"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, September 21, 2011

Nasib Melayu di Pulau Pinang.......

Belum pun Pakatan Pembangkang memerintah sudah banyak cerita yang kita dengar. Sudah banyak berita yang kita baca. Sudah banyak peristiwa sudah kita lihat. Dari sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar isu. Sejak Pakatan Pembangkang memerintah negeri aku lihat lebih banyak masalah. Lebih banyak demontrasi jalanan berlaku, banyak gerai-gerai Melayu diroboh, bacaan Quran / tarhim sebelum subuh tidak dibenarkan, banyak pusat karaoke dan judi serta pusat-pusat hiburan di bandar-bandar besar dan kecil dan banyaklah pusat kegiatan judi haram wujud, pusat siber cafe beroperasi siang dan malam. Salah siapa semua ini berlaku?

Rumah kos rendah tidak lagi dibina oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng. Tanah-tanah di kawasan Pulau, Pulau Pinang akan dibina dengan rumah2 kos mahal dan mewah, harga beratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu hanya boleh lihat sahaja. Tak percaya cuba anda lihat sendiri, apa yang telah dan sedang berlaku? Dalam tempoh 3-4 tahun Pakatan Pembangkang memerintah, projek-projek perumahan berharga mahal dan mewah tumbuh naik seperti cendawan waktu pagi selepas hujan. Siapakah yang meluluskan projek itu? Siapa pula exco perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Itu sebabnya setiap projek perumahan sudah tidak ada lagi tapak untuk surau sepertimana syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri BN dahulu. Kuota untuk bumiputera sudah semakin kecil. Jika ada kuota pun sudah sah orang Melayu tidak boleh beli. Sahlah bahawa suatu hari nanti, Pulau Pinang akan jadi Singapura yang kedua. Orang-orang Melayu dipindah secara halus dan terancang oleh pemimpin2 kerajaan negeri hari ini.

Pemimpin Islam PAS dan pemimpin Melayu PKR tak boleh buat apa? Gerai-gerai Melayu diroboh mereka mampu lihat sahaja. Ibarat kata pepatah Melayu, "Melukut di tepi gantang". Bila tanah untuk masjid diletak di bawah SSI yang diketuai oleh Ketua Menteri menyebabkan projek pembinaan masjid tergendala. Sebab apa? Kerajaan BN dulu tidak buat begitu. Jika pengambilan tanah untuk tapak masjid secara terus akan diwakafkan kepada MAIPP. Oleh itu kerajaan persekutuan dengan senang lenang akan menurunkan peruntukan pembinaan masjid berjuta-juta RM. Tapi kerajaan negeri Pakatan Pembangkang tidak buat begitu. Ketua Menteri mahu tanah-tanah untuk tapak masjid, tokong, gereja dan kuil diletak di bawah SSI. Akibatnya masjid tak boleh dibina sebab orang Islam sangat bergantung peruntukan kerajaan persekutuan. Harap derma banyak mana sangat nak dapat. Lainlah jika derma untuk bina gereja atau tokong.
Beginilah nasib bangsaku yang malang yang telah memilih kerajaan DAP untuk memerintah kononnya DAP lebih Islam daripada UMNO. Hari ini terimalah padahnya dan kesengsaraan ini bukan untuk setahun dua lagi malahan mungkin hingga bila-bila sampai ke anak cucu dan cicit. Siapakah yang akan dipersalahkan? Tangan yang memangkah (mengundi) yang bertanggungjawab atas kesengsaraan itu dan penderitaan itu.
PRU yang akan datang mahu diingat dan diingatkan lagi. Undilah parti yang terbukti berjasa dan terus berjuang membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Jangan memilih parti yang retorik, berjanji tak serupa bikin, banyak menabur fitnah, sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi undi untuk berkuasa. Pilihlah BN kerana UMNO di belakangnya sebagai tunjang yang mampu membela nasib kita dan anak, cucu-cicit kita pada masa yang akan datang, InsyaAllah!

3 comments:

  1. awak silap...rumah murah di pulau pinang ada dijual dengan harga 42k sahaja...sila datang tengok di pdc

    ReplyDelete
  2. Rumah murah tersebut dibina olih kerajaan BN dulu. Kerajaan DAP/LGE tak bina pun satu rumah murah...

    ReplyDelete
  3. Memang betul..exco perumahan sahkan tidak ada rumah murah dibina spertimana jawapan di dewan undangan negeri baru baru ini...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.