pun bantahan seburuk zaman pemerintahan autokratik DAP. Pemimpin BN yang memerintah dulu  turun berbincang dengan rakyat dan mendengar pandangan dan kehendak rakyat tempatan terlebih dulu.
Pemerintahan autokratik DAP amat kejam terhadap rakyat. Merampas harta rakyat kononnya untuk kepentingan awam. Bila dah meletup, rakyat bangun membantah di hadapan Dewan Undangan Negeri UMNO pula dipersalahkan. Inilah stail kepimpinan Guan Eng menyelesaikan masalah rakyat. Tidak pernah mengakui kesilapan diri sendiri. UMNO juga yang jadi mangsa. UMNO didakwa menjadikan perkara itu sebagai isu perkauman. Jika UMNO yang tidak kehadapan dalam isu ini, parti mana lagi yang sanggup membela nasib rakyat di Balik Pulau. Nak harap PKR, dah tahu pun Parti Kencing Rakyat manakala PAS hanya pak turut umpama lembu dicucuk hidung.
Rakyat hari ini boleh saksikan sendiri dengan mata kepala mereka sendiri. Betapa hebatnya pembangunan projek-projek perumahan kos sederhana dan tinggi di kawasan Balik Pulau sejak kerajaan DAP-PKR-PAS memerintah. Mampukah orang-orang Melayu membelinya? Wahai pemimpin Islam PAS dan pemimpin Melayu PKR di Balik Pulau! Kenapakah kamu diam? Dimanakah suara-suara lantang kamu semasa kempen pilihanraya dulu yang mahu membela nasib rakyat?  Inilah masanya kamu buktikan bahawa kami pemimpin PAS dan PKR juga akan menjaga kepentingan orang-orang Melayu di Balik Pulau. Sebenarnya kami tak mampu, sebenarnya kami tak berani dengan Guan Eng diktator. Kami mahu jaga  periuk nasi kami, kami juga mahu jaga gaji dan elaun beribu-ribu kami sebulan. Kami juga mahu jaga kepentingan politik dan orang-orang kami. Kami pemimpin PAS tak jaga orang Melayu. Kami hanya jaga orang-orang Islam. UMNOlah yang kena jaga orang Melayu. Jika orang Melayu hidup melarat dan diusir dari kampung-kampung tradisional Balik Pulau, itu bukan salah kami pemimpin PAS, sebab kami tak jaga orang Melayu. Kami hanya jaga kepentingan orang-orang Islam sahaja. Kami jaga orang Islam tak kira dia itu bangsa apa pun. UMNO tak boleh persalahkan juga kami pemimpin-pemimpin PKR. Rakyat Melayu di Balik Pulau tidak boleh mendakwa kami tidak jaga orang-orang Melayu. Kami kena jaga semua. Semua kami kena jaga. Semuanya sama saja. Tak kira sapa. Baikpun Melayu, Cina mahupun India semuanya sama saja. Tak apalah jika orang-orang Cina dan India ramai di Balik Pulau sebab mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.  Kami pemimpin Melayu PKR sangat gembira jika berjaya menjadikan sebahagian kampung-kampung tradisional Melayu ini sebagai kampung tradisonal Cina dan India ataupun dijaidkan pekan dan bandar yang dikuasai oleh kaum Cina dan India.
Pemimpin UMNO dianggap racist. Nak jaga kepentingan Melayu dan bumiputera. Nak jaga raja-raja Melayu. Nak pertahankan Dasar Ekonomi Baru. Salahkah UMNO untuk menjaga hak keisitimewaan orang Melayu/bumiputera yang memang termaktub dalam perlembagaan persekutuan? UMNO tidak merampas hak bangsa lain kerana mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu salahkah UMNO yang sudah lama mempertahankan kawasan Balik Pulau sebagai satu-satunya kawasan majoriti orang Melayu di bahagian Pulau, Pulau Pinang? Sebenarnya pemimpin UMNO Balik Pulau dan hampir 100% orang Melayu di Balik Pulau mahu kawasan Balik Pulau dikekalkan sebagai kampung tradisional Melayu.  Yang mahu kawasan Balik Pulau bertukar wajah menjadi seperti Paya Terubong ataupun Bayan Baru hanyalah pemimpin PKR dan PAS yang berpegang kepada prinsip "PAS Untuk Semua" dan "Semua Rakyat Sama Sahaja". Baca lagi di sini.

