"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, November 18, 2010

Jika berita ini benar, PAS dalam kerajaan DAP PP kena jawab kepada Allah!

Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri PP yang banyak berbohong. Bercakap berputar belit macam pintal tali. Duit sumbangan kepada warga emas diberi duit judi. Subsidi air sudah ditarik balik. Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan kebajikan rakyat, Rumah rakyat diroboh. Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan. Projek-projek perumahan naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Inilah masanya kerajaan Guan Eng nak lenyapkan kampung-kampung tradisional India dan Melayu di Pulau Pinang ini dengan alasan pembangunan. Jika tak percaya, datanglah ke kawasan-kawasan Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Balik Pulau. Bukit-bukit habis ditarah. Tanah-tanah yang ada milik pemaju biarpun sekangkang kera sudah mulai naik rumah harga ratusan ribu ringgit. Tiada lagi rumah-rumah kos rendah. Guan Eng tak mahu bina lagi flat kos rendah di Pulau ini katanya suatu masa dulu. Orang Melayu, orang India dan orang Cina yang miskin tak mampu beli boleh pindah ke tanah besar. Akhirnya siapa yang mampu beli rumah harganya ratusan ribu ringgit itu bolehlah bermastautin di kampung-kampung Melayu di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan juga di Balik Pulau.
Begitulah kerajaan Guan Eng dengan sokongan padu PAS dan PKR membantu rakyat Pulau Pinang. Bantu dalam erti kata yang cukup bijaksana dan pintar. Orang Melayu di Pulau Pinang meleleh air liur bila mendengar Guan Eng berkhutbah di atas pentas politik. Orang Melayu yang cerdik sikit rasa pening-pening lalat umpama cicak makan kapur. Orang Melayu sebenarnya semakin terhimpit di bahagian Pulau, Pulau Pinang. Bila ditanya kenapa Melayu Pulau Pinang semakin terhimpit maka UMNO yang dipersalahkan. Aku nak habaq mai kat hampa tau. Masa BN memerintah, UMNO Bahagian Balik Pulau telah diberi mandat menentukan bentuk dan jenis pembangunan yang sesuai di kawsaan parlimen Balik Pulau melalui Local Plan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri. Hampir semua kampung-kampung tradisional dari kawasan Ptg. Damar Laut, Binjai, Kg. Seronok, Sg. Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh, Kongsi hinggalah Teluk Bahang melebihi 25 buah kampung Melayu dan Cina digazetkan sebagai kampung tradisional. Itu kehendak UMNO Bahagian yang perlu dipertahankan. Tapi hari ini berubah secara drastik. Amat sedih kita kerana orang-orang Melayu akan semakin hilang kampung-kampung mereka.
Setelah DAP ambil alih kerajaan Pulau Pinang dengan sokongan padu PAS dan PKR, semua persetujuan itu (Local Plan) tidak bermakna lagi. Guan Eng tak akan mahu dengar perancangan UMNO di Balik Pulau. Dia tahu UMNO tidak akan membenarkan sewenang-wenangnya projek-projek mewah perumahan di bina dalam kawasan parlimen Balik Pulau. Lihatlah masa pemerintahan BN dulu, projek-projek perumahan wujud secara sangat perlahan. Suatu ketika tiada langsung projek-projek baru yang wujud. Tapi sekarang, huh! di mana-mana sahaja akan ada projek. Bukit di tarah, rumah kedai diroboh dan kampung di ambilalih oleh pemaju-pemaju yang kemungkinan besar milik pemimpin DAP sendiri. Itu sebabnya dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini ada wakil rakyat BN bangkitkan isu pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PP ditaja oleh sebuah syarikat ke luar negara. Tapi tak ada bukti, tak apalah. Masakan pokok bergoyang jika tak ada anginnya kata pepatah Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu dua tiga kerat dalam Pakatan Rakyat buat apa? Tak tengokkah apa yang sedang berlaku di kampung-kampung Melayu? Jalan raya semakin sesak tapi projek perumahan diluluskan tanpa kawalan langsung daripada kerajaan DAP. Kenapa Exco Melayu dan speaker Melayu membisu? Jawablah bahawa saudara-saudara semua takut kepada Guan Eng. Lebih takut kepada Guan Eng daripada takut kepada janji saudara kepada Allah SWT.
Hari ini ada berita terkini, bukan dari Malaysiakini. Dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Ini bermakna kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR akan memperolehi kutipan lesen-lesen ini RM1juta. Mana ia, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar' wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memperjuangkan Islam. Jika berita terbaru ini benar, sekali lagi PAS kena tolong jawab bagi pihak Guan Eng dan rakan-rakan DAP maklumlah mereka ini baru belajar membaca dan memahami kandungan al-Quran. 

5 comments:

  1. rakyat kena bangkit, melayu kena bersatu padu menetang DAP, saya percaya DAP tak lagi gentar pada MELAYU

    ReplyDelete
  2. Huh! DAP jahanam...PAS bersekongkol merosak umat Melayu. Rosak Melayu tak apa jangan rosakkan Islam ikut pandangan Tok Guru kita. Bangkitlah Man Salleh jangan sedap lena jadi wakil rakyat. Apa yang kou buat haah?

    ReplyDelete
  3. Balun MP PKR Balik Pulau si Yusman jambu tu, kerana dia ramai orang Melayu Balik Pulau menderita. Dia senang jer kipas bontot si Nuar dan khalipah Harbi demi kuasa dan glamer.

    ReplyDelete
  4. Yusmadi keparat, wakil rakyat Astro Awani. Langsung tak turun ke padang. Mula-mula jadi wakil rakyat sungguh bersemangat gile tapi skrang apa dah jadi? Pegawai2 khasnya ramai dah berhenti kerana tak tahan rakyat datang minta tolong. Akhirnya wakil rakyat BN juga yang dok tolong. Melayu Balik Pulau perlu sedarlah..

    ReplyDelete
  5. Wakil rakyat B-end dah tolong apa? Cakap je banyak macam tin kosong. 53 tahun tu dah cukup lama untuk kami menikmati kemajuan.....sekarang kami mahukan perubahan.....umno-apco dah makin lupus di pulau pinang. Bersama-samalah kita bersatu memberi kerja sama dengan PR untuk mendapatkan balik hak kita yang selama ini dirampas oleh B-end jahanam lagi keparat tu.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.