"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, September 29, 2011

HUKUM HUDUD: PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT?

Mesyuarat isu hukum Hudud oleh Kepimpinan Pakatan Rakyat dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim, TG Hj Hadi Awang, Wan Azizah, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tanpa kehadiran Murshidul Am PAS, TG Nik Aziz. Kenapa TG Nik Aziz, individu yang beria-ia hendak laksanakan hukum hudud di Kelantan tidak bersama? Apa guna TG Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS sedangkan pandangannya tidak diindahkan oleh kepimpinan PAS sendiri. Malahan tidak pun dijemput dan kenapa pula parti PKR dan DAP boleh pula diwakili oleh Penasihat dan Presidennya cuma PAS hanya diwakili oleh TG Hadi Hadi Awang. TG Nik Aziz sepatutnya dijemput kerana:
  1. Beliau merupakan Murshidul Am kepada parti PAS sama taraf kedudukannya dengan Lim Kit Siang dan DS Anwar Ibrahim.
  2. Beliau merupakan MB Kelantan yang mencadangkan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Kalau begitu, PAS bukanlah sebuah parti dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh buat apa-apa dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sampai bila PAS mesti jadi parti pak turut dalam PR? Ini bermakna PAS juga masih gagal mentarbiah pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tentang dasar perjuangan Islamnya.
Hukum hudud telah ditolak mentah. Tidak dibincangkan secara ilmiah dari sudut agama. Politik menjadi keutamaan. Hukum Allah dikesampingkan begitu sahaja. Penyokong-penyokong PAS tidak akan berpuas hati dengan pendirian itu. Jika DAP dan PKR menghormati pendirian PAS terhadap hukum hudud kenapa kepimpinan PR tidak membenarkan TG Nik Aziz meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Jika Buku Jingga jadi halangan, maka kepimpinan PAS sendiri yang perlu dipersalahkan kenapa TG Haji Hadi selaku Presiden PAS menerima dan merestui Buku Jingga.
Jika perlembagaan persekutuan pula jadi halangan, bukan UMNO perlu dipersalahkan. Eloklah TG Haji Hadi Awang atau mana-mana ahli parlimen PAS bawa usul hukum hudud ke parlimen untuk disokong oleh ahli-ahli parlimen. Jika isu ini tidak ditangani dengan serius, jangan marah jika ada persepsi rakyat mengatakan isu hukum hudud PAS cuma jimik politik semata-mata terutama menjelang pilihanraya umum. Tapi perlu ingat ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong PAS sedang memerhati dengan penuh minat apakah komen TG Nik Aziz selepas ini?

1 comment:

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.