Wednesday, November 3, 2010

Gambar Bantahan Rakyat Pulau Pinang di depan Dewan Undangan Negeri!!!!

Foto: Penduduk Melayu dan Cina Balik Pulau membantah
Foto: Kelihatan Sdr Azian Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau turut serta dalam bantahan itu



Foto: Orang ramai mulai membanjiri kawasan depan Dewan Undangan Negeri



Wang judi untuk warga emas gagal dipulangkan kepada Guan Eng





Monday, November 1, 2010

Pemimpin UMNO Bahagian perlu utamakan parti dari kepentingan peribadi

Di sana sini pemimpin UMNO dan bukan UMNO mulai bercakap pasal calon parlimen dan calon DUN di kawasan parlimen Balik Pulau. Agensi-agensi kerajaan tertentu mulai membuat pengiraan calon yang boleh menang untuk PRU yang akan datang. Tapi apakah pengiraan itu tepat dan mengambil kira aspek kepentingan parti? Apakah pengiraan itu mengambil kira pendapat-pendapat kebanyakan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan ahli-ahli UMNO akar umbi? Apakah pengiraan itu telah mengambil kira tentang masa depan parti UMNO itu sendiri selepas PRU akan datang? Apakah pengiraan itu mengambil kira kekuatan dan kelemahan parti pembangkang? Oleh itu penentuan calon baik sebagai ahli parlimen dan mahu pun DUN perlu diteliti dan dikaji secara halusi dan penuh tanggungjawab. Bukan kerana pemimpin itu terlalu 'bermurah hati' maka dia dianggap layak sebagai calon. Bukan kerana pemimpin itu terlalu menonjol diri maka dia lebih layak dicalonkan sebagai wakil rakyat. Bukan kerana dia begitu lama dan banyak pengalaman maka perlu diberi peluang untuk selamanya. Bukan kerana dia di kalangan pemimpin muda yang kuat bekerja maka dia perlu 'dinaikkan pangkat' dari ahli DUN kepada ahli parlimen. Semua persoalan itu belum cukup melayakkan seseorang wakil rakyat atau pemimpin UMNO itu menjadi calon yang akan datang.
Pemilihan wakil rakyat atau pemimpin lain sebagai calon perlu dilakukan dengan penuh disiplin, tanggungjawab dan jujur. Kegagalan meletakkan calon pilihan dalam PRU yang akan datang akan memberi impak buruk kepada kedudukan BN dalam parlimen dan juga DUN. Pemilihan calon-calon BN akan datang suatu yang sangat-sangat penting. Selain boleh menang calon itu mesti boleh menguatkan parti UMNO pada masa akan datang. Di senangi oleh semua peringkat kepimpinan sama ada dalam UMNO dan di luar UMNO, dalam BN mahupun pembangkang. Tapi apakah pemilihan calon-calon BN yang akan datang mengambil kira aspek-aspek itu? Kesilapan pemilihan calon akan datang boleh berulang kali ini jika pemilihan calon cuma bergantung kepada satu dua sumber. Kekalahan calon BN dalam PRU akan datang boleh berlaku jika maklumat yang diperoleh dari sumber yang tidak telus dan tepat. Oleh itu demi kepentingan BN di samping kekuatan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu, pemilihan calon UMNO/BN dalam PRU yang akan datang mesti dilakukan secara lebih bertanggungjawab dan telus. Kita tidak mahu sepertimana kata pepatah Melayu "menang sorak kampung tergadai". Kata lain, kita tidak mahu calon BN menang tapi UMNO semakin berpecah dan semakin lemah. Sayangilah parti UMNO kerana partilah, BN masih tegak berkuasa, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.